AKU CINTA PADAMU..AI SHI TERU..WA AI NI..I LOVE YOU..MERE PYAR KATE HUM..SARANGI..
CINTA itu apa sebenarnya ya?
Iya, CINTA itu sememangnya kekuatan bagi sesiapa sahaja yang memerlukan. Tapi kepada siapa CINTA itu didambakan? Adakah kepada yang selayaknya? CINTA itu membuatkan manusia jadi rela disuruh,
seorang kekasih yang kononnya tersangat mencintai, rela menurut sahaja turutan kekasih hatinya..
sseorang pelajar yang mencintai ilmu, rela disuruh guru..
seorang anak yang mencintai keluarga, rela disuruh ibu dan ayah dengan tulus..
seorang isteri yang mencintai suaminya, rela disuruh sang suami..
seorang umat yang mencinta NABI nya, akan rela mengikut sunnah..
dan seharusnya seorang HAMBA yang mencintai TUHANnya..RELA DISURUH, SAMI'NA WA ATA'NA..
Tapi, apa yang berlaku hari ini sebaliknya. Isteri derhaka, suami derhaka, anak derhaka dan MAKHLUK DERHAKA..nauzubillah. Bacalah tajuk2 berita kini, "HENTAK KEPALA BAPA", "ANIAYA IBU DEMI KEKASIH"..astaghfirullah..inilah realiti hidup sekarang bila CINTA tersalah turut,bila CINTA tidak lagi membuah rasa bahagia pada tempat yang sepatutnya. Tidakkah anak itu terfikir, bahawa insan yang pertama kali mencintainya sebelum dia menjengah dunia adalah ibu dan bapanya? Insan yang tulus mencintainya ketika dia masih kecil dan tidak mampu berbuat apa-apa, jua adalah ibu dan bapanya..lalu pabila anak kecil itu membesar, mula kenal CINTA yang lain, tiada lagi CINTA ibu dan bapa.."buang emak, buang saudara..kerana kekasih hamba turutkan.."
Terkesan apabila kejadian berlaku di depan mata, seorang ibu yang menatang anaknya sejak kecil, dididik dan diasuh menjadi anak gadis yang taat, taat pada orang tuanya, kasih pada Rasulnya, Cinta akan Tuhannya..namun anak gadis yang lemah lembut itu bagai disihir, sihir CINTA seorang pria..yang menawan hati sang gadis dengan kata-kata CINTA yang manis.
Terkesan apabila kejadian berlaku di depan mata, seorang ibu yang menatang anaknya sejak kecil, dididik dan diasuh menjadi anak gadis yang taat, taat pada orang tuanya, kasih pada Rasulnya, Cinta akan Tuhannya..namun anak gadis yang lemah lembut itu bagai disihir, sihir CINTA seorang pria..yang menawan hati sang gadis dengan kata-kata CINTA yang manis.
Sang gadis mula berubah, tudung yang labuh dibuang lantas sang pria memuji lebih indah andainya ciptaan TUHAN yang indah itu dapat dilihat, dihidu dan dibelai-belai..aduhai..terbuai sang gadis akan pujian sang pria..lantas terlupa gadis akan TITAH YANG MAHA ESA, terlupa sang gadis akan SABDA Rasulnya, terlupa gadis nasihat ibu yang dulu amat dikasihinya. Ibu yang pengasih mengesan perubahan sang gadis, satu hari tertangkap sang gadis melepaskan rambutnya, lalu si ibu amat murka..dan sang gadis merajuk, membawa diri bersama sang pria diCINTAinya..entah ke mana.
Sehingga saat ini si ibu masih begitu susah hati, rungsing memikirkan ke mana si anak yang amat dicintainya. Sudah tersebar seluruh benua wajah menawan sang gadis,namun masih tiada berita. Si ibu terus berduka, si ibu yang dulunya peramah, sering tersenyum indah begitu lembut berkata-kata....hari ini, dari kejauhan aku merenung wajah nya yang begitu kusut. Sungguh kasihan.. Terdetik di hati, YA ALLAH..begitu sukar menjadi seorang ibu di zaman serba serbi ini, zaman anak tidak lagi CINTA ibunya, zaman hamba tidak lagi kenal dan CINTA Tuhannya. ya Allah, selamatkan puteri ibu yang pengasih itu, lembutkan hati nya YA LATIF, ya Rahman ya Rahim..kembalilah hai sang puteri..sesungguhnya ibumu itu amat mengasihimu, kerana itu ibu memarahimu...ibumu tidak mungkin sengaja menyakitimu, sengaja meleterimu agar telingamu sakit, tetapi itulah caranya ibumu menyatakan rasa CINTAnya..fahamilah duhai anak..bahasa CINTA ibu..
cinta itu rasa yang indah, tapi mengapa sering manusia itu buta dalam menilai CINTA?
CATATAN KASIH SEORANG ANAK,
Ibuku yang ku cintai..kasihmu umpama lautan tak bertepi..
tatkala ayah tiada lagi..ibu segalanya menanggung derita..
namun tak pernah sejalur resah kau tunjukkan pada kami..
Ibu yang ku rindui..
di saat hatiku tak keruan..mendengar suaramu yang lembut..
cukup menenangkan jiwa..
cukup mengubat lara hati..
cukup menampung lompang-lompang gelisah..
Ibu..andai aku sering tersalah bicara..sering terlupa mengirim khabar berita..
sering membuat ibu berduka..ampunkan aku ibu..
tiada aku tanpa ibu..
tiada redha Allah tanpa redha ibu..
maafkan aku ibu, aku mencintaimu..namun lidahku sering malu mengungkap kata keramat itu..
puteri 6 mak dan abah,
GOMBAK, KL.
No comments:
Post a Comment