Friday, May 28, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH


KCB 1 & 2 diangkat dari novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Habiburrahman el-Sirazy@ Kang Abik  yang laris di pasaran. Ateh kira dah ramai sangat yang dah tengok cerita atau baca buku ni. Buku ateh pernah baca masa di Kapit, pinjam dari kawan. Tapi belum habis baca, dah berpisah sebab ateh dapat pindah ke Semenanjung then terus lupa nak cari dan beli.

Ateh pun dah tau dari tahun lepas, novel ni dah difilemkan tapi selepas sekian lama Achu Sara tolong upload dan simpan dalam laptop ateh, entah kenapa hari ni baru ateh terdetik nak tengok. Masya Allah, Subhanallah...pertama kali ateh yang kalau tengok/baca cerita mesti nak forward ke ending..tapi untuk KCB 1 &2 sedikit pun tak forward ke depan..malah asyik ulang-ulang part yang best. Menarik sangat! Contoh awal-awal tarikan pada budaya Indonesia, masa tengok Tarian Seribu Tangan (yang diadakan pada sambutan Maulidur Rasul di Aceh), waduh betul2 mengingatkan ateh rindunya masa kat maktab, teman2 dari Aceh pernah buat persembahan tarian tu, dan memang teringin sangat nak tengok lagi, sayangnya cd yang simpan tu dah hilang.

Pemilihan para pelakon pun sangat tepat dan layak. Tak macam AAC mungkin kurang enak bila akhirnya pelakon memang 'pelakon' sebab diluarnya seksi, tapi KCB pelakon utamanya yang berjaya menuturkan bahasa Arab dengan baik, yang berjaya membaca ayat Al-Quran dan memberi kuliah dengan baik sememangnya mahasiswa Al-Azhar dan punya latarbelakang agama yang mantap..Alhamdulillah, mungkin sebab tu ateh percaya siapa saja yang menonton cerita terkesan dengan cerita ni. Yang pasti ateh menangis, dari awal hingga akhir. Tambahan muka Anna sangat iras dengan teman Aceh yang pernah sebilik dengan ateh, Mulyana..rindu terubat bila melihat Anna, macam ada bayangan Imul..manis, bertudung labuh, sangat lembut kata-katanya dan bersopan santuh.

Banyak yang boleh dipelajari, tentang hubungan lelaki-wanita sebelum pernikahan yang begitu terjaga. Kemudian, sifat tanggungjawab Khairul Azzam yang sangat taat dan kasih terhadap ibu dan adik-adiknya, Masya Allah tersentuh sangat. Yang paling penting, sememangnya pengajaran yang utama setiap manusia sebaik mana pasti layak diuji PenciptaNya, dan setiap ujian Allah itu ternyata memang ada hikmah tersembunyi..yang kadang-kadang kita kira ia adalah sesuatu yang buruk, malahan Allah Maha Mengetahui bahkan itulah yang terbaik..Subhanallah.

Apepon bagi yang belum pernah menonton SELAMAT MENONTON ya..Insya Allah semoga mendapat manfaat dan barakah dari Nya.


Wednesday, May 26, 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih..hidangan Abu Saif

Alhamdulillah..setelah berbulan buku karya ustaz Hasrizal@ Abu Saif bermastautin di rak buku, akhirnya abis jugak ateh membacanya semalam, sampai tersasul meminta kak su di kantin "minum apa cikgu?" "secangkir teh kak su..eh silap teh o..hehe" 

Pengajaran dari secangkir teh

Teh, dari kecil teh bukan lah air minuman utama di rumah..mak dan arwah abah penggemar kopi/nescafe. Malahan, kalau mak terminum teh di mana-mana alamat ber'angin' lah satu badan. Kesian mak..ekkk ekkkk.. membuang angin andai terminum teh. Jadi boleh dikatakan sepanjang tumbesaran ateh dulu, tak ada langsung serbuk teh di rumah. 

Bagaimana ya masyarakat Turki sangat meminati teh sehinggakan dari pagi hingga ke malam, minuman utama adalah teh. Bukan seperti Malaysia yang ada variety dalam memilih minuman kegemaran. Ada rahsia kenapa teh orang Turki tak berangin macam Malaysia, sebabnya mereka akan memasak teh hingga daun teh lembut, barulah dihidangkan dengan gula berasingan. Hermm..penyelesaian kepada masalah ateh, di mana ateh tak boleh minum teh dan pakteh suka sangat minum teh, Subhanallah!

Bukan cerita teh yang utama dalam buku ni, oh itu sampingan je! Pengajaran utama adalah banyak tentang ‘history and honour’ seorang Muslim. Catatan kembara sebegini mungkin tidak ramai yang berminat dan faham apa yang penulis mahu sampaikan. Kembara ke bumi Konstantinopel, Masjid Biru dan Aya Sofea..macam pernah di baca dalam catatan kembara penulis-penulis lain. Tapi buah tangan Abu Saif ni lain dari yang lain sebab ada banyak sangat cerita yang membuatkan ateh termenung dan berfikir.. "banyaknya salah tanggapan ateh dan masyarakat Malaysia selama ni terhadap bumi pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.."
 Masih teringat sekitar tahun 2 di UTM, seorang teman ber'chatting' dengan teman siber dari Turki, dan sang teman Turki tadi memuat turun gambarnya bersama keluarga di Turki. Sang teman memegang sesuatu seperti anjing (kerana tidak pasti sama ada betul/anak patung, tapi nampak macam betul) dan hanya nenek yang sudah lanjut usia bertudung. Katanya, di Turki pada masa itu hanya berusia 50 tahun ke atas dibenarkan berhijjab. Tanggapan negatif ateh tentang ‘teruk’nya Turki terus bersarang sehinggalah ateh membaca buku ini, Astaghfirullahalazim…banyak yang silap dari yang betul rupanya.

Yang nyata, masyarakat Malaysia memanglah sering tidak peduli dengan orang lain. Lebih banyak membutakan ‘mata’ dari menegur kemaksiatan, kemiskinan dan keperluan jiran atau teman yang memerlukan. Aku-aku dan engkau-engkau, budaya AAK  (“Ada aku kesah?” )dan AAP (“Apa aku peduli?”) memang sinonim dengan masyarakat kini terutama di KL. Bagaimana ya nak mengubah, sendiri pun tidak boleh mengubah. Sudah sebati dan seperti darah daging, saban hari hanya memikirkan tentang duit, duit dan duit sehingga manusia-manusia di KL (termasuk ateh) seperti lupa untuk mentarbiah diri, menambah ilmu aqidah dan tauhid, meningkatkan iman sehari-hari (bahkan menipiskan lagi dengan pelbagai rancangan lagha), membetulkan bacaan al-Quran dan yang utama tugas sebagai caliph dan daie. Bukan seperti di Turki, golongan muslim yang Islamik sememangnya benar-benar Islamik (bukan hanya pada label), mempertahankan iman dalam apa jua cara. Antara IMAN DAN IMPIAN, mereka memilih IMAN, walau dalam seribu kepayahan. 
Dan dari buku ni ateh baru terperasan, oh Syed Muhammad Naquib al-Attas seorang pemikr hebat tu orang Malaysia ke? Masya Allah, malu rasanya tak tahu menahu pun. "Mungkin bukan tak tahu tapi macam pernah dengar nama tu, tapi entahlah tak mahu ambil tahu", aduh! macam terkena batung hidung sendiri rasanya. Kenapa ramai sangat pembawa slogan 'Malaysia Boleh' yang diagungkan, kenapa nama seorang pemikir hebat tidak tersenarai?hermm..pelik tu tapi benar. Mungkin inilah peribahasa Melayu,gajah di depan mata tak nampak..

Juga pengajaran tersirat dan utama tentang ‘masinnya mulut emak’. Keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan ibu. Terasa sangat benar, kalau lama ateh tak telefon mak di kampung terasa benar semacam kegelisahan. Mak bukan mengharapkan duit setiap bulan, kasih sayang anak-anak yang paling penting. Aduh, cakap macam ni terus rasa nak menangis..rindunya mak di kampung. Mak, macam nak terbang je balik Penang sekarang ni..

Sebelum ateh balik penang, nak promosi dulu buku ni, bagi yang minat mengembara, minat sejarah..ooh silap tak ramai yang minat sejarah,yang berminat nak mengislahkan diri, mungkin ini bacaan untuk kita memikirkan siapakah kita di Bumi Allah,kita berpuas hati dengan diri kita seadanya, tapi adakah Allah berpuas hati?

Sekian catatan ateh. Semoga sama-sama beroleh kebaikan dan keberkatan,amin.
GOMBAK, KL.  

Bacaan untuk kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih

Monday, May 24, 2010

Insya Allah by Maher Zain



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way Insya Allah Insya Allah we`ll find the way

p/s: a song dedicated to me, myself and my students specially..hehe..selamat berjuang ye anak2.. :)
CATATAN SEHARI2..
ateh bie, 
gombak,kl.

Bit Tawwfiq fil Imtihan..

Musim peperiksaan dah tiba..tekunnya anak-anak didik mentelaah. Teringat zaman dulu-dulu semasa masih  bergelar pelajar, ada angin rindu yang menghembus..

Teringat setiap kali musim exam di SMSSMJ, pasti kelopak bunga tanjung kat blok makmal biologi berbunga dan harum semerbak baunye akan menusuk hidung kitorg bila nak ke prep malam. Pelik, sebab waktu malam je bunga tu wangi semacam je. Ada kawan yang nakal mula mengusik.."jangan tegur bau wangi malam2..yelah time2 exam ni kan sume stress..nanti kena badi kalau tegur.."hehe..entah boleh percaya ke tak tu..??buktinya lima tahun di SMSSMJ, alhamdulillah time2 exam tak pernah pulak jadi kes2 histeria akibat tension nak hadapi exam.
kenangan lalu sesuci bunga tanjung...
So, dah alang-alang teringat zaman exam..cikgu nak letak la sikit tips2 exam masa cikgu ambil exam dulu2..cewah..

1. Don't study hard but BE SMART..sambil membaca buat catatan/ nota kecil yang berwarna-warni yang simple tapi padat dalam bentuk mind map dsb.

2. DONT EVER WASTE YOUR TIME..ada masa je, sementara tunggu loceng..senggang masa paper lain..baca lah nota kecil tadi.. :)

3.  or..masa tu la DISCUSS dengan kawan atau uji daya pemahaman sendiri/kawan dengan hafalan pantas..kalau kawan salah, kita betulkan..and vice versa..saling tolong menolong..

4. jangan sesekali KEDEKUT ILMU..sharing is caring..and sharing didn't mean that you lost your knowledge..but the knowledge will increasing..INSYA ALLAH!!

5. THE MOST IMPORTANT THING, ASK FORGIVENESS FROM EVERYBODY YOU KNOW..specially mom and dad, teachers n frens..and MOSTLY FROM ALLAH THE ALLMIGHTY..semoga Allah memberkati usaha anda, Insya Allah.. USAHA+DOA+TAWAKKAL = BERJAYA :)

That's all children...may Allah enrich your knowledge, blessing all your efforts and colours your life with SUCCESSFULNESS now and hereafter..Insya Allah.

CATATAN HIDUP,
RUBIAH BINTU BASRI,
jalan ipoh, kl.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails