Friday, October 23, 2009

kita sentiasa layak diuji...

" Katakanlah: Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan?Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?Maka mereka akan menjawab : Allah! Maka katakanlah:Mengapa kamu tidak bertaqwa kepadanya?" (Ynus:31)

Sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah kita sentiasa terlupa yang kita hanyalah hamba di muka bumi ini.Kita mengandaikan sudah cukup ibadat dan kebaikan yang dilakukan, sudah penat berdoa dan berusaha..tapi mangapa kita masih gagal?Mengapa kita masih tidak sebahagia yang lain?Ibu bapa yang beriman dan sholeh sentiasa mendoakan anak-anaknya, tetapi mengapa masih ada "the black sheep in the family".

Pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh tetapi mengapa masih gagal dalam setiap peperiksaan?Mengapa?Mengapa? dan mengapa? Persoalan itu selalu menghantui kita. Namun pernahkah kita bertanya siapakah kita untuk bertanya 'mengapa' kepada Al-Khaliq (Maha Pencipta). Pernahkah seorang gembala kambing bertanya persetujuan kambing itu terlebih dahulu sebelum menyembelihnya?

Begitulah hidup kita di dunia. Kita sentiasa diuji, sama ada susah atau senang. Setiap ujian diberi bukan untuk menyusahkan tetapi menyedarkan betapa kita hamba..yang perlu sentiasa bersyukur, menerima dengan ikhlas dan sabar setiap ujian mendatang. Kita tidak memiliki apa-apa. Semua yang ada adalah milik Allah. Waima suami dan anak-anak kita juga milik Allah. Tiada satu pun di dunia milik kita, justeru mengapa masih merasakan kita tidak layak diuji? Yakinlah setiap ujian diberi, pasti ada hikmah yang tersembunyi.Insya Allah!

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji?" (Al-ankabut:2)

Kita sentiasa layak diuji..
kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

(Adaptasi: Bercinta Sampai ke Syurga - Saifulislam.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails