Saturday, January 22, 2011

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Dipetik dari blog Darussyifa'


Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
. Surah an-Nahl: 69:3
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:   

Dan Kami turunkan dari Al
 Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
 6. Surah Fussilat: 44:
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.

Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda bersabda:

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.

Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:

           Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia­kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.

Wednesday, January 19, 2011

Passage to India 2010 - part 1

In the name of Allah........

Alhamdulillah, Allah gave us an opportunity to travel to India last November.We departed from KL on Tuesday, 23rd Nov at 4.00pm and after 5 hours jetlag we successfully landing on the Maharaja's Land at 7.10pm, about 9.10pm local time. Woohh..Indira Gandhi International Airport was all new and carperted wehhhh...sape cakap kena turun naik bas?haha.. We're so fortunated that we came after CG..hihi..

macam biasa..saya suka letak gambar makan dalam flite..hihi...


 seriously carpeted the whole floor..x caye??cayelahh..bukan taik lembu laa..haha
the best part when we get in the coaster..haha..teka bunga apa?

Ok, so we overnight at The Star Rock Hotel, Delhi just for one night but i how cant i forgot the room. It was so huge..the bed was so soft..the 32inch LCD tv wif amitabh bachan film..the relaxing bathtub..hihi.. however i also remember that from that night onwards me, hubby and mimi had to be vegetarian..haha..the first meal would be vegetarian pizza at Chi Chi Restaurant, nearby the hotel. Marvellous home made pizza, freshly baked in wooden plate..perghh..sedappp!!

Perut dah kenyang..apa lagi balik hotel..tido..esok pepagi dah kena check out.. a very long journey to jaipur.


Amuk Bab 10

Astaghfirullahal azim..

aku baru keluar dari kelas yang aku gelar kelas semua hantu berkumpul..huhu..geram sangat2..
mungkin juga akibat macam2 perkara yang berlaku, emosi tak stabil dan terganggu aku marah sangat2 kat diorang hari ni..entahlah..kalau kena panggil sebab dah terkantoi dilihat oleh cikgu S tadi aku pun dah tak kisah kot..pagi2 hari datang berkobar2 dengan azam nak didik budak dengan baik..alih2....hermmmmmmmmmmmmmm...........

Tuesday, January 18, 2011

Kisah Pembuka Tirai 2011

Sudah lama jejari comelku tidak menaip. Rasa kekok pulak. Tapi malam ni, aku betul2 nak mencatat sesuatu..mana tau, "jodoh, ajal, maut adalah rahsia Allah.."''

Meneliti hari2 yang berlalu selama dua bulan terakhir ni, aku akui memang agak sibuk dengan urusan perpindahan dan sekolah baru tapi untuk mengkategorikan diri aku dalam keadaan stress tahap maksima, aku tak rasa pulak macam nak hantuk2 kepala kat dinding..yelah sekolah kampung, semua smooth n rilex ja..sekolah tepi hiway..angin masuk menderu2 dalam kelas..

Pada mulanya, aku dan suami dah mula memberi bunga2 harapan memandangkan dua bulan berlalu.....
Sayangnya tiga kali test, aku masih negatif..kebetulan aku demam panas dan ke klinik, aku meminta doktor buat ultrasound..

First Doctor: tengah buat master ka, phd ka?
tak...
FD: anak brapa org dah?dah lama kawen?
blum..
FD:oo..patutla kalut niiii.....hihi
???
lastly hasil scan didapati ada ketumbuhan di dinding rahim.....
FD: takpa, ni kena operate ja..hgpa nak pi hospital mana suka hati la kot noo..
ok

TOTAL: RM35

Ok, doctor..please tell me now..is this only a minor surgery?
2nd Doctor: Sy tak menganggap mana2 pembedahan sbg 'minor'..sbb semua pembedahan adalah penting..
ok..any specialist?
2nd: maybe u can consult to LOH GUAN LYE SPECIALIST CENTRE..
TOTAL:RM25

3rd doctor: Pada pendapat sy, puan tak perlu buat apa2 operation..it still consider as normal..otherwise, dah besar sampai 6-10cm..then baru bleh buat operation..puan jangan risau, Insya Allah takda masalah untuk mengandung..erm..datang lagi 2 minggu..kita check lg mcm mana..
Oh..ok..we see how in two weeks..c u doc..
TOTAL: RM255

Akhirnya aku sedar, doktor yang paling mujarab adalah ibu dan doa2nya..saat aku khabarkan berita duka ini..ibu mengesat airmataku, mengusap lembut belakangku..memintaku bersabar dan bertawakkal..
"tawakkallah anakku..Bismilllahitawakkaltu 'alallah.."
HARGA BAGI NASIHAT IBU:RMO
tapi nilainya.........tiada konsultan mana pun dapat menandingi beliau...

terima kasih mak..atas segalanya.....ANA UHIBBUKI..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails