Friday, April 2, 2010

Jalan-jalan Bandung part 2

Day 2

Bangun seawal 4.45 pagi untuk tunaikan solat subuh,(awal ke?tu kira lambat le tu yang oi..3.45 pagi dah masuk waktu la..)..hehe tapi lepas subuh, terus susah nak lelap sebab cuaca makin terang. Breakfast served at 7.00am, dan kami antara yang terawal turun mencari makanan. Simple jelah breakfast kat guest house ni, sebab yelah guest house je..bukan hotel 5 star.
nasi + suun (mcm bihun gak la..) = lebih kurang nasi ambeng jawa
model breakfast..sis zura n sis nawar

KEMBARA GUNUNG TANGKUBAN PARAHU

Kepada yang pertama kali menjejak ke bandung, jangan fikir nak shopping je..rugi jugak kalau tak melawat gunung berapi yang dah tak aktif ni. Bayaran masuk ke taman wisata alam ni cuma rp50,000=RM18 je. Selain pemandangan kawah gunung berapi yang menginsafkan, pelawat juga bisa bershopping barang2 kraf dan t-shirt2 kenangan tulisan bandung. Beli jangan tak beli, sebab di pasar baru dah jarang jumpa barang2 ni. Magnetic fridge punyalah tawar menawar, at last dapatla 10 keping=rp 150,000; so satu lebih krg RM5. Takla murah sgt kan, kat langkawi pon rm5 juga tak silap aku.
                               
 kat sini pun ada kebun teh..macam cameron hi-land..

Selesai membeli dan berfoto-fotoan di sini, kami pada mulanya tak bercadang turun ke bawah (kawah) dan merendam kaki ke dalamnya. Jauh juga nak turun ke bawah, pertama kali tak tau jalan, setuju dan ada sedikit unsur 'terpedaya' dengan pemandu pelancong yang offer sejam = rp175000. Deal!!Kami setuju. Tapi lastly, bila dah naik ke atas semula dia minta tambah lagi hingga sorang terpaksa bayar rp100,000 dengan alasan perjalanan dah lebih dari sejam.huhu..bukan mencabar sangat pun laluan dia. Kitorang ni hiking kat malaysia pernah lagi susah tau, lain kali nak turun sendiri je. Tak kuasa la nak hired pemandu pelancong lagi..

ahli rombongan bergambar kenangan berlatar kawah gunung berapi..ups tak cukup sorang..mr sabri.
pemandangan gerai-gerai kraf dan t-shirt..ala2 kat tibet pulak..(macam penah gi tibet..hehe)
antara yang menarik, kraf dari pokok batik..subhanallah..ada pokok macam ni rupanya..

sila abaikan perut..
bukti..ni bukan kat kundasang ye..ngee
                            
perjalanan turun ke Kawah Domas..senang je..letih turun tangga jelah..
sepanjang perjalanan kira-kira 40 minit turun pasti ketemu gerai-gerai jualan sebegini..dan jangan lupa dibeli telur ya..

setelah 30 minit..berbaloi pemandangan nye..subhanallah..

ups..tersalah letak nama blog lama,abaikan..yang penting inilah bahagian dalam kawah..ada kolam2 air panas yang boleh rendam kaki..rendam je tak boleh mandi..

aktiviti melumur kaki dengan lumpur gunung berapi dan merendam kaki..sambil dihujani hujan rintik2..semua orang lari, kitorang je setia merendam kaki..hehe

Ok, laporan Day 2 Part 1 berakhir di sini..nanti lah sambung..nak cerita apa jadi lepas balik tangkuban parahu..hehe..plus rph tak siap lagi ni..huhu..daaa
tbc..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails