Thursday, October 28, 2010

Muhasabah Diri

Salam alayk..


Emel dari seorang sahabat, membuat aku menginsafi segala kejadian yang mencelarukan hidup aku dua tiga hari ni..


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


.....
 T E T A P I... 


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
 

Umpamanya:
 

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
 

Contohnya:
 

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
 

......infiniti. ......
 

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, October 26, 2010

Episod 2..haha



salam alayk.....

hari ni nak mulakan tulisan episod dua sesi luahan rasa-bengang-emosi dengan menenangkan fikiran dan dengan lagu maher zain paling saya suka..hold my hand...

I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no


haha..paling best part 'oh no' tu kan? oh no!!! bukan ateh nak aibkan sesapa k..tapi niat ateh nak bagi pengajaran je..hari ni ateh g skola mcm biasa..mengajar mcm biasa..then masa rehat, tiba2 sorang akak yang baik ngan ateh datang cakap slow2..dalam hati dah agak dah, ni mesti pasal kes ni nih..haha

"rubi..akak nak cakap ni, ermm akak D la soh cakap..ermm.." adoi kak banyak nya erm...bila nak cakap nih...heheh.."ye kak..kes 2 D tu ke?" ngeeeee..

"haah..err..rubi tau eh, ermm...akak D tu nak soh bgtau, yang ada cikgu bgtau puan T dah..erm..tapi sungguh bukan akak D tau yg bgtau kat puan T.." heh..nak tergelak plak..

"takpa kak..jangan risau, sy dari semalam dah tau sapa cikgu tu.."

"hah?rubi tau ke...adeh..kami semua kesian kat rubi..tak sangka langsung dia sampai hati buat mcm tu..kawan senegeri pulak tu ngan rubi.."

"herm..takpelah kak..saya tak kisah pon dia nak buat mcm tu..kalau kena panggil, tau la saya nak menjawab balik..saya salah ke salah betul ke, saya berani buat, saya memang berani tanggung..saya bukan jenis pengecut nak cakap belakang2.."

hai..entahla..agaknya rangkap ni memang sesuai kot di DEDIKASI khas untuk sape2 berkenaan..manusia yang sadis..takda perasaan..takda semangat setiakawan...kesian..

Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand, eh..sanggup lagi ke ateh nak pegang tangan dia lepas suma nih?
mungkin lepas balik skola..lepas tanya dia straight to her face..
"saya nak settle..apa masalah awak sebenarnya..kenapa perlu adu ke pentadbir di belakang saya..kalau ada masalah, kenapa tak tanya terus saya dulu?kenapa nak jadi kipas?" maaf, saya betul2 cakap depan2..saya dah malas nak kutuk belakang2..saya tak lalu nak makan daging awak yang busuk..ya Allah ampunilah aku..

then mula la adegan perang mulut..bla bla bla...dah malas nak tulis n ingat.....just forgot all the nonsenses..tak penting dalam idup aku!!

abis perang..turun semua tanya.."macam mana?takpa rubi, sabar banyak2..kami semua sokong rubi.."ngee..terharu ada yg sokong..terima kasih sahabat...yang benar2 tau apa itu kawan.....

sejujurnya apa saya rasa sekarang..lepas dah bincang dengan suami..lepas solat..baca Al-Quran..baca Al-Kafirun banyak2 (utk jauhkan aniaya orang)..lepas istighfar banyak2.....

Insya Allah..dengan fikiran waras..sama ada dia minta maaf atau tidak, saya tetap maafkan..tapi untuk saya percaya dia???minta maaf..kepercayaan tu dah lebur semua dan tak mungkin akan ada baki lagi..harap maklum!

There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

percaya atau tidak..satu hari saya memang akan berjiran dengan dia, dalam banyak2 tempat dalam penang..saya beli rumah kat bertam, dia pun beli kat bertam..adoilaaa...sabar jelah..

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with "YOU"






sekian...dah malas nak layan..banyak lagi benda aku nak buat..

EXCUSE ME MISS, DO WE'VE PROBS??

Location : Kelas 2 ***, pukul 4.00 petang

Cikgu ateh : Ok, lepas siap jawab soalan2 revision nanti sy nak kutip buku..
Monitor     : (dengan muka dah berubah cuak)..cikgu, buku Pelajar A, B, C dan C tadi cikgu CRA ambik..dia cakap nak bagi kat Pengetua..
Cikgu ateh :(muka dah pelik)..kenapa pulak?
Pelajar A   :entah.....

Location : Bilik Guru..

Masuk je bilik guru, saya mencari-cari ke mana CRA untuk bertanya..

"excuse me..do u took my students books?if yaa..then may i know, is there any probs wif u?"

masalahnya, sampai balik saya tak nampak muka minah sorang ni..sehinggalah masa nak punch card, baru perasan ada orang dalam bilik pk berbual-bual dalam nada yang amat rendah. tak nampak siapa, tapi macam kenal je suara..haii..orang penting sgt dah ke, it's ok tinggal kelas semata-mata nak mengadu...

oh..jangan serkap jarang teh..entah2 bukan dia kot..abis, dia ke mana?dalam bilik guru takda?dalam kelas mcm x nampak..erm.takkan dah jadi halimunan kot...

adoiyaii...memang saya geram sangat2 semalam..tapi geram tu dah berkurang sebab balik rumah gi shopping kat care4 wangsa maju..makan2 kat restoran baru 'Jom Priok' yang sedap, tanpa was-was dan kebetulan berdepan dengan kedai muzik..dan yang paling best baru nak start makan, kedai tu pasang cd maher zain..hihik..suka ateh!!!hilang rasa menyampah, mual2 nak muntah ijau n etc....keh3..lega sikit....

ape pon saya nak tulis jugak luahan rasa kat minah sekor ni.(hoh td sorang..??)

saya tak faham apa masalah minah ni..

adakah dia mental?psiko?single woman that hunger for love?need extra attention n care?

entah..saya betul2 taktau..hari ni baru nak tanya..kenapa suka sangat menyibuk, nak report2, nak mengadu2, nak kipas2 n etc..taula ko ckgu kesayangan boss, dapat mcm2 anugerah..tp adakah benda2 tu menyebabkan ekau ada hak nak menganiayai ckgu2 lain..aku tak pernah cari pasal dengan hidup kau selama ni, apesal plak nak sibuk2 idup aku..nak mengadu domba cara aku didik budak2 aku?

aku denda budak2 tu bukan niat mendera..kalau btul ko konon nak menjaga kebajikan bdak2 tu..kenapa tak datang jumpa n tanya dulu aku?kenapa nak terus report ke pengetua?aku dan kau sama jawatan PPPS DG41..tapi mungkin sebab tak sama tangga PT tu yang ko dengki kot..hahaha..eh, ada ke aku penah cakap tangga gaji aku berapa kat ko?haishh.. tak kuasa la nak cite2 kat suma orang macam ko..

haishh...tak baik plak aku pikir ko buat mcm ni sbb dengki...tp sebab apa pulak?dari semalam ada gak aku terpikir kenapa eh??apa masalah aku dengan ko? ckgu2 lain semua bersyukur aku denda budak2 hardcore tu mcm tu..at least waktu ko masuk lambat kelas, waktu takda ckgu ada gak keja diorang nak buat..takdala nak memekak n buat aksi menjerit2 ala2 dalam zoo atau hutan simpan..

macam ko tak kenal budak2 tu..eh bukan ko ke cikgu moral dia?oooo..takkan ko nak biar orang cakap "ooo..patutlaa.." dari awal sekolah sampai nak ujung, apa denda budak2 tu tak pernah kena..kalau aku dikatakan mendera dengan menulis, apasal bila cikgu2 displin denda budak2 tu berdiri kat court sampai balik ko tak penah mengadu pulak..pelik aku..

hai..inilah kisah benar dan realiti cikgu2 malaysia..bila budak2 makin teruk disiplin, nak salahkan siapa?siapa yang lebih manjakan budak2 atau lebih mementingkan nama kerana konon2 menjadi 'adiwirapenyelamatbudak2darikenadera' <--- penyakit psiko
dan membuatkan cikgu2 lain nampak sangat teruk, tak bertanggungjawab, tak reti mendidik, jahat n etc.

dahla ateh.stop. fikir balik ni la antara punca utama dari kecik 'cikgu' sebenarnya takda langsung dalam list cita2 ateh.macam andak cerita cikgu sekolah dia terbahagi kepada 2 puak.tak leh duduk tengah2.andak yg duduk tengah2 akhirnya jadi mangsa kedua-dua puak.gila.cikgu2 suka sngat buat perangai mcm ni tu yang orng ingat cikgu2 takda kerja.kerja mengumpat, jual kain batik, potpetpotpet, dia tu teruk, dia ni teruk adoi, menyampah la denga sceptical teachers yang mcm ni lah..

kalau bukan sebab mak, ateh dah lama quit...n balik keja jadi civil engineer, aku bina bangunan lagi senang dari jadi pejuang pembina anak bangsa, generasi yang akan jadi pemimpin. budak dah la masalah,rakan sejawat pon cari masalah walaupun kita tak cari masalah dengan dia.haii..dunia dunia..takpalah kerja apa pun, ateh niat lillahi taala ja, bukan nak mendera, tapi betul2 nak mendidik..mengajar memang senang nak mendidik tu susah tambah2 bila dah jadi buluh dan banyak pulak angin dok mengipas dan tiup..ateh tawakal je, nak tukarkan ateh..blacklist..suka hati lah..hidup semua nak mencari keredhaan Allah ja, ateh kerja bukan sebab takut pengetua, ppd or jpn..ateh kerja sebab takutkan Allah..cukup!

tenkiu achu sara......

ooyeahhh..ateh dapat award dari achu sara..tenkiu tenkiu... :) cayang achu..muah muah.......

Sunday, October 24, 2010

by by FB...

out of sudden........
im deactivating my fb account today...
it's painful...to leave all my mutual friends there..but i have to..
for my own good reasons....

i dont know why.but Insya Allah..
i know it's a good reason to shut that 'thing' from haunting my life anymore...
now..i just have u, my blog..my diary......
Insya Allah..i'll keep you..
For the rest of my life..

Friday, October 22, 2010

2 DAYS MC!!!

ngee...for the first time in my real life, i got 2 days for medical cert..hehe..maybe it sound nothing, but it was really funny to me..

yelah..dari kecik ateh mana pernah ponteng sekolah..x caye tanya mak..hujan2 lebat pon nangis2 nak gi sekolah..even masa kat mat gwa or UTM n bila dah keja pun kalau setakat demam sikit2..sorry la ateh nak mc..entah nape malas sangat2 nak gi jumpa doc..

tapi kali ni ateh betul2 tak larat..muntah-cirit-muntah balik-cirit2 balik-muntah lagi-cirit lagi..hahaha
ateh tak main2 weh..siyes nihhh.....salah makan ke hape ntah..tp ateh rasa la ada kaitan ngan kopi yg ateh minum laaa...trauma aa lepas ni nak minum kopi..ngehngehngeh....

gi jumpa doc, ateh mmg tak kisah dapat mc sehari je, alhamdulillah agaknya doc tu pon dapat rasa ateh ni mmg tahap gaban teruknya muntah-cirit-muntah-cirit..dia pon bg 2 hari..yeaahhh..best gak..dapat rehat lama sket..dah lama tak rehat nih..sepanjang bulan oktober ni busy sangat2...

yang paling terharu, acu sara jaga ateh..sob sob sob..buat bubur..tolong masak nasik..tolong basuh kain....adoiyaiiiiiii..ateh cam nak nanges gak nih....uhuk uhuk..alhamdulillah ada aik baik tolong jaga..hihi
"tenkiu so much acu..mudah2an Allah sentiasa jaga acu jugak..dunia n akhirat..amin"

sekian..entri org yang dah bleh makan nasik..hihi

Wednesday, October 20, 2010

KL-JB-SINGAPORE-JB-KL

salam alayk...

dah lama tangan gatal nak menulis tapi kurangnya masa dan tenaga..
catatan perjalanan ateh dari kl ke jb..singgah sekejap ke singapore..balik ke jb dan ke kl semula..

sepanjang cuti sabtu-ahad bulan oktober nih, ateh tak rehat lagi kat rumah..rasanya takda peluang langsung dah kot..hehe

bila ye ateh gi jb hari tu?oh ya..1st week, 1st and 2nd of october 2010..

cadangnya nak menjenguk maknjang yang khabarnya ketumbuhan dalam rahim, ape pun alhamdulillah..operation maknjang selamat dan alhamdulillah maknjang pun semakin sihat..alhamdulillah..

sempat lagi malam tu ateh belanja paknjang, maknjang, andak n abg ejad yg sgt baik hati hantar n amik kami dari larkin ke pasir gudang kat tempat yang paknjang selalu belanja dulu..
kuala senibong..makan ketam masak cili n telur..sedap seh.....!!!!!marvellous...
sesi memilih ketam..haha.gambar makan2 x sempat amik sebab dah lapaq sangat..hihi


alang-alang sampai jb, izzi buat idea drastik nak gi singapore..
x susah pun..dari larkin kami naik bas ekspres harga RM3.30, ada tiga bas yang utama yang ateh perasan..SJE, SBS n citylink..satu2nye bus senyum from malaysia :) nak cepat ateh amik bus singapore SJE..

then, bas berhenti kat imegresen malaysia..dia tengok2 jap..lepas..naik bas balik..berhenti lagi di kastam s'pore..perghhh..garang gak mamat nih..haha...lepas kastam..beratur tunggu bas SJE balik..still guna tiket yg sama k..just show the earlier ticket that we bought at larkin..so tangan tu jangan la sama sekali gatal nak gumpal kecik2 tiket anda k..heheh




so..apa yang menarik di s'pore...hiihii..entah la..'ateh tak cukup masa nak jalan merata..yang penting nak ke esplanade n amik gambar ngan singa..tu je..keh3..

tapi sistem MRT s'pore memang ateh salute..efektif, cepat dan mudah..tambang ke mana2 just for SD2..tapi bila kita masukkan balik kad..kita akan dapat balik SD1..murah dan mudah kan?owh btw SD 1 = MYR2.3O..so yang murahnye just tambang MRT jelah..hehe..drinking bottle = SD2, then tambang balik ke larkin =SD2.40..ermm lebih kurang MYR5.60..pelik kan dari larkin ke s'pore lagi murah dari balik dari s'pore ke larkin..itulah penangan negara yg kunun 'maju' siket dari malaysia kot..heheh..

yang best, bertolak dari s'pore dah pukul 3.00 ptg..jem gile2 kat tambak johor then just arrived larkin at 4.00..memang confirm dah tak sempat nak balik umah andak, packing n naik bas trans ke kl pukul 6.00..memang ralat tak beli je tiket naik kat pasir gudang..so terpaksa la burn tiket asal n naik trans pukul 7.00 mlm..sampai kl tepat jam 11.28..berlari macam masuk 'amazing race' ke lrt.alhamdulillah sempat catch up the last train..sampai rumah dengan kepenatan, ditambah pula tengok dinding dah penuh dgn pokok 'i-city' buatan cik ann..adoiyaiiiiiiiii......

dream wif ME..im a dreamer??hihi

a new songs that been introduced to me by sis hajar..DREAM WITH ME by hamza namira..another artist of awakening record..the lyrics were sooo touching..n i dreamt of my beloved almarhum abah..n my beloved mak after listening to this song...
 
Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
...And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream.

Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Only if we dream.

:") ♥

Tuesday, October 12, 2010

Waiting for A Call



Masya Allah..his voice really resembled to MJ..but he did it much2 better because it's a nasyeed that waiting for Allah's call..may Allah bless them..

I THINK OF YOU by mesut kurtis ft irfan makki



subhanallah..beautiful nasyed by brother Mesut Kurtis ft bro Irfan Makki another Awakening Records artist. I really wanna purchase the album 'Beloved' right after i listen this song last two month. Inteam mobile..cepat sket eh, nanti ateh plak buka Ateh Records utk jual album2 artis Awakening nih..hehe

Blog dah tukar Nama

Salam..

owh..lupa nak war2kan..ateh dah tukar nama blog..dari http://cikgubie.blogspot.com ke http://ummualfateh.blogspot.com

hah..jangan wat gosip plak..blum..ateh blum lagi la..tapi yelah mudah2an saja dalam masa terdekat..Insya Allah..amin ya Rabb..

ok..sekian utk makluman

p/s: sangat2 bz..tp sgt2 byk cerita nak tulis..cerita maher zain..cerita jalan2 s'pore..cerita sakit kanser..cerita ke bkh tetiba..cerita bebudak PMR 2010...n mcm2 lagi..tp bila ya nak update nih?? mudah2an..dalam masa terdekat gak..Insya Allah.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails