KCB 1 & 2 diangkat dari novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Habiburrahman el-Sirazy@ Kang Abik yang laris di pasaran. Ateh kira dah ramai sangat yang dah tengok cerita atau baca buku ni. Buku ateh pernah baca masa di Kapit, pinjam dari kawan. Tapi belum habis baca, dah berpisah sebab ateh dapat pindah ke Semenanjung then terus lupa nak cari dan beli.
Ateh pun dah tau dari tahun lepas, novel ni dah difilemkan tapi selepas sekian lama Achu Sara tolong upload dan simpan dalam laptop ateh, entah kenapa hari ni baru ateh terdetik nak tengok. Masya Allah, Subhanallah...pertama kali ateh yang kalau tengok/baca cerita mesti nak forward ke ending..tapi untuk KCB 1 &2 sedikit pun tak forward ke depan..malah asyik ulang-ulang part yang best. Menarik sangat! Contoh awal-awal tarikan pada budaya Indonesia, masa tengok Tarian Seribu Tangan (yang diadakan pada sambutan Maulidur Rasul di Aceh), waduh betul2 mengingatkan ateh rindunya masa kat maktab, teman2 dari Aceh pernah buat persembahan tarian tu, dan memang teringin sangat nak tengok lagi, sayangnya cd yang simpan tu dah hilang.
Pemilihan para pelakon pun sangat tepat dan layak. Tak macam AAC mungkin kurang enak bila akhirnya pelakon memang 'pelakon' sebab diluarnya seksi, tapi KCB pelakon utamanya yang berjaya menuturkan bahasa Arab dengan baik, yang berjaya membaca ayat Al-Quran dan memberi kuliah dengan baik sememangnya mahasiswa Al-Azhar dan punya latarbelakang agama yang mantap..Alhamdulillah, mungkin sebab tu ateh percaya siapa saja yang menonton cerita terkesan dengan cerita ni. Yang pasti ateh menangis, dari awal hingga akhir. Tambahan muka Anna sangat iras dengan teman Aceh yang pernah sebilik dengan ateh, Mulyana..rindu terubat bila melihat Anna, macam ada bayangan Imul..manis, bertudung labuh, sangat lembut kata-katanya dan bersopan santuh.
Banyak yang boleh dipelajari, tentang hubungan lelaki-wanita sebelum pernikahan yang begitu terjaga. Kemudian, sifat tanggungjawab Khairul Azzam yang sangat taat dan kasih terhadap ibu dan adik-adiknya, Masya Allah tersentuh sangat. Yang paling penting, sememangnya pengajaran yang utama setiap manusia sebaik mana pasti layak diuji PenciptaNya, dan setiap ujian Allah itu ternyata memang ada hikmah tersembunyi..yang kadang-kadang kita kira ia adalah sesuatu yang buruk, malahan Allah Maha Mengetahui bahkan itulah yang terbaik..Subhanallah.
Apepon bagi yang belum pernah menonton SELAMAT MENONTON ya..Insya Allah semoga mendapat manfaat dan barakah dari Nya.
1 comment:
KCB rupa2nya ditayangkan di cinema2 di malaysia pd 14 februari..masa tu ateh sibuk sangat dengan sukan sekolah..patutlah x amik tau iklan2 kcb..mcm mana ye sambutan penonton kat m'sia?xpe..yg penting lepas ni..niat nak cr cd original..at least untungnye terus masuk dalam produksi BASMALA..bukan kat tgv and gsc..:)
Post a Comment