Wednesday, September 1, 2010

KISAH MALAR


Seorang pelajar kelas saya bernama Malar adalah campuran India-Filipina. Walaupun wajahnya lebih mirip kepada keindiaan tetapi Malar lebih rapat dengan pelajar-pelajar Melayu. Satu hari, kelas Sains saya terpaksa dibatalkan kerana semua pelajar non-Muslim yang berjumlah 20 orang menghadiri bengkel Pendidikan Moral dan tinggal lah di kelas 7 orang pelajar Muslim. Antaranya lima orang sahabat baik Malar. 

Kebetulan, hari itu cuma hari sabtu ganti di bulan puasa jadi minit2 pertama saya hanya memerhatikan lima sahabat di belakang berborak dengan riang dan dua orang pelajar di depan pula menyiapkan folio Sejarah. Pelajar yang rancak berborak tiba-tiba terhenti dan seperti ketandusan idea.

"Cikgu, ceritalah hantu...bosan lahh.."

Saya tersenyum. Itulah kebiasaan pelajar kini. Waktu lapang lebih banyak dibiar berlalu, ada pun diisi dengan kisah-kisah hantu, seram, seks dan yang tidak membawa akal kepada fungsi yang positif.

"Datangla ke depan, saya nak bercerita tentang kisah benar.."

Bukan main suka mereka, semua berebut-rebut menghampiri saya.

"Ok, bukan cerita hantu..tapi saya nak cerita tentang kisah benar. Pengalaman seorang wartawan menghadapi pelajar yang kena histeria. Mungkin kamu masih ingat atau ada dengar tak tentang kes ni tahun lepas?"

"hah..ada cikgu..ada.."

Saya pun bercerita tentang kes tersebut mengikut apa yang saya baca dari emel seorang sahabat.

"Kesimpulannya..utk lawan godaan syaitan..kita kenalah

1) berWUDUKselalu
2) nak buat ape2 kena ada NIAT, niat akan memagar kita dr tergoda/tersimpang bila hampir terpengaruh..cthnya bila niat nk solat,tknk tinggal solat,digoda mcm mana pun kita takkan kalah dgn syaitan
3) AZAN menakutkan syaitan
4) hanya TAKUT kepada Allah

k..tu je cerita saya..jadi jangan la tinggal solat ye anak2.."

"oh...cikgu, maksudnya kena sentiasa ingat nak solat lah ye?"

"betul tu, bersyukur lah kita sebab kita lahir2 dah dalam Islam, betul tak..solat tu kan tiang agama, yang pertama akan dihisab Allah di hari akhirat.."

"habis cikgu kalau orang bukan Islam, macam mana?" inilah bermulanya kisah Malar menggantikan kisah histeria tadi.

"Eerm..macam saya kata tadi..kita beruntung dan bersyukur sebab kita dah sedia lahir dalam Islam...Insya Allah mudah-mudahan kita juga mati dalam Islam. Walaupun kita tak tahu bagaimana nasib kita di akhirat kelak, sekurang-kurangnya kita wajib yakin yang kita ada amalan untuk dihisab, maksudnya Insya Allah mudah2an dan berdoalah sentiasa semoga segala amalan baik kita diterima dan kita di beri peluang masuk syurga..tapi kalau yang kafir, setahu cikgu..maaf cikgu bukan ustazah..walau sebaik mana pun, amalan baiknya tidak dihisab, ia akan dicampak terus ke neraka..nauzubillahiminzalik.."

"habis tu Malar macam mana..haish teruknya sapa yang campak tu.." saya sangat kaget, terkejut, terkasima dengar ucapan seorang pelajar ini. Saya benar-benar kesal dengan kedangkalan pemikiran anak-anak muda sekarang.

"Astaghfirullahalazim..saya minta awak mengucap sekarang. Awak sedar tak apa yang awk cakap tu?"

"Oh..maaf cikgu..saya tau..saya tau.." dan dia mengucap dan beristighfar.

"Saya tau kamu sahabat baik Malar, Malar baik dengan kamu, Malar pun baik dengan cikgu-cikgu. Tapi kebaikan Malar di dunia ni tak bererti selagi Malar tidak mengakui keEsaan Allah SWT. ALLAHU AHAD. Allah yang Satu, tiada Tuhan melainkan Allah.."

"Oh..maksudnya Tuhan kat dunia ni ada satu jelah cikgu?"

Saat ini terasa kepala saya seperti berbinar-binar. Mereka antara kelas terpandai dan saya jangkakan mereka antara kumpulan pelajar Islam yang sering mendapat markah Pendidikan Islam yang tertinggi. Tapi, adakah markah yang tinggi itu hanya lah satu hafalan untuk lulus peperiksaan tanpa sedikit pun kesan tauhid? 

Saya cuba menarik nafas perlahan-lahan. Sabar ateh, mereka anak-anak dan mungkin mereka benar-benar tidak tahu!! Saya cuba tersenyum..

"Iya, Allah adalah Tuhan yang MAHA MENCIPTA, TIADA TUHAN LAIN MELAINKAN ALLAH. Itu keyakinan saya dan kamu sekarang. "

"Jadi, Tuhan Malar tu tak adalah sebenarnya? Maksudnya Tuhan yang sebenar adalah Tuhan kita? Tuhan Malar yang sepatutnya pun Tuhan kita jugak lah..ye cikgu?"

Aduh, persoalan anak-anak ini tentang konsep ketuhanan kian bertubi-tubi? Andainya saya lulusan agama. :) Saya cuba menjawab dengan sedikit ilmu agama yang ada..' Ya Allah, baru ku rasa betapa kerdilnya aku..betapa luas ilmu MU yang tidak ku kuasai..ampunilah aku Ya Allah..'

"Benar..Malar agama apa?Kristian?Agama yang sebenar-benarnya adalah ISLAM..Allah Tuhan kita..ALLAH juga Tuhan yang sepatutnya disembah semua manusia termasuklah Malar. Kamu sayang Malar kan? Apa kata kamu kenalkan Allah kepada Malar?"

Saya sengaja menguji anak-anak itu. Serius, saya jadi teringat terus kisah Fatimah seorang remaja India di Kolej Tun Fatimah dulu. Saya tidak kenal rapat dengan Fatimah. Kisah sebenar Fatimah saya cuma dengar dari sahabat (ustazah) di Kapit. Kisah bagaimana kekesalan Fatimah yang berteman rapat dengan ramai sahabat Melayu-Islam di sekolahnya, tapi tidak seorang pun pernah mengenalkan agama Islam kepadanya sehingga dia mencari sendiri di universiti, apa itu ISLAM?

"Haahla...cikgu, sebenarnya Malar suka cakap2 pasal Jesus dia kat kitorang.."

'Innalillah..Ya Allah, kuatkan lah iman anak-anak ini..' Terasa begitu lemah saya sebagai seorang muallim yang hanya mengajar tapi tidak memantau akidah mereka. Tergugatkah? Nauzubillahiminzalik..

"Takpe, mulai hari ini apa kata kamu pun cuba cerita2 tentang Allah, Muhammad dan Islam pada Malar. Sambil tu jangan lupa, kita sama-sama berdoa ya semoga Allah limpahkan Taufik dan Hidayah kepada Malar, tak hari ini, esok atau bila2. Insya Allah, mudah2an dengan kasih sayang kita..doa kita makbul..betul tak?"

"Betul tu juga..hermm..mulai hari ni saya takmau lagi tinggal solat cikgu n saya nak berdoa lah.."

"Alhamdulillah..macam tulah anak sholehah..oklah, saya dah terlebih waktu ni..selamat berbuka ya untuk hari  ni.." 

dan saya tinggalkan kelas 2G dengan perasaan yang berbaur-baur. Saya kesal kerana saya sendiri tidak ada kekuatan untuk berdakwah. Saya masih ingat semasa di Srwk, saya masih berani berkata terus terang tentang kebenaran Islam pada anak-anak iban di sana...mungkin kerana mereka anak-anak yang masih mencari..hasilnya ramai antara mereka yang tertarik dan mengatakan ingin memeluk Islam satu hari nanti, terus saja saya aminkan. Tapi belum sempat saya menyaksikan, saya kembali ke Semenanjung dan baru kini saya sedar..mendidik anak-anak di tengah ibu negara, saya jadi begitu lemah untuk berkata kebenaran..walaupun hanya kepada seorang 'Malar'..Allah, bantulah aku..berilah aku kekuatan sepanjang perjalanan ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails