Pagi2 ni ateh menonton rancangan bual bicara di metrotv indonesia melaui saluran http://mivo.tv/ dan kebetulan tajuknya tentang hubungan pasang surut Malaysia-Indonesia. Seperti yang kita maklum, minggu lalu sarat berita tentang demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Indonesia sehinggakan mereka tergamak membakar bendera Malaysia dan membaling najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Puncanya perasaan tidak puas hati tentang kes tiga orang pegawai marin mereka yang ditangkap kerana menangkap tujuh orang nelayan malaysia. Aduh, Malaysia claim itu sempadan Malaysia, dan mereka juga sama. Takkanlah tentang sempadan masih ada masalah yang tidak jelas zaman moden ni. Sedarlah kalian, sebenarnya sempadan itu hanyalah sesuatu yang bersifat fizikal sedangkan sebenarnya setiap inci bumi ini bukan milik siapa2 pun, segalanya milik Dia YANG MAHA MENCIPTA DAN MEMILIKI..
Berbalik tentang perbincangan di metrotv pagi tadi, pada mulanya ditayangkan vidoe tentang dua gerila indonesia Usman dan Harun yang dihukum gantung sampai mati sekitar tahun 60an semasa kempen pertama Indonesia untuk Ganyang Malaysia. Entah kenapa sampai sekarang kempen tersebut masih diapi-apikan di Indonesia. Begitu kuat nasionalisme Indonesia, terlalu sensitif dengan kes yang melibatkan rakyat mereka, pastinya mereka merasakan harga diri dan maruah mereka diinjak-injak.
Sedangkan ateh kira, rakyat Malaysia lebih bersikap 'tidak pedulisme' dengan negara sendiri apatah lagi dengan negara luar. Bayangkang adik Syafia Humaira yang dipukul di taman permainan di depan ramai orang pun tak ditolong langsung, apatah lagi kalau tentang negara sendiri..mau perangkah, mau di bomkah, ah..peduli apa aku, asalkan aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Bukan ateh mengata orang, tetapi ateh sendiri merasa kesal kerana kurang prihatin dengan isu terkini dan yang lalu.
Tempat adik syafia dipukul -saksi
Bayangkan pagi tadi baru ateh tau tentang kes hakim karate Indonesia yang kena pukul oleh polis malaysia pada tahun 2007, astaghfirullahala'zim..yelah..mungkin 2007 ateh di kapit, sarawak jadi kurang membaca berita terkini, buletin utama pun jarang2 nonton. Tapi setelah mendengar penjelas pak donald pagi tadi (mungkin itu pembelaan satu pihak) ateh merasa amat malu dengan sikap tidak profesional polis Malaysia. yelah pak, bapak tambah lagi orang indonesia..kemudian bapak melawan dengan buka karate..waduh pastinya pak polisi itu makin yakin kalau bapak orang jahat kok..huhu, tapi PDRM pun salah..ingat kes pelajar yang kena tembak beberapa bulan yang lalu? Ateh merasakan polis sekarang bukan macam polis zaman dulu lagi, mungkin ini akibatnya bila bekerja hanya kerana mau gaji, bukan bekerja ikhlas kerana Allah.Kemudian pula, yang lucu semasa kes dibawa mahkamah dan susah payah pak donald datang ke Malaysia tiba-tiba sidang perbicaraan terpaksa dibatalkan hari itu kerana 'hakim sedang berkursus'..heh..dah tau ni kes penting yang melibatkan hubungan baik 2 negara mengapa tiada pengganti hakim?Akibatnya hingga sekarang kes pak donald masih belum selesai. Itulah karenah birokrasi di Malaysia pak...Atenya yang jadi mangsa adalah pelajar Malaysia di Indonesia, dengan slogan sweeping Malaysia..mereka diancam dengan buluh runcing. Mungkin di mana-mana ada orang yang perengus, di Malaysia atau Indonesia. Perengusnya segelintir polis Malaysia tadi terus memukul pak donald, perengusnya segelintir rakyat Indonesia tadi maka dihukumnya rakyat2/pelajar malaysia yang tidak bersalah..jadi siapa sebenarnya yang bersalah???
ohh..ateh gayanya macam lebih sokong indon ye, eh.. bukanlah..ateh bukan sokong indon..ateh sayang sangat negara terchenta ni, tapi kadang2 tindakan Malaysia terhadap negara yang mungkin kita anggap mundur (kerana lebih 2 juta pekerja indon bekerja di sektor buruh di Malaysia), maka ramai antara kita dan mungkin pemimpin kita sendiri melecehkan kewujudan dan hak mereka sebagai manusia. Bayangkan kalau dihantar balik semua pekerja, siapa yang akan bersusah payah membina bangunan kat Malaysia?nak harapkan orang Malaysia sendiri??heheh..memang pemilih.
Apatah lagi ateh pernah bekerja sebagai site engineer and deal dengan indon workers, alhamdulillah walaupun dekat site ateh sorang ja perempuan, tapi mereka semua baik sangat, tak ada yang pernah mengambil kesempatan. Malahan, mereka biarkan ateh tumpang solat di ruang rehat mereka yang sempit tanpa sebarang gangguan, alhamdulillah. Ateh juga punya ramai sahabat baik dari Indonesia, yang kenal di maktab apatah lagi di facebook. Masih kangen ni sama rumet tersayang Mulyana, Eva Nauli yang kini di Semarang..Eliana, Rahmi n etc. Peliknya di facebook ateh kenal sorang sahabat yang tidak pernah ateh kenal langsung sebelum ini Iffah Lathifah...indahnya persaudaraan itu bila nawaitu bersaudara sesama muslim kerana Allah.
Tambahan Malaysia-Indonesia sama2 negara yang majoritinya Islam, mengapa saling mencari salah dan ketidakfahaman..bukankah lebih baik kita bersatu mengganyang Israel laknatullah dari mengganyang sesama saudara seagama sendiri? Bukan kedutaan Malaysia yang selayaknya dilempar najis, bukan bendera Malaysia yang selayaknya dibakar hangus tapi ZIONIS!!!
Makanya, yang penting hubungan antara manusia untuk bukan atas dasar warna kulit dan bangsanya, tapi ukhuwah itu harus kerana Allah. Pabila hubungan Malaysia-Indonesia ataupun mana-mana negara pun di dunia ini bukan semata-mata kerana Allah, jangan hairan sekiranya hubungan itu berantakan dan putus. Semoga di ambang merdeka ke 53 ini, Allah kurniakan hidayah dan petunjuk kepada pemimpin2 kita sama ada dari kerajaan atau pembangkang untuk berkhidmat dengan adil dan saksama, memelihara hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia (dalam dan luar negara) dan hubungan dengan alam semesta..amin.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Merdekalah bangsaku dan ummah ini dari segala jajahan minda dan nafsu..sekian my 20 cent view.. :)
No comments:
Post a Comment