Thursday, September 30, 2010

Cerita Sedekah

Salam anak2..nak dengar cerita tak?haaa,ni cerita Nabi Sulaiman tau.....

Pada suatu hari, di zaman kerajaan Nabi Sulaiman..Nabi Sulaiman a.s menitahkan seluruh rakyat jelatanya yang terdiri bukan saja manusia; bahkan jin dan haiwan juga membawa sedekah atau hadiah ke istana Nabi Sulaiman. Maka berbondong-bondonglah rakyat Nabi Sulaiman datang dengan  membawa sedekah atau hadiah masing-masing.

Si Gajah membawa kerbau sebagai hadiah, si Kerbau membawa kambing sebagai hadiah, Si Kambing membawa ayam sebagai hadiah, Si Ayam membawa belalang sebagai hadiah, si Belalang membawa semut sebagai hadiah. Maka berbarislah haiwan-haiwan ini untuk mempersembahkan hadiah masing-masing. Kebetulan Si Gajah berbaris di sebelah Si Belalang. Menjelinglah Si Gajah akan hadiah Si Belalang, seraya berkata..

"Hai Belalang..semut je kau bawa? Tengok aku ni haa...kerbau!!"

Maka terdengarlah oleh Nabi Sulaiman a.s akan sindiran Si Gajah terhadap Belalang, maka bersabda baginda:
" Berilah sedekah/hadiah sesuai dengan kemampuanmu.."

Maksudnya, sesuai sangat lah..Si Gajah yang berbadan sasa membawa kerbau sebagai hadiah dan sesuai lah Si Belalang membawa semut. Kalau Si gajah membawa semut, itu kedekut namanya dan Si Belalang membawa kerbau, jadi kemusykilan pulak. Mana mampu Si Belalang bawa kerbau, ada ilmu ghaib kah?

Jadi, kesimpulannya..berilah hadiah atau sedekah semampu kita. Jangan terlampau kedekut dan jangan terlampau murah hati, hah sampai abis almari-almari lauk kena tebuk tikus nak disedekahnya..hehe..oklah selamat membaca dan selamat bersedekah.. :)

Di senduk dari cerita ustaz program 'Tanyalah Ustaz'.

Thursday, September 23, 2010

Award dari Iffah

Sama2 kasih adik iffah..so sweet..

aduh segan nih..(e'eh malu2 kucink lak teh..ngeee)..
actually bukan iffah yang kena ucap terima kasih nih..tp akak yg lebih perlu mengucapkannya..

TERIMA KASIH adik IFFAH NABIHA JAILANI..
teladan yang akan sentiasa akak jadikan contoh untuk anak2 akak..
doa akak sentiasa mengiringi kejayaanmu dik..walau di mana berada..
semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkatimu..amin

Wednesday, September 22, 2010

PRO & KON iklan raya KONTROVERSI TV3

Salam..
Mungkin artikel ateh ni dah ketinggalan zaman kot..yelah, TV3 pon dah tarik balik iklan raya yang kontroversi tu dan meminta maaf secara terbuka. Yelah, iklan tu pun diarah oleh Pengarah Kreatif, Douglas Khoo Hong Seng (boleh rujuk Utusan Malaysia, 5 Sept.)..jadi apa sangatlah kita mengharapkan En. Douglas ni menerapkan sepenuhnya unsur yang Islamik kan?

Ape pon, ateh mungkin baru terperasan selain blog Kalamul Haq yang jelas menentang iklan ni, ramai juga yg pro iklan ni dan melihatnya sebagai sangat islamik seperti Obefiend. Anda boleh baca kedua-dua blog ini dan menilai sendiri. Senarai lain blog yang kon selain kalamul haq, seperti Al-mankaraqi. Then ada lagi yang menilai iklan ni hanyalah satu teori konspirasi, baca suhaimi ramly.

Dengan semangatnya ateh telah membaca semua komen2 tapi yang paling ateh bersetuju dengan komen sorang hamba Allah ni..

" Berlaku adillah.

Kenapa kita mesti terbahagi jadi dua?
1. Mengaitkan SEMUA elemen dalam iklan ni dengan Illuminati, Freemasonry, dsb.
2. Menganggap iklan ni sekadar iklan saja, TIADA apa yang bahaya.

Pada pendapat saya, simbolisme beca dan bunga lotus tu amat membahayakan. Tetapi mentol dan songkok putih tu saya tak boleh terima kerana ia terlampau general untuk dikaitkan dengan teori konspirasi.

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al Maidah:8)

Apa yang cuba nak disampaikan ialah jangan terlampau memberat-beratkan dengan mengatakan SEMUA elemen dalam iklan ini merupakan simbol agama lain, Illuminati, Freemasonry, dsb. Dan jangan pula diringan-ringankan mengatakan iklan ini SEKADAR iklan...

Admin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan menyampaikan apa yang dirasakannya sebagai kebenaran. Kalau kebenaran bagi admin tak sama dengan kebenaran bagi kamu, kita berlapang dada.

Mengakui bahawa Yahudi dan Nasrani memang berkonspirasi adalah satu persoalan akidah, kerana perkara ini memang tercatat dalam al-Quran. Tapi, sama ada IKLAN INI merupakan konspirasi mereka atau tidak, itu terserah pada pendapat masing-masing. Admin dah berkongsi bukti yang menyokong teori konspirasi. Pengkomen mungkin ada bukti yang menolaknya. Kepelbagaian pendapat di sini, bagi saya, tiada masalahnya, kerana IKLAN INI (spesifik) bukan masalah usul dalam Islam. Mungkin iklan ini memang konspirasi, dan mungkin juga iklan ini hanya silap langkah dalam mempamerkan perpaduan kaum (dan terlebih-lebih pula hingga perpaduan agama).

Tapi kita harus yakin, bahawa mereka memang tak akan redha dengan kita dan berusaha menyesatkan kita dengan apa jua cara sekalipun, tak kisahlah jika iklan ini termasuk salah satu daripada konspirasi mereka." ~mujtahid005



then, setuju juga dengan komen indra qirana..

"mengapa kita perlu meneliti dan ambil berat tentang perkara seperti ni?

Surah Taha

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124) Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? (125) Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.

apakah ini sesuatu yang remeh temeh?

Khutbah Rasulullah pada Haji Wida’

antara isinya...

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.


sikit sikit Illuminati, sikit sikit freemanson? nak kecoh kecoh ker?

Sabda Rasulullah saw:

“Wahai sekalian manusia! sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan Adam yang lebih besar dari fitnah Dajjal, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi, melainkan telah diperingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal. ” [HR. Bukhari]

dah depan mata masih tak jelas lagi?, bukan kah ini fitnah yang sangat besar?


pada yang malas berfikir tapi masih ada sekelumit iman tak yah susah susah lah, baca jer surah al kahfi.

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda – Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal (HR Muslim 809)


nak main main ngan kata kata sinis ehh,apa kita fikir kita tidak akan mati kelak, masih nak bergembira? Jaga jaga ehh, kat dalam alam siber ni bleh lah... tunggulah lah saat di alam barzakh nanti...opinion kamu sangat cool ehh jadi kalau berani Berhujah lah kamu ngan Allah"


ooh..ateh kerja copy paste komen org je, apa pulak komen ateh??

Sejujurnya, ateh 101% tidak bersetuju dengan penyiaran iklan tu. Sebab secara terang lagi bersuluh iklan tu dah campuradukkan unsur2 agama lain dengan agama Islam. Mungkin ada yang sekadar melihat iklan hanya lah iklan, tp bagaimana menjawab pada anak kecil berusia 6 tahun yang dah biasa tengok iklan krismas dan cakap.."mak, tu santa claus kan?" pada iklan aidilfitri kali ni. Anak kawan ateh tau yang cakap macam ni, bukan rekaan semata-mata nih.

Mungkin, pengarah kreatif TV3 yang bukan beragama Islam tu nak terapkan 1MALAYSIA yang menyatupadukan kaum, tapi tidak perlu menyamaratakan agama..

AIDILFITRI=PERAYAAN ISLAM=PERAYAAN KRISTIAN (ADA BECA TERBANG) = BUNGA TERATAI (BUDDHA) = DEEPAVALI (PELITA)

perlu ke? pastu bijak pandai macam si obefiend lulusan TORONTA U, KANADA pun menggunakan dalil bahawa beca tu nak menunjukkan supaya sentiasa membaca sbb ayat pertama yang Allah turunkan adalah IQRA' = bacalah = bunyi nak sama dgn BECA..ape ke bangang teori mamat yang kunun2nya genius nih..sah dia ni terlalu sekular..(oh obefiend..aku jijik nak makan daging ko sbb mengumpat (nauzubillah), harapnya ko bacalah ye kutukan aku ni..)

tapi betul gak kata mujtahid005, tak perlu berlebihan dalam menganalisa..kalamul haq lagaknya mcm berlebih2 juga mentafsir songkok putih tu..arwah abah ateh pon pakai kopiah putih tau..

kesimpulannya..macam yg kita semua pernah belajar tentang konsep wasatiah..bersederhanalah dalam memberi pendapat...yelah kalau rasa kurang ilmu agama, tak pernah belajar untuk perdalamkan tafsir..ateh rasa tak perlu lah kot nak berlebih2 mentafsir..ISLAM ITU MUDAH, TAPI JANGAN SESEKALI MEMPERMUDAHKAN DAN MEMPERLECEHKAN..betul tak??tapi jangan menakutkan pengikut agama lain dengan menunjukkan ISLAM ITU TERLALU EKSTREM..bersederhanalah...yang mana ternyata BENAR, katakan BENAR..yang mana SALAH itu SALAH..kenapa perlu tokok tambah dan mereka-reka?

aduhai..ateh lantas teringat bacaan pada blog Abu saif, MELAYU bertuah mendapat ISLAM (yelah..melayu lahir2 dah ISLAM kan?) tp adakah ISLAM bertuah mendapat MELAYU?

fikir2kanlah..dan selamat beramal di bulan SYAWAL..semoga yg baik datangnya dari Allah..dan smga ada kebaikan dalam tulisan tak seberapa ilmiah dan islamik ni..amin..taqabballahuminna waminkum...

Monday, September 20, 2010

SHOWCASE MAHER ZAIN LIVE@MALAYSIA

Alhamdulillah..tiba2 maher zain akan datang ke Malaysia..tempahan dah dibuka..


Showcase Maher Zain, “Save The Soul”
Untuk dapatkan tiket, hubungi :

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669
(Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885
(En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650
(En Roslan / En Naizi)

Tarikh:
a) 14 Oktober 2010 (Khamis)
b) 15 Oktober 2010 (Jumaat)

Waktu : 8.00 malam

Tiket : RM 200, RM 150, RM 100 & RM 70
~ cepat acik, acu n ayong..nak gi tak?nak gi ateh nak call cepatt!!!!!!tapi hangpa suma kena mita izin mak dulu la..hehehehhe

Sunday, September 19, 2010

KCB SINETRON - SELESAI SUDAH

alhamdulillah..akhirnya selesai sudah kisah lanjutan dari filem dan garapan Kang Abik..

puas hati??

memang puas hati sangat2...happy ending..tp yg penting bukan endingnya happy ke tak..yang penting pengajaran yang dikutip..

jujur sebagai wanita yang sedang menanti kehadiran buah cinta pengikat kasih saya dan suami, pastinya sangat tersentuh dengan konflik anna-azzam-qanita..saya seperti melihat diri sendiri dalam watak anna althafunnisa, terutama di awal pernikahan kami, kecemburuan anna, krisis anak..tapi alhamdulillah sampai saat ini walaupun masih tiada khabar gembira seperti hamilnya anna, saya tidak diuji dengan kehadiran 'ustazah qanita'..dan saya berdoa semoga saja ia tidak pernah hadir..namun, saya melihat segalanya dari sudut yang positif..Allah memakbulkan doa Anna di saat yang terbaik, saat kesemua doktor sudah berputus asa dengan mengatakan Anna tidak mungkin boleh mengandung, Anna tidak terlarut dengan kesedihannya..bahkan Anna sentiasa bersyukur, redha, sabar, tabah dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah..Allahu akbar..balasannya, Allah menghadirkan zuriat yang dinanti di saat Anna benar2 ikhlas menerima segala yang di atur Allah..

semoga saja, satu hari keajaiban berlaku kepada diri saya seperti kisah anna..dan saya amat yakin ia tidak mustahil bagi Allah..kerana Dia Yang Maha Menjadikan, Maha Membentuk dan Maha Mencipta..amin..

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI

kepada semua yang sudi menjengah..
Salam Aidilfitri Pictures, Images and Photos

begitu sayu nak berpisah..
entah ketemu lagi atau tidak..
entah ini pertemuan yang terakhir..
sedangkan masih banyak yang aku mungkir..

Ramadhan...
semoga kita bertemu lagi..
dan didikan mu sebulan ini...
akan ku ikhlaskan hati..teguhkan iman....
supaya istiqamah sentiasa disisi..amin

rubiah basri,
RAMADHAN 1431H..
penang....

Wednesday, September 1, 2010

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

~DI COPY N PASTE FROM http://sliza-celupar.blogspot.com (Maaf CELUPAR, saya ingin meminta izin utk share..tp blog anda takda lgsg ruangan komen..)

KISAH MALAR


Seorang pelajar kelas saya bernama Malar adalah campuran India-Filipina. Walaupun wajahnya lebih mirip kepada keindiaan tetapi Malar lebih rapat dengan pelajar-pelajar Melayu. Satu hari, kelas Sains saya terpaksa dibatalkan kerana semua pelajar non-Muslim yang berjumlah 20 orang menghadiri bengkel Pendidikan Moral dan tinggal lah di kelas 7 orang pelajar Muslim. Antaranya lima orang sahabat baik Malar. 

Kebetulan, hari itu cuma hari sabtu ganti di bulan puasa jadi minit2 pertama saya hanya memerhatikan lima sahabat di belakang berborak dengan riang dan dua orang pelajar di depan pula menyiapkan folio Sejarah. Pelajar yang rancak berborak tiba-tiba terhenti dan seperti ketandusan idea.

"Cikgu, ceritalah hantu...bosan lahh.."

Saya tersenyum. Itulah kebiasaan pelajar kini. Waktu lapang lebih banyak dibiar berlalu, ada pun diisi dengan kisah-kisah hantu, seram, seks dan yang tidak membawa akal kepada fungsi yang positif.

"Datangla ke depan, saya nak bercerita tentang kisah benar.."

Bukan main suka mereka, semua berebut-rebut menghampiri saya.

"Ok, bukan cerita hantu..tapi saya nak cerita tentang kisah benar. Pengalaman seorang wartawan menghadapi pelajar yang kena histeria. Mungkin kamu masih ingat atau ada dengar tak tentang kes ni tahun lepas?"

"hah..ada cikgu..ada.."

Saya pun bercerita tentang kes tersebut mengikut apa yang saya baca dari emel seorang sahabat.

"Kesimpulannya..utk lawan godaan syaitan..kita kenalah

1) berWUDUKselalu
2) nak buat ape2 kena ada NIAT, niat akan memagar kita dr tergoda/tersimpang bila hampir terpengaruh..cthnya bila niat nk solat,tknk tinggal solat,digoda mcm mana pun kita takkan kalah dgn syaitan
3) AZAN menakutkan syaitan
4) hanya TAKUT kepada Allah

k..tu je cerita saya..jadi jangan la tinggal solat ye anak2.."

"oh...cikgu, maksudnya kena sentiasa ingat nak solat lah ye?"

"betul tu, bersyukur lah kita sebab kita lahir2 dah dalam Islam, betul tak..solat tu kan tiang agama, yang pertama akan dihisab Allah di hari akhirat.."

"habis cikgu kalau orang bukan Islam, macam mana?" inilah bermulanya kisah Malar menggantikan kisah histeria tadi.

"Eerm..macam saya kata tadi..kita beruntung dan bersyukur sebab kita dah sedia lahir dalam Islam...Insya Allah mudah-mudahan kita juga mati dalam Islam. Walaupun kita tak tahu bagaimana nasib kita di akhirat kelak, sekurang-kurangnya kita wajib yakin yang kita ada amalan untuk dihisab, maksudnya Insya Allah mudah2an dan berdoalah sentiasa semoga segala amalan baik kita diterima dan kita di beri peluang masuk syurga..tapi kalau yang kafir, setahu cikgu..maaf cikgu bukan ustazah..walau sebaik mana pun, amalan baiknya tidak dihisab, ia akan dicampak terus ke neraka..nauzubillahiminzalik.."

"habis tu Malar macam mana..haish teruknya sapa yang campak tu.." saya sangat kaget, terkejut, terkasima dengar ucapan seorang pelajar ini. Saya benar-benar kesal dengan kedangkalan pemikiran anak-anak muda sekarang.

"Astaghfirullahalazim..saya minta awak mengucap sekarang. Awak sedar tak apa yang awk cakap tu?"

"Oh..maaf cikgu..saya tau..saya tau.." dan dia mengucap dan beristighfar.

"Saya tau kamu sahabat baik Malar, Malar baik dengan kamu, Malar pun baik dengan cikgu-cikgu. Tapi kebaikan Malar di dunia ni tak bererti selagi Malar tidak mengakui keEsaan Allah SWT. ALLAHU AHAD. Allah yang Satu, tiada Tuhan melainkan Allah.."

"Oh..maksudnya Tuhan kat dunia ni ada satu jelah cikgu?"

Saat ini terasa kepala saya seperti berbinar-binar. Mereka antara kelas terpandai dan saya jangkakan mereka antara kumpulan pelajar Islam yang sering mendapat markah Pendidikan Islam yang tertinggi. Tapi, adakah markah yang tinggi itu hanya lah satu hafalan untuk lulus peperiksaan tanpa sedikit pun kesan tauhid? 

Saya cuba menarik nafas perlahan-lahan. Sabar ateh, mereka anak-anak dan mungkin mereka benar-benar tidak tahu!! Saya cuba tersenyum..

"Iya, Allah adalah Tuhan yang MAHA MENCIPTA, TIADA TUHAN LAIN MELAINKAN ALLAH. Itu keyakinan saya dan kamu sekarang. "

"Jadi, Tuhan Malar tu tak adalah sebenarnya? Maksudnya Tuhan yang sebenar adalah Tuhan kita? Tuhan Malar yang sepatutnya pun Tuhan kita jugak lah..ye cikgu?"

Aduh, persoalan anak-anak ini tentang konsep ketuhanan kian bertubi-tubi? Andainya saya lulusan agama. :) Saya cuba menjawab dengan sedikit ilmu agama yang ada..' Ya Allah, baru ku rasa betapa kerdilnya aku..betapa luas ilmu MU yang tidak ku kuasai..ampunilah aku Ya Allah..'

"Benar..Malar agama apa?Kristian?Agama yang sebenar-benarnya adalah ISLAM..Allah Tuhan kita..ALLAH juga Tuhan yang sepatutnya disembah semua manusia termasuklah Malar. Kamu sayang Malar kan? Apa kata kamu kenalkan Allah kepada Malar?"

Saya sengaja menguji anak-anak itu. Serius, saya jadi teringat terus kisah Fatimah seorang remaja India di Kolej Tun Fatimah dulu. Saya tidak kenal rapat dengan Fatimah. Kisah sebenar Fatimah saya cuma dengar dari sahabat (ustazah) di Kapit. Kisah bagaimana kekesalan Fatimah yang berteman rapat dengan ramai sahabat Melayu-Islam di sekolahnya, tapi tidak seorang pun pernah mengenalkan agama Islam kepadanya sehingga dia mencari sendiri di universiti, apa itu ISLAM?

"Haahla...cikgu, sebenarnya Malar suka cakap2 pasal Jesus dia kat kitorang.."

'Innalillah..Ya Allah, kuatkan lah iman anak-anak ini..' Terasa begitu lemah saya sebagai seorang muallim yang hanya mengajar tapi tidak memantau akidah mereka. Tergugatkah? Nauzubillahiminzalik..

"Takpe, mulai hari ini apa kata kamu pun cuba cerita2 tentang Allah, Muhammad dan Islam pada Malar. Sambil tu jangan lupa, kita sama-sama berdoa ya semoga Allah limpahkan Taufik dan Hidayah kepada Malar, tak hari ini, esok atau bila2. Insya Allah, mudah2an dengan kasih sayang kita..doa kita makbul..betul tak?"

"Betul tu juga..hermm..mulai hari ni saya takmau lagi tinggal solat cikgu n saya nak berdoa lah.."

"Alhamdulillah..macam tulah anak sholehah..oklah, saya dah terlebih waktu ni..selamat berbuka ya untuk hari  ni.." 

dan saya tinggalkan kelas 2G dengan perasaan yang berbaur-baur. Saya kesal kerana saya sendiri tidak ada kekuatan untuk berdakwah. Saya masih ingat semasa di Srwk, saya masih berani berkata terus terang tentang kebenaran Islam pada anak-anak iban di sana...mungkin kerana mereka anak-anak yang masih mencari..hasilnya ramai antara mereka yang tertarik dan mengatakan ingin memeluk Islam satu hari nanti, terus saja saya aminkan. Tapi belum sempat saya menyaksikan, saya kembali ke Semenanjung dan baru kini saya sedar..mendidik anak-anak di tengah ibu negara, saya jadi begitu lemah untuk berkata kebenaran..walaupun hanya kepada seorang 'Malar'..Allah, bantulah aku..berilah aku kekuatan sepanjang perjalanan ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails