Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta sekalian alam..Tuhan yang memudahkan rezeki bagiku setiap hari..rezeki, bagi ku kini bukan lagi dalam bentuk apa yang ku hajati saja, malahan segala kemudahan dan ilmu adalah rezeki..dan Allah mudahkan rezeki untuk kekuatan iman dan ilmu untukku sejak akhir2 ni..
Barangsiapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya, tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah jauh
Allah gerakkan hati ku untuk menjenguk blog iffah, anak kecil yang sudah kaya dengan ilmu..dan Allah jua yang mentakdirkan Zaihasra, guru ganti di sekolah ku yang bertugas pagi tahun lepas tapi bertukar petang dan duduk di sebelahku..
dan petang jumaat yang mendamaikan ini, cik zaihasra ex-graduan UIA bercerita kepadaku satu cerita yang amat menyentuh hatiku..
kisahnya begini, dalam zaman yang serba moden ini masih ada lagi insan2 zuhud yang sentiasa bangun malam beribadat dan bermunajat kepada Allah. Begitu juga dengan sang lelaki yang tidak pernah lepas bangun malam, semakin kuat dia beribadat semakin dia diuji. Anak sakit kuat, rumah disita, kereta ditarik, dibuang kerja..bayangkan zaman moden yang penuh tekanan..semakin kuat lelaki ini berdoa dan berdoa kepada Allah..namun keadaannya tetap tidak berubah sekian waktu.
satu hari sang lelaki mengambil keputusan nekad.."cukuplah aku bangun sepertiga malam, namun doaku tidak termakbul..sekarang aku tidak mau lagi berdoa, aku hanya mahu berusaha, bekerja kuat mengubah nasibku.."
maka bekerjalah sang lelaki dengan tekun di siang hari dan tidur lelap di malam hari sehinggalah satu malam dia bermimpi mendengar suara berkata kepadanya..
Ya Rabbul Izzati..dengarkanlah rintihan hambamu..yang kerdil lagi hina..
"wahai hamba Allah, kamu diuji bukan kerana kamu Allah tidak mendengar doamu, bukan kerana Allah tidak menerima ibadat mu setiap malam, tapi kerana Allah amat suka dengan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya, Allah amat rindukan rintihan hambaNya..andaikata kamu diberi kesenangan yang mudah apakah kamu akan bermunajat, tunduk menyembah dan meminta lagi setiap malam?"Sang lelaki terjaga dan menangis, betapa dia nyaris berputus asa atas rahmat Allah, Allah sayangkannya kerana itu dia diuji,insan terpilih yang Allah uji..maka bertaubatlah sang lelaki sambil berdoa.."Ya Allah, ya Tuhanku..aku redha atas segala ujian Mu..hanya satu pintaku..berilah aku kekuatan iman dalam menghadapi semua ini.." wallahualam..
Selesai sudah kisahnya, aku tidak bertanya kesahihan cerita ini tapi jauh di sudut hatiku ada sesuatu yang Allah ingin 'sampaikan' padaku..aku beristighfar panjang, ku sedar kisah itu ada kaitannya dengan aku..YA ALLAH,ampunilah aku...
No comments:
Post a Comment