Friday, April 23, 2010

Hijrah..

Lagi 2 hari kami akan berhijrah, Insya Allah.
Tak jauh. 
Dari Gombak ke Gombak juga. 
Hijrahnya cuma dari rumah besar ke rumah kecil..
dari rumah depan main road ke rumah dalam lorong kecil..
dari rumah 3 bilik ke rumah 2 bilik..
dari rumah dua tingkat ke setingkat..
dari 2 bilik air ke sebilik..
dari rumah keta ada bumbung ke keta dah takda bumbung..
dari rumah ada gate ke rumah takda gate..
dari rumah yang rumah jiran-jirannya sentiasa kosong ke rumah yang jirannya makcik2 yang sentiasa ada di rumah..

Kesimpulannya, penghijrahan ini sesuatu yang baik. Mungkin aku boleh memulakan hidup yang baru, yang lebih washotiah, sederhana dan tenteram. Sentiasa ada jiran di sebelah, mungkin lebih rasa selamat dan tenang. Mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya, amin.

Catatan hidup,
RUBIAH BASRI
Gombak, Kuala Lumpur.




 

Friday, April 16, 2010

Zikir Pagi Jumaat

 

Semoga Allah merahmati kita di pagi jumaat yang mulia...Insya Allah

Tuesday, April 13, 2010

Rahsia Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

----------------------------------------------------------------------------
Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. <----Selalu dengar orang tua2 cakap, bangun lambat nanti rezeki mahal.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
----------------------------------------------------------------------------
Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
----------------------------------------------------------------------------
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

----------------------------------------------------------------------------
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

----------------------------------------------------------------------------
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
----------------------------------------------------------------------------
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

~disenduk terus dari blog ustaz zahazan..moga2 dapat manfaat..amin

Sunday, April 11, 2010

Always be There..

Wherever we go..Allah will always be there, Insya Allah..

Thank You Allah

Alhamdulillah..all praise is to Allah..

Open Your Eyes


Subhanallah..

"God bears witness, [that is to say] He has made it clear to His creation through proofs and signs, that there is no god, none that is truly worshipped in existence, except Him, He has borne witness to this, and the angels, [have also borne witness to this] by affirming it, and those of knowledge, from among the prophets and the believers, through [their] conviction and in words; upholding, constantly and uniquely maintaining His creations with justice, (qā’iman, ‘upholding’, is in the accusative because it is a circumstantial qualifier and is governed by the import of the statement [implied to be something like] tafarrada, ‘He alone is [upholding]…’); there is no god except Him (He has repeated it for emphasis); the Mighty, in His Kingdom, the Wise, in His actions." Ali-imran, 18.

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"


Allah...

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......

Saturday, April 10, 2010

Nama-nama yang baik..

Salam..

Mencari idea untuk menulis blog, tiba-tiba entah macam mana terbuka satu web yang menulis tentang entry nama-nama anak perempuan dalam Islam. Yang lucu, sebenarnya Encik blog ni saja2 suka letak nama2 tu sebab dia baru dapat nama anak kembar perempuan..tapi tiba-tiba pulak ramai yang komen nak minta tolong cari nama anak masing-masing. Panjang2 dan pelik2 pulak tu. Rujuk blog Encik Shah . (sorry En. Shah, pinjam jap! )

Tapi bukankan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda..

"On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud) 

Biarlah letak nama anda yang memberi maksud yang baik. Jangan sedap dengar, tapi maksudnya tak elok. Pernah juga dengar nama yang baik bila dipanggil dengan nama yang penuh (tlg betulkan jika saya salah),maksudnya bila dipanggil dapat pahala dan berkat, Insya Allah.

Lepas tu at the end of the longest comment in the world tu (tp xleh lawan panjang nye komen iffah dalam fb..hehe), adala komen yang menarik yang 'marah' dan sound akak2 dan abang2 yang dok tanya maksud nama anak/bakal nama anak2 yg panjang2 (seperti panjangnye usus manusia)...
Huhu..memang keras teguran saudari ni, tapi betul jugak kan..zaman sekarang ada banyak buku dan dalam internet klik je, 'dunia di hujung jari anda'..hehe. Contohnya web2 di bawah..

dan banyak lagi..hehe
Sekian, entry simple khas untuk diri sendiri kelak dan ibu2 mengandung di luar sana. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.amin.

Saturday, April 3, 2010

Kembara Bandung part 3

DAY 3

Hari ke-3 di tanah Bandung, plan nye hanya satu..SHOPPING TRIP!!hehe..seawal 8.30 pagi supir dah datang dan mengangkut kami ke PASAR BARU, toko baju, kain lace,cotton, telekung, blouse, jubah, tudung dan macam2 fabrik (ala2 SEMUA HOUSE @ JAKEL gitu..). Tapi yang dasyatnya, PASAR BARU ni ada 7 tingkat tau dan setiap tingkat menjual barangan yang berbezaa. Contoh Lantai 2 khusus untuk telekung dan peralatan solat, lantai 1 untuk pengantin, lantai 4 kain2 pasang..cantik tak?Fuhhh..jangan tanya la, memang rambang mata. Sangat cantik2 dan murah2. Kain sutera corak batik dan penuh sulam, dijual di Malaysia dengan harga RM150, dekat sini rupanya RM40 ja. Tak ke gilak orang Malaysia memborong. Penuh setiap tingkat Pasar Baru dengan warga Malaysia.

izzi sedang beramah mesra dengan sorang Encik Pemborong dari Kedah, beribu pakcik ni beli..
khusyuk mengushar baju untuk konvo si uyun..
Jubah2..kalau pandai tawar menawar boleh dapat dalam rm50-60 je..
Kain pasang dekat patung tu, bunga dia memang fully-beads..memang cantik dan kemas sangat, macam2 pilihan corak dan warna. Harga =rm26 je..huhu aku borong 4..tapi ambik sendiri satu je..
Penat memborong, lunch @ Lantai 6..yang pelik diorang ni semua tak lalu makan, aku ngan izzi sentiasa berselera..hehe..kat sini pun ada pelbagai pilihan kasut..tapi rasanya pilihan kasut di Malaysia lagi cantik dan bermutu berbanding di sini.. Selesai membeli belah dalam jam 4.00 petang. Itu pun masih tak berpuas hati sebab dah tak jumpa balik kedai blouse untuk uyun (dan aku juga)..sedih sangat. So tips untuk shopping kat bandung, no survey..cantik,berkenan terus je beli k!Nak ke mana lagi pak?oh, TOKO TIGA! Waduh..sopping lagi..

TOKO JEANS@ TOKO TIGA

Toko Tiga sememangnya menjadi kemestian kepada pengunjung yang minat jeans. Murah dan berkualiti. Ori ke?Herm yang tu aku tak tau. hehe..lan beli satu, imran n izzi beli satu cap, satu seluar. aku?malaslah..aku tumpang solat kat musolla (kat sini musolla selalunya kecik dan campur lelaki & perempuan..so kena ikut turn la.) then lepak kat kerusi yang mengadap air terjun buatan dalam kedai ni. Ada tempat menunggu sebab, kat sini boleh terus potong jeans nya..gratis aja!
Menunggu jeans dipotong..
snap..main air terjun dinding..haha

STOCK MALL, CASCADE, HERITAGE & KARTIKA SARI

Kami meneruskan sisa-sisa waktu yang ada di bandung dengan shopping lagi. Sebab tu dah tak ambik banyak gambar.hehe..kat bandung ni banyak FACTORY OUTLET..so antara yang sempat singgah, STOCK MALL -khusus untuk baju kanak2 yang berjenama, OSHKOSH, babyGAP, GUESS, CHIROKEE and etc..SANGAT CUTE, DESIGN CUN AND MURAH!!patutlah jumpa ex-rumet izzi masa kat UiTM dulu kat sini cakap ape tau.."baju anak2 aku sume beli sini ja..selalu sangat dah datang sini.." fuiyooo..patut pun si aisyah tu lambai kitorang.."daa aunti.." haha dah tak bunyi malaysia..
cascade & heritage -another toko..
Then, untuk beli blouse berjenama, berkunjung lah ke HERITAGE..CASCADE di sebelah HERITAGE..tapi CASCADE macam ala2 butik orang kaya gak.takde lah murah sangat, tapi HERITAGE sebelahnya memang murah dan cantik. Bayangkan blouse cotton macam di East India or Somerset Bay yang di Malaysia berharga RM150-200 lebih..kat sini baru dalam RM35-50..huhu..gilak aku!! Fabrik sangat selesa dan berkualiti, design pun cantik2 dan tak sama dengan Malaysia.
Destinasi toko terakhir sebelum semua bisnes di bandung ditutup jam 9.00, kami memborong brownies dan kek kukus di Kartika Sari. Memang sedap!!patutlah berbondong-bondong orang datang memborong, apatah lagi dah nak tutup kedai ada harga runtuh kot..hehe. Selamat sampai di Orange Home tepat jam 9.30. Memang sangat letih dan lapar. AJK MAKANAN iaitu lan (yang kumpul duit untuk makan) dah beli kek kukus dan muffin untuk di makan malam tu. Huhu..masih terbayang-bayang mufin pisang yang sangat sedap tu..adoi..laparnya!!
last dinner together..semua benda borong dan makan. alih pukul 2.oo pagi bangun muntah2 dan sakit kepala.

LAST DAY-bertolak ke LCCT

Rugi tau salah beli tiket flite, dua hari rugi kat perjalanan je. Sampai petang, balik flite paling awal, pukul 6.oo pagi. Lain kali ini sebagai pengajaran..cewah! Pukul 3.00 pagi dah bangun, solat subuh masuk 3.45 pagi dan supir datang ambil pukul 4. Sampai di airport kaunter check in pun tak buka lagi..hehe.
 bye2 bandung..ops silap..daaa..nanti kami datang lagi k..jangan sedih2 tau!
memilih menu untuk breakfast..
ceh..sape candid ni..lepas makan apa lagi..zzzzzz la..hehe tapi izzi tetap suka tengok kat luar..saya dah bosan la, dulu selalu sangat berulang alik sibu-kl..hehe tidur lagi best!!
sempat lagi tu tanya nama..DESSY..suke le tu..

Oklah sekian sahaja laporan KEMBARA BANDUNG maret (MARCH) 2010..memang best dan nak datang lagi..tapi INSYA ALLAH, lepas ni panjang umur akan ada KEMBARA SAIGON..amin.

Anda mungkin berminat:
Kembara Bandung Day 1
Kembara Bandung Day 2

Kembara Bandung day 2 part 2

KAMPUNG DAUN
Usai merendam kaki dalam kolam air panas, kami memulakan perjalanan naik ke atas semula. Hujan yang tadi rintik-rintik dah bertambah lebat. Kasut koyak,baju basah, kepala pusing..Ya Allah kuatkan lah kaki ku untuk melangkah hingga ke parkir van. Alhamdulillah, setelah 15-20 minit berjalan, tiba di parkir dengan keadaan basah kuyup. Mood untuk berjalan-jalan (or shopping) terus hilang. Dalam kepala hanya fikir nak balik mandi dan rehat je. Dalam van sepanjang perjalanan ke Restoran Kampung Daun semua diam. Aku memang la diam sebab tertidur keletihan, sedar-sedar van dah berhenti parkir di Kampung Daun. Kak Lina yang cadangkan supaya mencuba makanan di sini, katanya fresh orange sini paling best.
inilah tempat makannye..duduk bersila di atas pondok yang di hias indah ala2 tempat makan pangeran dan raden jawa..hikhik (pinjam perkataan pangeran dan raden dari buku kak su, RADEN ANDRIYANA..)
ke bandung@ indon, even nak pilih menu pun kena letak kalkulator di sebelah..takut nanti terlebih bajet..
waduh pak imran..masih bisa ketiduran ya kamu sambil nungguin makanan..

 
Setelah dihitung2 harga, kami bulat suara ambil set 'Nasi Gurame Tumbel Naga' (eh betul ke nama dia macam tu..hehe lebih kurang lah..) Yang pasti ke mana aja makan di sini, kebanyakannya letak ikan gurame untuk sajian ikan yang utama, tiba-tiba teringat ada satu rancangan makan2 hos oleh wardina masa bulan puasa. Kalau tak silap masa tu dia ada wat interview pasal restoren indon nama Restoren Gurame di kl. Pemilik indon tu cakap ikan gurame adalah ikan kaloi..hahakss terus nak tergelak sambil makan, macam cerita bawang puteh bawang merah pulak makan ikan kaloi..nasiblah kau kaloi..hehe
teringatnye kat fres oren yang originally fresh tu..sedapnyee!!!!
selesai makan..alhamdulillah sangat kenyang dan kembali bersemangat nak sambung jalan2..hehe
 Gambar kenangan berlatar plak KAMPUNG DAUN

Kalau nak tau kampung daun ni antara tempat makan orang2 kaya dekat bandung la. Owh, kami baru tau sebab bila dapat resit.."semuanya 800,000 rp sahaja pak.." wow!!!kira kelas gak la tempat ni. tapi serius memang cantik dan menarik. Tepi2 pondok tu penuh pokok, anak sungai dan air terjun. Betul2 kena dengan nama nya KAMPUNG DAUN. Takpelah, trip lain kali jangan datang dah. Datang sekali cukup lah..hehe sekadar merasa.

SHOPPING TIME-RUMAH MODE, GRANDE, TOKO SPATU & TAS

Hehe..panjangnya tajuk. nak cerita apa ye, hermm shopping jelah. Supir yang bawa ke tempat2 di atas, dan kami hanya YANG MENURUT PERINTAH eh silap YANG MENGIKUT KE MANA SAJA ke mana di bawa (cewah..alasan!)

RUMAH MODE
Tempat nye ala2 butik2 orang kaya jugak la, tapi brand dan harga ala2 kat jusco. Fesyen pun tak menarik sangat. So kitorang lepak kat Java Bean je sementara tunggu pasangan RAJA & RATU SHOPPING menghabiskan 8 juta yang diorang bawak..hehe sape lagi mr. & mrs imran la. Wawa yang mengandung, imran yang mengidam..mengidam shopping..kihkihkih!!
 
Kebosanan..sebab tak banyak ongkos nak shopping, kena bajet. Apa lagi masuk kelas fotografi percuma disampaikan oleh mr.sabri pereka grafik dan kad kawen terkemuka di bandar perda dan bm..hehe

GRANDE DAN TOKO SEPATU& TAS
oh tidak..memang banyak FO kat sini, tapi untuk tiga tempat ni, satu baju pun tak beli..hanya beli sepatu gantikan sepatu nur uyum yang dah aku koyakkan.."sorry yum, jom gi pesta kasut antarabangsa kat pwtc ganti kasut cinderella hang ni..ngeee.."
to be continued.. (again?)

Friday, April 2, 2010

Luahan hati cikgu Bie..

http://roseislam18.wordpress.com/2010/03/27/pendidikperlukah-ketegasan/

entry ni adalah special entry sebagai maklum balas bagi entry adik iffah yang sangat menarik perhatian ku..
terima kasih iffah kerana menghargai guru..terima kasih jua kerana 'menegur' guru dengan cara 'terbaik'..alhamdulillah..


betul iffah kdg2 guru tak lepas dr sifat amarah..akak pon selalu mcm tu..baru ni dah kena marah ngan parents sebab pandai2 gunting rambut anak dia..hehe (acu sara gelak kikikik dengar cerita ni..)

susah la cikgu bie ni kategori nakal gak..budak nakal akak cuba nak didik dengan cara 'nakal'..tp parents kat kl tak boleh buat pelik2..bukan bagi botak pun, tolong gunting sikit je rambut yg selalu tutup mata tu (ngee..hujan pembelaan)..

lepas kena marah..apa lagi dah berkobar-kobar nak marah balik budak tu..dalam hati ni, bermeter2 ayat di karang nak marah budak tu yang menyebabkan cikgu RUBIAH BASRI di marah PK n mak dia..huhu..tapi lepas baca je entry Iffah ni, terus x jadi..biarlah budak tu..mungkin bila kita buat tak tau n mengajar macam biasa, satu hari dia sedar..

ada pelajar lain bgtau, budak tu mmg marah sgt2 kat saya (sbb rmbut dia aset plg berharga)..dia menangis terhenjut2 macam anak kematian ibu bapa..saya dah cuak, rasanya sikit je potong rambut..ada luka ke?hermm..mungkin salah saya jugak kot, x pandai didik budak nakal..yang pelik nye ada 2 kelas lagi, slalu kata saya cikgu paling baik n macam angel (huh..jgn riak..) yelah, mungkin dua kelas tersebut pelajar nye walaupun tak berapa pandai, tapi sering mendengar kata..walaupun suka bergurau, tapi tau adab dengan guru.

Walaupun rambut tak cantik, tak rebonding and etc..xdelah nak belek rambut 24 jam..peliknya pelajar ni, cikgu mengajar kat depan, diorang buat salun pulak kat belakang. Siap cermin dengan sikat..nak marah, hermm..macam tulah jadinya. Tak marah, rasa macam ..macam ape ye..tercabar jugak iman dan sabar cikgu ni..kita tanya balik apa kita ajar sampai tersembur2 air liur dan sakit tekak (air oren..please)..satu pun tak tau..uhuk uhuk..cikgu pulak rasa nak nangis terhenjut-henjut.

Takpelah..sabar je. hari ni nak jumpa budak tu. tengoklah respon dia macam mana hari ni..daaa.. tbc..

Jalan-jalan Bandung part 2

Day 2

Bangun seawal 4.45 pagi untuk tunaikan solat subuh,(awal ke?tu kira lambat le tu yang oi..3.45 pagi dah masuk waktu la..)..hehe tapi lepas subuh, terus susah nak lelap sebab cuaca makin terang. Breakfast served at 7.00am, dan kami antara yang terawal turun mencari makanan. Simple jelah breakfast kat guest house ni, sebab yelah guest house je..bukan hotel 5 star.
nasi + suun (mcm bihun gak la..) = lebih kurang nasi ambeng jawa
model breakfast..sis zura n sis nawar

KEMBARA GUNUNG TANGKUBAN PARAHU

Kepada yang pertama kali menjejak ke bandung, jangan fikir nak shopping je..rugi jugak kalau tak melawat gunung berapi yang dah tak aktif ni. Bayaran masuk ke taman wisata alam ni cuma rp50,000=RM18 je. Selain pemandangan kawah gunung berapi yang menginsafkan, pelawat juga bisa bershopping barang2 kraf dan t-shirt2 kenangan tulisan bandung. Beli jangan tak beli, sebab di pasar baru dah jarang jumpa barang2 ni. Magnetic fridge punyalah tawar menawar, at last dapatla 10 keping=rp 150,000; so satu lebih krg RM5. Takla murah sgt kan, kat langkawi pon rm5 juga tak silap aku.
                               
 kat sini pun ada kebun teh..macam cameron hi-land..

Selesai membeli dan berfoto-fotoan di sini, kami pada mulanya tak bercadang turun ke bawah (kawah) dan merendam kaki ke dalamnya. Jauh juga nak turun ke bawah, pertama kali tak tau jalan, setuju dan ada sedikit unsur 'terpedaya' dengan pemandu pelancong yang offer sejam = rp175000. Deal!!Kami setuju. Tapi lastly, bila dah naik ke atas semula dia minta tambah lagi hingga sorang terpaksa bayar rp100,000 dengan alasan perjalanan dah lebih dari sejam.huhu..bukan mencabar sangat pun laluan dia. Kitorang ni hiking kat malaysia pernah lagi susah tau, lain kali nak turun sendiri je. Tak kuasa la nak hired pemandu pelancong lagi..

ahli rombongan bergambar kenangan berlatar kawah gunung berapi..ups tak cukup sorang..mr sabri.
pemandangan gerai-gerai kraf dan t-shirt..ala2 kat tibet pulak..(macam penah gi tibet..hehe)
antara yang menarik, kraf dari pokok batik..subhanallah..ada pokok macam ni rupanya..

sila abaikan perut..
bukti..ni bukan kat kundasang ye..ngee
                            
perjalanan turun ke Kawah Domas..senang je..letih turun tangga jelah..
sepanjang perjalanan kira-kira 40 minit turun pasti ketemu gerai-gerai jualan sebegini..dan jangan lupa dibeli telur ya..

setelah 30 minit..berbaloi pemandangan nye..subhanallah..

ups..tersalah letak nama blog lama,abaikan..yang penting inilah bahagian dalam kawah..ada kolam2 air panas yang boleh rendam kaki..rendam je tak boleh mandi..

aktiviti melumur kaki dengan lumpur gunung berapi dan merendam kaki..sambil dihujani hujan rintik2..semua orang lari, kitorang je setia merendam kaki..hehe

Ok, laporan Day 2 Part 1 berakhir di sini..nanti lah sambung..nak cerita apa jadi lepas balik tangkuban parahu..hehe..plus rph tak siap lagi ni..huhu..daaa
tbc..

Thursday, April 1, 2010

Jalan-jalan Bandung part 1

Salam..
dah lama nak update trip ke bandung ni..tapi asyik tertangguh je..harap2 belum basi lagi sbb kitorang ke bandung cuti sekolah mac baru ni..tapi ahli2 rombongannya bukan cikgu2 je tau..ada keje bank,pereka iklan grafik and etc..so nak mula dari mana ye..mula dari Day 1 jelah kan...

Day 1
Ahli rombongan seramai 9 orang terdiri dari saya (ateh), izzi (hubby), mr & mrs imran, lan n sis nawar, sis zura, apiz n sabri. Semua bertolak dari penang ke lcct except me and izzi, pukul 11 baru bertolak ke lcct. Jangan xtau punya semangat nak gi bandung, beli tiket AirAsia MYR250/person 2 way dari bulan jun 2009 lagi.Naik bus dari kl sentral, sempat lagi tukar duit si imran MYR1000= rp2, 700 000. Ya Ampun imran,kok bisa tukar lagi..bukan udah tukar 6 juta kamu itu..haha

Setibanya di lcct, (yang dah lama tak ku jejaki semenjak menetap di kl) terkejut juga tengok lcct dah berubah wajah..hermmm teringat zaman2 kena tidur kat kaki lima lcct sementara tunggu flite pagi ke sibu..eh, tempat tido kitorang dah jadi kiosk kfc la..haha nak tergelak aku tengok.Sebak seketika..huhu..sadis btl zaman2 tu. Ops..balik ke cerita bandung, kesian member2 lain flite awal dari penang terpaksa melepak2 ke klia membuang masa sementara tunggu nak check in pukul 1.00pm. 
                    lunch@mcd lcct..kadang2 curik2 tdo kat sini gak masa dulo2..hehe
Lepas je lunch kat mcd, kitorang check in dulu. Flite insya Allah pukul 3.40pm, so dua jam sebelum dah bleh check in. Cite yang best masa check in, akibat terpengaruh dengan iklan fast self-check in..kami pon try la mesin tu. Alih2 bukan lagi cepat, makin lambat ade la.ish xleh pakai la iklan tu.Serik dah, lepas ni tobat tanak memandai guna self check in kalau ada bagasi. Usai check in, kami ke surau jamak takdim zohor n asar..mudah2an perjalanan ni dipermudahkan Allah..amin.

Setelah sejam menunggu, akhirnya kami selamat masuk ke perut pesawat QZ7596 perjalanan dari LCCT ke BANDARA HOSSEIN, BANDOENG. Dalam flite, penumpang dari Malaysia diminta mengisi Arrrival/Departure card menunjukkan kita hanya 'melancong' ke bandung ya..bukan berlama2an.
Mula2 tanak makan, tapi disebabkan ahli2 rombongan terutama bapak2 yang 'tergoda' dengan pramugari@awan kabin yang cantik banget ala2 gadis sinetron..maka inilah meal untuk tea time kitorg..
Alhamdulillah, setelah tertidur-bangun-tertidur semula dalam flite..kami selamat menjejakkan kaki pertama kali ke tanah jawa jam 5.00 petang (waktu Malaysia 6.00 petang).Suasana persekitaran bandung memang nyaman dan sejuk, suhu sekitar ala2 cameron..sejuk,best2!! Kami mendarat di BANDARA HUSSEIN SASTRANEGARA (nama airport dia laa..). Mula2 cuak juga ngan kastam diorang, ramai yang cakap kastam mesti kena bayar duit (korupsi).Tapi, takda la pulak kes2 kena bayar ni kecuali beg sis zura kena tahan lama sebab banyak ubat. Kat sini mmg pantang bawak apa2 ubat,nanti dia ingat kita seludup narkoba.
Keluar je dari balai ketibaan, dah nampak seorang supir memegang tanda nama MOHD ZULIZZI..hehe senyum lah kitorang. Rasa macam org kaya2 pulak ada supir sambut..hehe. Mmg bagus sangat supir ni, layanan tip top.5 star!!Nak naik, turun keta tolong buka pintu..tolong angkat barang dan ke mana pun kitorg gi, dia mmg setia ja tunggu kat tempat tu. Tak gi mana2 pon, so that bila2 kita nak balik dia ready setiap masa. 

Supir pun membawa kami ke rumah tumpangan yang telah ditempah tru kak lina (thanks alotss kak lina, mmg class tempat ni..) Orange Home Guest house memang macam rumah tumpangan orang malaysia, sebabnya kiri kanan atas bawah, semuanya family dari malaysia. Harga pun murah n service puas hati. Untuk 4D3N = RP 530,000 (~MYR198) hotel+breakfast+supir. Murah kan? Tapi Orange Home ni ke dalam sikit la, tak boleh keluar jalan kaki nak ke bandar bandung..sebab tu kena ada supir. 


                        sempoikan..dalam bilik dan suasana di luar..bleh lepak2 bagi ikan makan.
Lepas bersihkan diri dan solat jamak takdim untuk magrib +isyak, kami bercadang nak dinner dan shopping sket2 (plan asal). Tapi rupa-rupanya bandung adalah bandar cepat tidur, jam 9.00 semua tokonya udah tutup ya pak, makanya kami hanya menghabiskan hari pertama dengan makan malam masakan padang yang enak dan murah di Restoren Simpang Raya. Makan untuk 9 orang cuma 285,000 rp aja = MYR105. Mahal?murah le tu..sebab lauk dia memang sedap dan banyak jenis.Tak caye?tengok gambar2 ni..betapa pelahap nye kitorg..hehe.
Nabi pesan..'makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang', tapi izzi dah habis licin pinggan pon.."macam lapar lagi la.."hahakss..bukan apa, berasnya tak berkanji..so makan banyak pon tak la rasa full sangat. Agaknya sebab tu gadis2 sinetron kat sini slim2 ja.
okey..dah kenyang, kedai semua dah tutup so..apa lagi, balik hotel dulu..rehat n tdo puas2..esok nak sambung jelajah bandung..

to be continued.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails