~a true life story of ateh..as a woman,wife,mother,daughter,sister,teacher,buddy and most of all as a caliph, servant of Allah..tru good n bad times..all the feelings.. happy, sad,anger, love and pain ~
Wednesday, September 30, 2009
Sedekad sudah..
Sepanjang tarikh ni saban tahun, seingat aku hanya tahun pertama mak buat kenduri tahlil..tahun2 seterusnya mak tak fixed dah hanya 29/9 je buat tahlil untuk arwah abah..bagi mak setiap hari kita boleh sedekahkan tahlil untuk arwah abah..paling kurang setiap minggu..setiap malam jumaat masih boleh sedekahkan tahlil..bukan hanya pada tarikh kenangan ni..dan aku masih terkenang kata2 terakhir abah.."rajin2 sembahyang..baca Quran.." abah..baru ku tahu alangkah aku terleka dan terbuai dengan kebahagiaan sebagai isteri..dan aku nyaris melupakan kata-katamu...maafkan aku abah..
Dan terkini aku menziarahi balu Profesor Ahmad (Timb Pengarah UITM) @ lebih mesra kami panggil cik mat..kenalan rapat keluarga suami..meninggalkan isteri cik syikin yang sangat lembut, cantik dan mesra..aku terkenangkan kelembutan dan ketabahan mak semasa abah meninggalkan kami sepuluh tahun yang lalu.. 10 tahun??cepatnya masa berlalu..macam2 dah berlaku..
10 tahun lalu..aku sedang menghadapi spm..adik sarah yang paling kecik..sekarang dah nak abis kolej..fatimah..satu2nya cucu yang abah pernah tatang....dah lebih tinggi dari ibu2 sedaranya..udin dah bertunang..yang lain2 dah kawen..tinggal 2 orang je lagi dok blajar ipt...pasti abah bangga kalau abah masih ada sekarang.. :)
Al-fatihah untuk allahyarham abahku..allahyarham cik mat dan semua muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita..semoga roh mereka sentiasa dirahmati Nya..amin
Hitam putih kehidupan..
ada beberapa sebab kenapa pilih "hitam putih kehidupan"..
1. balik raya hari tu baru aku perasan..keta2 anak mak aku yang 9 orang ni sume warna putih or hitam
je..xda warna lain...biru ke..ijau ke..ungu ke..
2. keta umah mentua aku lagi la..ada tiga buah je..tiga2 warna putih...
3. tshirt2 mr. izzi kebanyakannye warna hitam..ada la dalam sedozen termasuk yang dah buruk2.. :)
jangan anak aku campur hitam+ putih = kelabu dah le..hehehehe
Tuesday, September 29, 2009
kursus ldp..iCt dalam pnp..bilik bestari smp jln ipoh..
1st lesson....cut n paste gambar dalam ms word...alahai ..cutenya!!
2nd lesson..lukis gambar doraemon dalam paint..
3rd lesson....wat print screen..hehe cuba tgk apa yang aku print...
ujian...
bertemu rakan-rakan sekerja, baru ku sedar tekanan di tempat kerja yang dipenuhi oleh golongan Hawa..kisahnya tak lain tak bukan anak dan suami..tak cerita pasal suami, mesti pasal anak..tak pasal anak..mesti pasal suami...dan aku seperti diruntun-runtun pabila saban minggu or bulan ada saja guru wanita yang berbadan dua..sering kali aku menjadi mangsa soalan cepu mas..aduhai...lotih eden...
Hermmm.....inilah ujian hidup..anjang mungkin tambah lagi sorang, yang kecik pun tak bercerai susu lagi..emosi anjang dah tak keruan..marah..risau..takut sangat kalau betul ada isi...aku dan andak cepat2 cakap "takpa njang..jangan la buang..sayang!!!!!takmau anak tu..ni ada dua orang yang nak sangat2!!"
seronoknya bila tengok ibu2 yang mudah je hamil ni..pelbagai cara anjang elakkan..tapi masih ada rezeki..
pelbagai cara juga aku mencuba...tapi mungkin belum rezeki yang Allah tetapkan..
Subhanallah..Maha Suci Allah...
Sunday, September 27, 2009
engangement of mr.din & cik pah
open house TETUAN MUSTAFA BASRI
Thursday, September 24, 2009
aidilfitri lagi....
selamat ulangtahun suamiku...
bersempena ulangtahun kelahiran abang, bie doakan semoga Allah panjangkan usiamu dengan penuh kebaikan..dimurahkan rezeki yang penuh keberkatan..dikurniakan rumahtangga kita mawaddah, sakinah dan rahmah serta diserikan dengan anak2 yang soleh dan solehah..semoga jodoh kita berpanjangan hingga akhir hayat..dan bertemu lagi di akhirat sana..insya Allah..amin..
Monday, September 21, 2009
salam aidilfitri 1430 H
Pertama kali jua beraya di rumah mentua..memang berdebar-debar..aku menantu sulung..adik beradik semua lelaki pulak tu..hehe memang la sepatutnya kena jadi kak long yang pandai memasak..sayangnya..suami aku lagi pandai masak..hehe.."maaf ye...akak masak kang makin tak sedap.."
macam mak cakap..bakat abah yang pandai masak turun kat izzi..pandai main muzik turun kat zubir..pandai main bola turun kat hadi...
kalau kat rumah aku..kakak2 ipar sume ada trade mark hari raya..kak lin-lontong..
kak ita- soto..kak sofea - mee bandung..hermmm.....aku?? nak buat apa as trade mark eh? acik cakap..."buat la trade mark menantu paling tak pandai masak..kah33"..hantu acik..!!!!
walaupun family suami tak la seramai and semeriah family aku..yang bestnya bila sikit ni mudah je nak berkumpul and makan2 semua orang..pagi2 pon mudah je nak salam2 ngan mak abah and adik beradik lain...merata jugak le gi beraya..gi tengok rumah lama mr. izzi...herm..tempat kenangan tu...
Friday, September 18, 2009
Ramadhan...perginya ditangisi..
1. kalau boleh tak mau tinggal solat terawih..
2. nak khatam Al-Quran..
3. nak buat sunat Dhuha setiap hari...
tapi.....
1. rasa2 nya terawih banyak gak tinggal..ada sekali aku paling ingat aku miss terawih, mula2 tak niat nak tengok tv..alih2 terlekat kat 'nurkasih'...balik je cikgu izzi terus aku ke sedas..."patutla ramai tak pi terawih, dok tgk nurkasih.."adoi..pedas..pedas..tapi mmg betul pon..macam lagi banyak tgk tv and main laptop je dari beribadat..astaghfirullah...
2. susahnya nak habiskan sebulan al-Quran..tapi buku noorsuraya 400 ms satu hari aku bleh habiskan..teruk kan?tapi alhamdulillah kat skolah wat program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ni..takpelah..mudah2an tahun depan bleh abiskan individu..asyik berkumpulan je...tapi sempat ke nak jumpa ramadhan tahun depan????
3. ingat lagi masa sekolah..pantang rehat aku ngan kak naz gi wat dhuha kat surau..masya Allah mmg rajin..tapi skrg ni..tak tau la..mungkin ada betul cakap abah mentua ku...kadang2 pemakanan kita yang syubhah membuatkan kita jadi lalai dan malas nak kerjakan amalan2 sunat..astaghfirullahalazim..betul tu..baru perasan bila dah ada duit sdri sume benda nak makan...restoren cina wpun ada halal abah cakap jgn pecaya..tapi masa kat srwk dulu mana ada choice sgt..astaghfirullah..agaknya tu salah satu sebab kot..
sedihnya bila fikir ramadhan yang berlalu bagai sia-sia ja...nape la tak ambik kesempatan betul2?dah pergi baru nak menyesal and mula berazam tahun depan nak buat terbaik...mudah2an bertemu lagi Ramadhan tahun depan..insya Allah..
Tuesday, September 15, 2009
wishlist
1. baby..NAK COMEI2 MACAM BABY NI..heheh..kita merancang Allah yang menentukan..kepada Allah kita berdoa mengharap semoga dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik2..anak sholeh yang sentiasa dapat mendoakan kita amin..
2. happy marriage now and forever..fiddunia wal akhirah..through thick and thin, goods and bads together..insya Allah..blessed marriage wif many kids..good health..and husnul khatimah..amin..
3. buku..BERCINTA SAMPAI SYURGA..suka sangat buku2 dan blog ABU SAIF..hari tu dah jumpa kat ekspo..tapi sayangnya dah kena hujan and koyak..tanak la beli..nak gi cari kedai buku..hermm nama je cikgu library pon jarang pegi apatah lagi kedai buku...heheheh...
lastly..semoga semua impian dan doa2 sahabat2ku dan saudara maraku akan terlaksana..amin..
terima kasih semua yang sentiasa mengingati dan mendoakan diri ku..
Sunday, September 13, 2009
Doa dan amalan memperoleh zuriat...insya Allah
Amalan ni saya adapt dari sebuah laman web..harapnya dapat menjadi panduan bersama, Insya Allah..semoga kita semua beroleh zuriat yang soleh dan solehah dunia dan akhirat..amin.
Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.
AMALAN PERTAMA
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
* Baca Bismillah 1x
* Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
* Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
* Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”)
* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.
AMALAN KETIGA
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir “Ya Khaliq”, ” Ya Bari’ ” dan “Ya Musawwir” semasa ‘bersama’. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.
2. Semasa ‘pancutan’, niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.
AMALAN KEEMPAT
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).
2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
DIET PEMAKANAN
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2. Buah Delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.
Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.
Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.
6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.
Sumber:
fauzynm, majalah NUR Disember2006Berikut pula nasihat2 daripada pakar sakit puan:
Perkara 1
Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa. Namun jika pengeluarannya sangat banyak, maka itu luar biasa. Ia mungkin ada kaitan dengan tabiat kebiasaan isteri/wanita itu mengemut faraj selepas suaminya klimaks. Tabiat mengemut ini menyebabkan mani suami tidak dapat bergerak dengan lancar ke bahagian persenyawaan.
Perkara 2
Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.
Perkara 3
Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.
Perkara 4
Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.
Perkara 5
Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.
Perkara 6
48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.
Perkara 7
Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan hamil ialah 15% dalam sebulan.
Pekara 8
Sentiasa positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress) serta sentiasa berniat dan berdoa setiap kali melakukan hubungan kelamin.
Saturday, September 12, 2009
Di ambang Syawal
Mari membuat kuih raya :)
Apa lagi, terpaksa la kemas balik barang2 ni..baru beli last week ni..haha tengok, betapa bersemangatnya kami nak wat kuih raya walaupun sibut menguruskan properties dalam mafia group n farmville..hehe..
Bosan dok sorang2 kat rumah, aku pon mula la membuka balik pc yang baru je aku tutup..hehe..hurmm dah banyak tanaman nak kena harvest ni..kayo ateh...
Saya Budak Baru Belajar...
Hurmm..so itulah kisahnya...dulu awal-awal buat blog, tak sempat belajar abis..skang ni baru nak belajar betul2..yelah tengok yang kawan2 nye macam best je.. so apa lagi, cek belek punya belek..1st thing cek cilok la zerolewan nye gadget..hehe..tq ibu zafran...
aku terima nikahnya..
Pernikahan...bukan saja menyatukan cinta dua insan tapi memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Bagaimana sebuah pernikahan menjadi satu ibadah?Pernikahan bukan hanya menghalalkan hubungan lelaki dan wanita, tapi bagaimana kita memacu sebuah perkahwinan menjadi ikatan yang diredhai dan dirahmati Allah sentiasa..
Saat dia mencium dahiku terasa kasih yang mengalir jauh ke dalam lubuk hati. Insan yang teramat sabar menghadapai karenah ku yang bukan mudah. Dia suamiku yang ingin sekali ku bercinta dengannya hingga ke syurga, Insya Allah. Semoga pernikahan ini dipenuhi rasa mawaddah, rahmah dan sakinah..
Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum, 030:021]
Kini, melalui hidup bersamanya (walaupun masih berdua) aku tak pernah rasa sunyi. Menanti buah cinta yang hanya Allah Maha Mengetahui bila, kami sentiasa redha dan bersyukur dengan kebahagiaan ini.. Doaku, semoga semua sahabat2 ku akan beroleh kebahagiaan yang berkekalan bersama pasangan masing-masing dunia dan akhirat..amin.
Friday, September 11, 2009
sweet sour utm 2000-2005
kalau tak jogging ke tasik,kami jogging ke balai cerap..hermm rasa2 ada gambar jogging balai cerap n then balik gi melantak kat cafe kolej8..ngan ijwan la masa tu tgh dok ngoral si zerol..tak pasal2 aku pon dapat keychain teddybear lovely lace..hermm memang wangi.. tapi at last ntah gi mana beruang tu..cian dia..
waiting for the bell
wah..semenjak dah laju je internet kat lab ni bukan main seronok lagi aku..
bleh berblogging from here..
dah abis waktu mengajar..bestnya hari ni balik awal..4.35pm..
jap lagi nak siapkan buku rekod ..then chow..
tata titi tutu...
hehe..reborn..september 11
hai gud frens..coz of ibugulailomak n wannad had bubbling that i didnt update my blog, so i create a new blog.it's easier for me.the old one i use my hubby's gmail since i didnt have one.
well, today is september 11..funny things happen since the early morning..
i didnt wake up for sahur..poor my hubby, starving whole day..gheghe..sorry boss!!
after upholding my prayer, i drive my sister to bus stop as usual..but when i just arrived, locking the gate and open the door,she called me crying that the bust just left her..poor my sis..hehe get to send her till sentul station..its about 1hour if we stucked in the traffic congestion..