Saturday, April 3, 2010

Kembara Bandung part 3

DAY 3

Hari ke-3 di tanah Bandung, plan nye hanya satu..SHOPPING TRIP!!hehe..seawal 8.30 pagi supir dah datang dan mengangkut kami ke PASAR BARU, toko baju, kain lace,cotton, telekung, blouse, jubah, tudung dan macam2 fabrik (ala2 SEMUA HOUSE @ JAKEL gitu..). Tapi yang dasyatnya, PASAR BARU ni ada 7 tingkat tau dan setiap tingkat menjual barangan yang berbezaa. Contoh Lantai 2 khusus untuk telekung dan peralatan solat, lantai 1 untuk pengantin, lantai 4 kain2 pasang..cantik tak?Fuhhh..jangan tanya la, memang rambang mata. Sangat cantik2 dan murah2. Kain sutera corak batik dan penuh sulam, dijual di Malaysia dengan harga RM150, dekat sini rupanya RM40 ja. Tak ke gilak orang Malaysia memborong. Penuh setiap tingkat Pasar Baru dengan warga Malaysia.

izzi sedang beramah mesra dengan sorang Encik Pemborong dari Kedah, beribu pakcik ni beli..
khusyuk mengushar baju untuk konvo si uyun..
Jubah2..kalau pandai tawar menawar boleh dapat dalam rm50-60 je..
Kain pasang dekat patung tu, bunga dia memang fully-beads..memang cantik dan kemas sangat, macam2 pilihan corak dan warna. Harga =rm26 je..huhu aku borong 4..tapi ambik sendiri satu je..
Penat memborong, lunch @ Lantai 6..yang pelik diorang ni semua tak lalu makan, aku ngan izzi sentiasa berselera..hehe..kat sini pun ada pelbagai pilihan kasut..tapi rasanya pilihan kasut di Malaysia lagi cantik dan bermutu berbanding di sini.. Selesai membeli belah dalam jam 4.00 petang. Itu pun masih tak berpuas hati sebab dah tak jumpa balik kedai blouse untuk uyun (dan aku juga)..sedih sangat. So tips untuk shopping kat bandung, no survey..cantik,berkenan terus je beli k!Nak ke mana lagi pak?oh, TOKO TIGA! Waduh..sopping lagi..

TOKO JEANS@ TOKO TIGA

Toko Tiga sememangnya menjadi kemestian kepada pengunjung yang minat jeans. Murah dan berkualiti. Ori ke?Herm yang tu aku tak tau. hehe..lan beli satu, imran n izzi beli satu cap, satu seluar. aku?malaslah..aku tumpang solat kat musolla (kat sini musolla selalunya kecik dan campur lelaki & perempuan..so kena ikut turn la.) then lepak kat kerusi yang mengadap air terjun buatan dalam kedai ni. Ada tempat menunggu sebab, kat sini boleh terus potong jeans nya..gratis aja!
Menunggu jeans dipotong..
snap..main air terjun dinding..haha

STOCK MALL, CASCADE, HERITAGE & KARTIKA SARI

Kami meneruskan sisa-sisa waktu yang ada di bandung dengan shopping lagi. Sebab tu dah tak ambik banyak gambar.hehe..kat bandung ni banyak FACTORY OUTLET..so antara yang sempat singgah, STOCK MALL -khusus untuk baju kanak2 yang berjenama, OSHKOSH, babyGAP, GUESS, CHIROKEE and etc..SANGAT CUTE, DESIGN CUN AND MURAH!!patutlah jumpa ex-rumet izzi masa kat UiTM dulu kat sini cakap ape tau.."baju anak2 aku sume beli sini ja..selalu sangat dah datang sini.." fuiyooo..patut pun si aisyah tu lambai kitorang.."daa aunti.." haha dah tak bunyi malaysia..
cascade & heritage -another toko..
Then, untuk beli blouse berjenama, berkunjung lah ke HERITAGE..CASCADE di sebelah HERITAGE..tapi CASCADE macam ala2 butik orang kaya gak.takde lah murah sangat, tapi HERITAGE sebelahnya memang murah dan cantik. Bayangkan blouse cotton macam di East India or Somerset Bay yang di Malaysia berharga RM150-200 lebih..kat sini baru dalam RM35-50..huhu..gilak aku!! Fabrik sangat selesa dan berkualiti, design pun cantik2 dan tak sama dengan Malaysia.
Destinasi toko terakhir sebelum semua bisnes di bandung ditutup jam 9.00, kami memborong brownies dan kek kukus di Kartika Sari. Memang sedap!!patutlah berbondong-bondong orang datang memborong, apatah lagi dah nak tutup kedai ada harga runtuh kot..hehe. Selamat sampai di Orange Home tepat jam 9.30. Memang sangat letih dan lapar. AJK MAKANAN iaitu lan (yang kumpul duit untuk makan) dah beli kek kukus dan muffin untuk di makan malam tu. Huhu..masih terbayang-bayang mufin pisang yang sangat sedap tu..adoi..laparnya!!
last dinner together..semua benda borong dan makan. alih pukul 2.oo pagi bangun muntah2 dan sakit kepala.

LAST DAY-bertolak ke LCCT

Rugi tau salah beli tiket flite, dua hari rugi kat perjalanan je. Sampai petang, balik flite paling awal, pukul 6.oo pagi. Lain kali ini sebagai pengajaran..cewah! Pukul 3.00 pagi dah bangun, solat subuh masuk 3.45 pagi dan supir datang ambil pukul 4. Sampai di airport kaunter check in pun tak buka lagi..hehe.
 bye2 bandung..ops silap..daaa..nanti kami datang lagi k..jangan sedih2 tau!
memilih menu untuk breakfast..
ceh..sape candid ni..lepas makan apa lagi..zzzzzz la..hehe tapi izzi tetap suka tengok kat luar..saya dah bosan la, dulu selalu sangat berulang alik sibu-kl..hehe tidur lagi best!!
sempat lagi tu tanya nama..DESSY..suke le tu..

Oklah sekian sahaja laporan KEMBARA BANDUNG maret (MARCH) 2010..memang best dan nak datang lagi..tapi INSYA ALLAH, lepas ni panjang umur akan ada KEMBARA SAIGON..amin.

Anda mungkin berminat:
Kembara Bandung Day 1
Kembara Bandung Day 2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails