Tuesday, June 22, 2010

Kembara Saigon Part 3

Saigon Part 3 pulak dah..banyak nye part2..ngehngehngeh..banyak sangat nak diceritakan tapi ni pon dah kira banyak cut. So kali ni nak sambung travel ke Chu Chi Tunnel, terowong yang sangat bersejarah pada zaman perang Amerika-Vietnam. Dasyat perang tu, sangat lama dan membunuh sehingga 2-3 juta rakyat Vietnam. Amerika akhirnya dikenakan hukuman atas kekejaman melancarkan perang pada tahun 2004 dan diminta membayar gantirugi pada kerajaan Vietnam . Chu Chi Tunnel adalah saksi perjuangan dan kegigihan rakyat Vietnam mempertahankan tanahair diorang. Bayangkan macam-macam jenis perangkap diorang buat, kreatif tapi ngeri..patut la ramai askar Amerika yang trauma dan MIA. Amerika balas dendam balik dengan sebarkan bahan kimia iaitu agen Orange yang menyebabkan rakyat Vietnam sampai sekarang menderita macam-macam penyakit terutama kanak-kanak. Kesian sangat.

So, balik cerita travel Chu Chi Tunnel bayaran utk ejen adalah USD5 utk sorang dan bayaran masuk terowong VD75000( RM15). Perjalanan dari HCMC ambil masa dalam satu jam, dan kami hanya ambil pakej setengah hari yang dijadualkan pulang ke HCMC pukul 2 petang. Dalam perjalanan, sekali lagi kami singgah di pusat kraftangan OKU yang lain. Kali ni saya akhirnya membeli sebiji dulang minuman berharga USD15 = RM47, mahal tu sebab kecik je. Kalau di pasar malam atau Bent Thanh market lagi murah, tapi kesian pulak kat OKU-OKU (yang mungkin juga mangsa perang) yang bersusah payah ni. Jadi rasa ralat sebab mahal, saya ikhlaskan hati untuk membantu sesama manusia. Saya sebenarnya terkesan dengan kata2 Ally (tour guide) yang sebenarnya meminta 'pelancong-pelancong' Amerika/orang putih membeli bagi 'membantu' meringankan beban dan derita orang Vietnam, buah tangan askar Amerika.

Site map of Chu Chi Tunnel
Terowong tiga tingkat yang dibina selama 20 tahun. Mereka hidup dan berkampung dalam terowong ni. Hebat kan? Takde degree dalam civil engineering or architecture pon, but they're really a real one. Fuh..amazing!
Macam-macam cara untuk menyamarkan diri.
Macam-macam cara untuk selamatkan diri..atas: perangkap inovasi dari buah durian. Kreatif dan inovatif.
 Model askar rakyat Vietnam buat semua senjata/bom sendiri.
Tinggalan askar Amerika

Bye..kami nak masuk merangkak dalam terowong ni..sejuk dalam ni..tapi bila keluar baru rasa penuh peluh.
Pelbagai bilik bawah tanah (asal) yang dijadikan mini hospital, bilik mesyuarat dan dapur memasak. Akhir sekali kami dihidangkan dengan air teh kosong dan ubi kayu rebus.Memang tengah lapar so makan jelah. Sebelum balik, kami masuk ke salah satu bilik tayangan video bawah tanah dan menonton kisah tentang perang Vietnam. Durasi tak lama dalam 15 minit macam tu lah.
Dalam perjalanan balik ke HCMC, destinasi terakhir kami dibawa dan dijamu teh dan kopi Vietnam percuma di sebuah kedai. Promosi kedai le tu. Malangnya disebabkan saya dan suami je Melayu, adala sorang pelayan ni pandai cakap Melayu pulak dah.. punya la pujuk minum, makan dan suruh beli. No la...punya la mahal..entah halal ke tidak.hehe

Sampai di HCMC, baru pukul 2 lebih, so saya minta Ally turunkan kami di jalan yang paling hampir dengan mana-mana tempat menarik sekitar bandar HCMC. Saya dah study map, sumenya dekat2 je. Muzium Preang, Istana Kemerdekaan, bangunan pos yang ada seni bina menarik tu..dan macam2 lagi. Highlight setiap jalan yang terdekat dan akhirnya last point kami ialah Cho Benh Thanh. Malas la nak ambik pakej City Tour yang harganya USD9, mahal tu. Baik travel and explore sendiri..map kan ada. Takut sesat, tanya jelah. Insya Allah walaupun tak berapa faham English, rakyat Vietnam ni memang peramah dan baik dengan pelancong. Yelah...pelancongan adalah ekonomi utama Vietnam sekarang ni di samping pertanian.

So, untuk city tour kita sambung lagi..hehe..daaa

Monday, June 21, 2010

Kembara Saigon Part 2

Catatan bahagian 2 saya nak cerita tentang Mekong Tour dan Chu Chi Tunnel. Dua tempat ni adalah kemestian bila dah sampai di Vietnam. Macam mana nak pergi?Senang je, bagitau je receptionist hotel, confirm diorang ada contact untuk macam2 syarikat / ejen yang akan bawa pelancong-pelancong ke tempat-tempat tersebut dengan pelbagai pakej.

Delta Mekong Tour 
Anda boleh pilih trip 1Day, 2D atau 3D. Trip untuk sehari hanya jelajah pulau dan kampung berdekatan dengan tebing sungai. Untuk 2D dan 3D naik feri sepanjang sungai hinggalah melepasi sempadan Vietnam, ke Pnomh Penh atau Siem Reap.

Kami hanya memilih untuk trip sehari dan bayaran untuk seorang ialah 12USD, rupa-rupanya bila tour guide datang jemput dengan berjalan kaki baru kami tahu company Tropic Tour tu hanyalah di seberang jalan hotel kami. Bayaran yang dikenakan kalau terus ke company lagi murah, just 9 USD...rugi 6USD. Tapi tu lagi ok dari sorang kawan pesan siap2 dari Malaysia, bayaran 50 USD..boleh beli kain banyak tu..hehe.

Sambung cerita, so bila dah naik bas (coaster) bergabung la kitorang dengan pelancong-pelancong dari pelbagai negara, UK, Taiwan, Singapore dan satu keluarga Cina dari Malaysia. Tapi keluarga Mr. Tan dari Singapore yang mula berkenalan dengan kami sangat ramah. Bahasa Melayu pun fasih, orang kata Chinese Singapore selalu sombong tapi yang ini memang baik hati.

Dalam bas, Ally (tour guide) bercerita macam-macam pasal Vietnam.."Vietnam is a poor country, u can see that there are about 10 millions of people live at HCMC and about 4 millions motorcycle here. because of we have to buy the vehicle by cash, not all the people can buy the car.." huhu memang pun, motor penuh je kat jalan, memang kena cekap melintas dan bandaraya ni mmg bising dengan bunyi hon..macam2 lagu pulak tu. Ada satu van tu sensornya lagu twinkle, twinkle little star..keh3..lucu betul.

Perjalanan selama 2 jam ke Delta Sungai Mekong, tapi kami singgah seketika di satu pusat kraftangan untuk handicapped person. Biasalah orang Vietnam memang terkenal dengan macam-macam hasil kraf dan akrilik.
Kraf yang dibuat dari kulit telur itik dan siput, memang berseni dan kreatif. Kagum ooo....
k

Antara kraftangan yang menarik, saya pulak dah berkenan sangat dengan dulang yang unik dan berkilat ni. Tapi harganya agak mahal berbanding di pasar malam..

Tak ramai yang membeli..ramai yang tumpang toilet je sebab perjalanan masih jauh. Akhirnya, kami sampai tiba di jeti yang entah ape saya pun lupa nak baca..teruja tengok Sungai Mekong. Teringat zaman-zaman kena naik bot melawan arus Sungai Rejang dan Sungai Katibas. Sungai Mekong lagi lebar dari Sg rejang dan panjangnya..huu memang panjang, merentasi enam negara!!!wow!!
Jambatan yang menghubungkan kampung-kampung sekitar tebing Sungai Mekong

Sepanjang perjalanan dalam bot/feri ni, Ally mula bercerita tentang 3 pulang yang ada dalam Sungai Mekong ni..perghh besar tu sebab ada pulau lagi..Pulau Unikorn, Pulau Dragon dengan Pulau Turtle. Pelbagai aktiviti yang akan kami buat lepas ni,  firstly singgah di Pulau Dragon, kami di bawa ke Kilang Gula-gula Kelapa. Semua ahli kumpulan memborong tapi kami je yang muslim hanya tengok je..heehee taknaklah..
Awek Vietnam yang cun sedang membalut gula-gula secara manual.

Aktiviti seterusnya, berjalan masuk ke dalam kampung, naik kereta kuda padi then rowing the long boat. Masa naik kereta padi tu teruja la jugak sebab tak pernah naik kereta kuda..hehe tapi rowing the long boat macam dah selalu..cuma kesian sangat tukang kayuh kebanyakan wanita dan anak kecil. So aku pun tolong kayuh sekali sebab sampan kitorang ni ada mat saleh yang badan besar..termengah-mengah makcik tu.
Habis je aktiviti ni, kami naik feri balik untuk menjamah hidangan tengahari. Dari blog2 yang dibaca, kami pun bawak la segala makanan sendiri tambahan pulak si Ally dah announnce akan di hidang dengan 'babi panggang' dan sup ular..eyarrkks!!

So, masa lunch tension jugak la sebab restoran tu banyak sangat anjing yang jinak-jinak..arghh menyampah dan takut anjing-anjing tu datang bergesel nak makanan. Tambah-tambah ba tuna mayonese kitorg sedap je. Sedang enak kami makan, datang la segerombolan makcik-pakcik satu grup dari Malaysia sebabnye semua bertudung dan sah-sah muka Melayu..terdengarla komen makcik ni.."eh eh diorang bawak bekal la.." heeee..kami senyum je. Kami yang menjauh dari dewan makan utama hanya mampu melihat makcik-pakcik makan entah ape entah. Nak juga saya pergi bertanya, tapi suami menghalang tambahan pulak takut anjing mengekor saya..huhuhu..
Bekal lunch

Habis makan, kami terus ke destinasi terakhir di Unikorn island untuk minum honey tea, makan buah-buahan tempatan dan dengar folk songs. Yang baiknya, kenalan dari Malaysia dan Singapore banyak membantu kami kat sini, sampai di Restoran tadi diorang dah concern.."sini halal ke?".."oh, takpe..kitorang bawak bekal.."
Bila dihidang teh dengan madu dan perahan limau yang di bancuh depan kitorang, dan kitorang yakin bleh minum, baru kitorang minum. Lepas tu dia hidangkan air hitam (yang kami dah agak sumthing alkohol), terus kenalan2 Cina tadi bagitau, "owh..yang ni tak halal.." baiknya diorang, thanks for the information.

Menikmati buah-buahan tempatan, nangka, buah naga, rambutan dan nanas. Kesian minah saleh ni makan rambutan masam.."uuu..tasting like a gum.." hehe..gelak jelah kitorang, izzi dengan ramahnye menjawab.."it taste much2 sweeter at my hometown..Malaysia.." promosi malaysia..hehe.

Vietnamese folk songs..hehe tak faham ape pon.tapi dengar jelah. Lepas dengar macam biasa diorang letak bakul untuk kami beri tips. Oklah, habis je persembahan jam menunjukkan pukul 3 petang..perjalanan 2 jam balik ke bandar. Maknanya samapai pukul 5.00 petang, ada masa nak jamak ta'khir sebab maghrib pukul 6.15..alhamdulillah..sepanjang perjalanan, saya tidur je. Letih dan kebasahan kena hujan dalam feri masa otw balik. Tata mekong river..
Catatan Chu chi Tunnel akan disambung ke episod seterusnya..daaa..

p/s:Aminah seorang pengunjung blog saya ada menawarkan pakej ke Vietnam untuk Muslim Tour, tapi terus terang cakap rasanya lagi sangat murah kalau tour sendiri..redah jee!!

Wednesday, June 16, 2010

Kembara Saigon

Alhamdulillah..minggu lepas selama 4 hari 3 malam, saya dan suami selamat mengembara ke Ho Chi Minh City (HCMC) atau dulunya dikenali sebagai Saigon. Hanya berdua, boleh lah dikatakan 'honeymoon' entah kali ke berapa..hehe maklumlah selagi menjadi ahli kelab DINK, Insya Allah selagi tu kami bercadang menggunakan kesempatan bersama meneroka dan melihat bumi Allah yang indah dan sempurna ciptaanNya, Subhanallah.

Catatan ke Bandung, saya tulis ikut hari tapi ke Vietnam rasanya lebih selesa menulis tentang tempat-tempat yang kami jejak di bumi yang pernah memerangi kuasa besar Amerika dengan dasyatnya.

HOTEL

Di Saigon terdapat banyak pilihan hotel, dari yang berbintang dan juga untuk 'backpackers'. Hasil kerajinan suami menelaah bermacam-macam blog kembara ke Saigon, kami mendapati ramai pelancong dari Malaysia selesa menginap di hotel-hotel yang sangat dekat dengan Pasar Bent Than seperti Saigon Pink, Asian Ruby dan bermacam hotel. Tapi akhirnya, kami tawakal 'booking' rumah tamu yang harganya sangat berpatutan, Nhat Thao Guesthaouse. Terletak di 35/4 Bui Vien Street,District 1, kami memesan dari www.hostels.com dan sangat berharap dan berdoa pesanan kami itu tiada masalah. Alhamdulillah, walaupun di'cekik' oleh pemandu teksi yang meminta tips sehingga VD50k, kami disambut mesra oleh penyambut tetamu yang sangat fasih berbahasa Inggeris (dah baca dalam blog2, vietnam bandar tips dan jangan naik teksi selain warna hijau -Mai Linh Group, ujian kecil sebab kami tersilap jua akhirnya walaupun begitu berhati-hati mencari teksi..hehe).

Nhat Thao Guesthouse menyediakan pelbagai kemudahan walaupun hanya bertaraf 'backpackers guesthouse'..memang worthy and comfortable..bila2 masa bleh check internet dan ada fridge besar plak tu dalam bilik..hermmm berbaloi baloi...

RESTORAN HALAL
Perkara paling penting, yelah takda makanan takdalah energy nak ronda-ronda Saigon. So persediaan awal, penuhla beg saya dan izzi dengan pelbagai produk segera, mee, tuna, sardin, gardenia, chipsmore n etc. Terlupa nak surf awal2, izzi pulak ingat nama-nama restoran dari pembacaan blog tapi lupa nak catat kat mana. So, dengan kemudahan internet dan sebuah buku nota kecil, saya directly surf internet cari restoran halal di Vietnam. Alhamdulillah, dapat nama, info dan alamat complete restoren2 tersebut. 

1. Satay House Malaysia (Very Halal Food)
35 Mac Dinh Chi Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

Cuisine:  Asian
Authentication:  Owners are known Muslims
Hours:  7 am to 10 pm

2. Taj Mahal
241, 265/1, Pham Ngu Lao Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam 8

Cuisine:  North Indian
Authentication:  Halal sign in window

3. Bon Mua Four Seasons
2 Thi Sach Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

Cuisine:  Malay
Authentication:  Halal sign in window


4. Halal @ Saigon
Address: 31 Dong Du, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Cuisine:  Malay, Vietnamese, owner Indian doctor from Malaysia, chef Malay man from Perak if not mistaken. Nearby the Sheraton hotel.

5. Amara Hotel Café
323, Le Van Sy Street, District 3, Ho Chi Minh City, Vietnam

Cuisine:  Various
Authentication:  Islamic authorization

6. Kedai Shamsudin, Malaysian owner, jauh jugak dari District 1(city center).Many said this restaurant was the best halal restaurant at Saigon..so poor we could'nt try it :(
Address: Kedai Shamsudin, 445 Le Hong Phong street, District 10, Saigon
Mobile: 0903399430 – 0908150110  
 
Interior design of Kedai Shamsudin, ihsan from nezumi blog..big thanks. 

7. Sara Halal Food Restaurant – 67 Dang Van Ngu, Ward 14, District Phu Nhuan, Saigon
Bloggers said this restaurant was cheaper compared to VN Halal, but i didnt try it too..
                                               
8. Akbar Ali, 240 Bui Vien Street, District 1 - the same street of our guesthouse, very nearby but we didn't get the chance to have a meal there. For sure lah indian cuisuine from the restaurant's name. And here the list of many Indian or mamak restaurant at Saigon.          


- Tandoor Restaurant, 74/6 Hai Ba Trung, District 1.
- Alibaba, 43 Mac Thi Boui, District 1.
Bombay Restaurant, 59 Dong Du, District 1
Mumtaz, 226 Bui Vien Street, District 1, from the internet i knew that the owner of this restaurant was Christian but we did find the same address with new 'halal' restaurant, Shahi Qila Restaurant, they gave salam to us the first time we passed in front of the restaurant (berbunga-bunga hati nak rasa capati for breakfast), but kantoi masuk je..ada tiger beer atas meja, cancel terus.Beriya amik gambar..rupa-rupanya hampess!!
-
Ada lagi a few restaurant yang ada pelekat halal macam ni kat Bui Vien Street, nearby Shahi Qila ni ada Punjabi Restaurant also 'halal', then nearby Akbar Ali ada New Delhi Restaurant yang 'halal' juga, tapi kitorang tak jenguk pun ke dalam. Malas la, kalau ada beer lagi, terus bantut selera nak makan. 

Then dari bloggers, ramai tulis tentang Bombay Restaurant yang halal, tapi masa tu tukang masaknya orang Islam Malaysia, dengar cerita jugak sekarang ni restaurant tu dah diambil alih sepenuhnya oleh Vietnamese family yang non-Muslim and the Malaysian chef tu pun dah balik sini, so halal lagi ke?entahlah.. 

Lastly, ini jelah satu-satunya restoran yang insya Allah 100% halal (sebab ada ustaz Vietnam + malaysia datang makan sini..n kami pasang telinga ustaz tu tengah bincang untuk bagi sijil halal kat satu kilang mi kat Saigon..hehe). Harganya..adoila memang mahal, siap ada service tax, orang cakap murah lagi Halal@ Saigon. tapi yelah yang ini paling dekat dengan Pasar Ben Thant. Takpelah,mahal pun asalkan halal. The restaurant was:     VN.Halal Restaurant, 14 Pham Hong Thai, P. Ben Thanh, District 1.

 
At last, pagi petang siang malam kitorang makan kat sini je..hehe..malas nak ambik teksi gi makan kat Halal@Saigon or Kedai shamsudin..yelah senang sikit berulang alik Pasar Malam dengan Cho Ben Thant..hehe.

to be continued.. :)

Thursday, June 3, 2010

Doakan kejayaan Misi LL4G

Dengarlah wahai umat..
kata-kata perjuangan dan bersemangat waja..
tubuh yang masih kecil, namun berjiwa besar..
Palestin..satu hari kau pasti bebas..
Yakinlah dengan janji Allah..
khabar gembira buatmu..andainya tiada di atas dunia,
tapi pasti ada di akhirat sana.

Anak kecil ini..sebegitu kecil sudah memahami erti perjuangan..
Perjuangan pembebasan Al-aqsa yang pernah dipimpim Salahuddin Al-Ayubi..
Mereka berjuang dan terus berjuang menentang puak zionis laknatullah 
Teguhnya iman mereka..walau hanya bersenjata guli, lastik dan batu..
Andainya itu aku, dan anak-anak bangsaku..
Masihkah aku bisa menahan derita itu, mengekang iman agar tidak luluh?
Ya Allah.. ya Rabbul Izzati..bantulah pejuang-pejuang mu ini..
agar mereka tidak gentar dengan syahid..biarkan kejayaan milik mereka, dunia dan akhirat..amin.

LUAHAN RASA, 
Gombak, KL

Wednesday, June 2, 2010

Penangan CINTA

AKU CINTA PADAMU..AI SHI TERU..WA AI NI..I LOVE YOU..MERE PYAR KATE HUM..SARANGI..

CINTA itu apa sebenarnya ya?


Iya, CINTA itu sememangnya kekuatan bagi sesiapa sahaja yang memerlukan. Tapi kepada siapa CINTA itu didambakan? Adakah kepada yang selayaknya? CINTA itu membuatkan manusia jadi rela disuruh, 
seorang kekasih yang kononnya tersangat mencintai, rela menurut sahaja turutan kekasih hatinya..
sseorang pelajar yang mencintai ilmu, rela disuruh guru..
seorang anak yang mencintai keluarga,  rela disuruh ibu  dan ayah dengan tulus..
seorang isteri yang mencintai suaminya, rela disuruh sang suami..
seorang umat yang mencinta NABI nya, akan rela mengikut sunnah..
dan seharusnya seorang HAMBA yang mencintai TUHANnya..RELA DISURUH, SAMI'NA WA ATA'NA..

Tapi, apa yang berlaku hari ini sebaliknya. Isteri derhaka, suami derhaka, anak derhaka dan MAKHLUK DERHAKA..nauzubillah. Bacalah tajuk2 berita kini, "HENTAK KEPALA BAPA", "ANIAYA IBU DEMI KEKASIH"..astaghfirullah..inilah realiti hidup sekarang bila CINTA tersalah turut,bila CINTA tidak lagi membuah rasa bahagia pada tempat yang sepatutnya. Tidakkah anak itu terfikir, bahawa insan yang pertama kali mencintainya sebelum dia menjengah dunia adalah ibu dan bapanya? Insan yang tulus mencintainya ketika dia masih kecil dan tidak mampu berbuat apa-apa, jua adalah ibu dan bapanya..lalu pabila anak kecil itu membesar, mula kenal CINTA yang lain, tiada lagi CINTA ibu dan bapa.."buang emak, buang saudara..kerana kekasih hamba turutkan.."

Terkesan apabila kejadian berlaku di depan mata, seorang ibu yang menatang anaknya sejak kecil, dididik dan diasuh menjadi anak gadis yang taat, taat pada orang tuanya, kasih pada Rasulnya, Cinta akan Tuhannya..namun anak gadis yang lemah lembut itu bagai disihir, sihir CINTA seorang pria..yang menawan hati sang gadis dengan kata-kata CINTA yang manis.

Sang gadis mula berubah, tudung yang labuh dibuang lantas sang pria memuji lebih indah andainya ciptaan TUHAN yang indah itu dapat dilihat, dihidu dan dibelai-belai..aduhai..terbuai sang gadis akan pujian sang pria..lantas terlupa gadis akan TITAH YANG MAHA ESA, terlupa sang gadis akan SABDA Rasulnya, terlupa gadis nasihat ibu yang dulu amat dikasihinya. Ibu yang pengasih mengesan perubahan sang gadis, satu hari tertangkap sang gadis melepaskan rambutnya, lalu si ibu amat murka..dan sang gadis merajuk, membawa diri bersama sang pria diCINTAinya..entah ke mana.

Sehingga saat ini si ibu masih begitu susah hati, rungsing memikirkan ke mana si anak yang amat dicintainya. Sudah tersebar seluruh benua wajah menawan sang gadis,namun masih tiada berita. Si ibu terus berduka,  si ibu yang dulunya peramah, sering tersenyum indah begitu lembut berkata-kata....hari ini, dari kejauhan aku merenung wajah nya yang begitu kusut. Sungguh kasihan.. Terdetik di hati, YA ALLAH..begitu sukar menjadi seorang ibu di zaman serba serbi ini, zaman anak tidak lagi CINTA ibunya, zaman hamba tidak lagi kenal dan CINTA Tuhannya. ya Allah, selamatkan puteri ibu yang pengasih itu, lembutkan hati nya YA LATIF, ya Rahman ya Rahim..kembalilah hai sang puteri..sesungguhnya ibumu itu amat mengasihimu, kerana itu ibu memarahimu...ibumu tidak mungkin sengaja menyakitimu, sengaja meleterimu agar telingamu sakit, tetapi itulah caranya ibumu menyatakan rasa CINTAnya..fahamilah duhai anak..bahasa CINTA ibu..

cinta itu rasa yang indah, tapi mengapa sering manusia itu buta dalam menilai CINTA?

CATATAN KASIH SEORANG ANAK,
Ibuku yang ku cintai..kasihmu umpama lautan tak bertepi..
tatkala ayah tiada lagi..ibu segalanya menanggung derita..
namun tak pernah sejalur resah kau tunjukkan pada kami..
Ibu yang ku rindui..
di saat hatiku tak keruan..mendengar suaramu yang lembut..
cukup menenangkan jiwa..
cukup mengubat lara hati..
cukup menampung lompang-lompang gelisah..
Ibu..andai aku sering tersalah bicara..sering terlupa mengirim khabar berita..
sering membuat ibu berduka..ampunkan aku ibu..
tiada aku tanpa ibu..
tiada redha Allah tanpa redha ibu..
maafkan aku ibu, aku mencintaimu..namun lidahku sering malu mengungkap kata keramat itu..

puteri 6 mak dan abah,
GOMBAK, KL.

7 AYAT-AYAT CINTA

Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya
walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmanni rrahim: Pada tiap-tiap hendakmelakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Risalah: Jalan-jalan Ke Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.



Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 




"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
 


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.



"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 



"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!



Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails