Tuesday, January 19, 2010

permata hati ummi dan ayah~

Kagum dan terpana seketika aku membaca blog sahabat baik anak sedara kesayanganku, 
fatimah az-zahra' ni..
http://roseislam18.wordpress.com
Teringat cerita hindustan semalam, setiap manusia mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza terhadap dunia. Begitu juga kanak-kanak..dan adakala pandangan kanak-kanak lebih bermakna berbanding pandangan mereka yang lebih dewasa. Kadang-kadang kanak-kanak adalah guru terbaik kita.

Menjadi dewasa bukan bermaksud kita lebih benar dari kanak-kanak. 

Aku terkesima. Terdiam. Malu.
Teringat bagaimana adakala aku memarahi pelajar-pelajarku. Adakah aku marah benar kerana mereka salah dan patut dimarahi..atau satu escapism supaya aku tidak rasa kekurangan diri. Ego.

Kisah masyarakat di Kepulauan Solomon (daripada cerita hindustan semalam~banyak pengajaran yang baik..much2 better than adnan sempit, buat menyempit otak je tengok cerita macam tu..). Kisahnya masyarakat di Kepulauan Solomon tidak akan menebang pokok jika mereka ingin bercucuk tanam. Peliknya mereka cuma menanam di sekeliling pokok sambil memaki dan menyumpah pokok ini, dan hingga akhirnya pokok ini mati dan layu sendiri. 


Aku lantas terkenang kembali apa yang pernah aku lakukan pada Intan, ex-pelajar ku tahun lepas. Mungkin aku tak memaki dan menyumpah, tapi lebih teruk lagi..awal2 lagi aku telah tetapkan bahawa dia memang tidak lagi boleh dibentuk and im quitted before i tried to change her. Ya Allah, baru ku sedar banyaknya dosaku yang sebegini. Aku lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan melaksanakan amanah untukku..
Ya Allah..ampunilah kekhilafanku selama ini..ya Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails