bismillahirrahmanirrahim..
bait2 lagu di atas benar2 buat ateh bersemangat hari ni..
mengenang kembali saat2 dalam hidup di mana ateh nyaris menyerah..
menyerah dan pasrah..tanpa mahu berbuat apa2 lagi..
dan ateh tau salah sebenarnya tu..
alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku akhir2 ni membawa perubahan yang positif dalam hidup saya.pertamanya pertukaran guru2 kanan di sekolah secara mengejut, pertama kali jua dalam hidup saya, kawan2 sekerja menangis masa majlis perpisahan. memang lucu bunyinya, tapi entahlah dengan suasana pilu pelajar2 lelaki yang nakal menangis, peluk Hj Ramli..semua org jadi sebak dan sayu. Hj Ramli mmg satu kehilangan besar. Hj Ramli sendiri sebak dan mengalirkan airmata, so sapa bleh tahan tengok. Seorang guru yg sangat prihatin, penyayang,sangat2 penyabar, ketua yang komited, betul2 seperti seorang ayah utk ckgu2 muda dan bleh juga seperti seorang 'datuk' melayan cucu dengan para pelajar...subhanallah...kasih sayang itu memang universal..pertama kali saya menyaksikan suasana di mana seperti sebuah keluarga yg sangat besar, berbilang kaum tapi satu hati merasakan kesedihan yang sama..
Kedua, saya mendapat suntikan semangat dari tuan PPD yang baru mengadakan lawatan pertamanya ke sekolah band 6 di daerah SPT.
antara nasihat yang terpahat di hati saya...
"kejayaan boleh diukur tetapi kebahagiaan tidak ada ukurannya..hanya Allah yang berhak menganugerah rasa bahagia itu"
dan saya terfikir, pernahkah seikhlas hati saya rasa bahagia menjadi seorang pendidik??
"P&P yang berkesan adalah keseronokan guru mengajar dan murid yang belajar..."
dan pernahkah saya kecapi keseronokan itu??
dan saya terfikir andainya jawapan saya kedua2 nya adalah TIDAK, maka tak lain tak bukan adakah penyelesaiannya saya perlu tukar kerja terus utk rasa bahagia dan seronok bekerja??
bercakap mengikut lenturan lidah memang amat mudah, namun realitinya bukan mudah untuk sy menukar kerjaya 24 jam dan kemudian menyesal seumur hidup..hidup bukan sesuatu yang sempurna jadi yang penting SAYA dan SAYA perlu berubah..kerana..
"perubahan itu adalah hukum alam, selangkah kita berubah selangkah kita menghampiri kesempurnaan"
-gambar hiasan semata-mata
Insya Allah..saya bertekad untuk berubah, berubah menjadi guru yang benar2 cintakan kerjayanya kerana Allah..benar2 rasa bahagia dan seronok bekerja kerana Allah..Insya Allah mudah2an Allah mendengar dan mengabulkan hasrat saya yang satu ini..
hidup amat singkat. jangan kesali apa yang telah berlaku. yang berlaku biarkan berlalu. tinggalkan resah dan sesal jauh ke dalam lohong hitam di langit lepas. hilang. lupakan dan maafkan. mungkin saya telah memaafkan semua orang tp saya belum memaafkan diri sendiri.
so..dengan berakhirnya catatan ini, saya Rubiah Basri bersedia memaafkan diri sendiri dari mula saya lahir hinggalah ke hari ini. yakinlah diriku, Allah Maha Pengampun, jangan terbelenggu dgn dosa lalu. mulakan sesuatu yang baru, juz forgive and forget.
-tamat-
No comments:
Post a Comment