Wednesday, September 30, 2009

Sedekad sudah..

Dibuai rutin hidup seorang isteri, guru dan ibu kepada lebih 200 anak murid menjadikan aku agak terleka dan nyaris terlupa tarikh yang amat penting..29 september 2009..genap la sedekad allahyarham Basri Arshad meninggalkan aku, mak, abang2, kakak2 dan adik2...

Sepanjang tarikh ni saban tahun, seingat aku hanya tahun pertama mak buat kenduri tahlil..tahun2 seterusnya mak tak fixed dah hanya 29/9 je buat tahlil untuk arwah abah..bagi mak setiap hari kita boleh sedekahkan tahlil untuk arwah abah..paling kurang setiap minggu..setiap malam jumaat masih boleh sedekahkan tahlil..bukan hanya pada tarikh kenangan ni..dan aku masih terkenang kata2 terakhir abah.."rajin2 sembahyang..baca Quran.." abah..baru ku tahu alangkah aku terleka dan terbuai dengan kebahagiaan sebagai isteri..dan aku nyaris melupakan kata-katamu...maafkan aku abah..

Dan terkini aku menziarahi balu Profesor Ahmad (Timb Pengarah UITM) @ lebih mesra kami panggil cik mat..kenalan rapat keluarga suami..meninggalkan isteri cik syikin yang sangat lembut, cantik dan mesra..aku terkenangkan kelembutan dan ketabahan mak semasa abah meninggalkan kami sepuluh tahun yang lalu.. 10 tahun??cepatnya masa berlalu..macam2 dah berlaku..

10 tahun lalu..aku sedang menghadapi spm..adik sarah yang paling kecik..sekarang dah nak abis kolej..fatimah..satu2nya cucu yang abah pernah tatang....dah lebih tinggi dari ibu2 sedaranya..udin dah bertunang..yang lain2 dah kawen..tinggal 2 orang je lagi dok blajar ipt...pasti abah bangga kalau abah masih ada sekarang.. :)

Al-fatihah untuk allahyarham abahku..allahyarham cik mat dan semua muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita..semoga roh mereka sentiasa dirahmati Nya..amin

3 comments:

WANNAD said...

Al-fatihah...semua yg idop akan mati,hargai org yg masih ada bsama kite,moge kite xterkilan di kemudian hari

ateh bie said...
This comment has been removed by the author.
ateh bie said...

thanks wannad..alfatihah for maksu awk juge..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails