Monday, August 30, 2010

HUBUNGAN M'SIA-INDONESIA DI AMBANG MERDEKA

assalamualaikum...salam merdeka buat bangsaku..

Pagi2 ni ateh menonton rancangan bual bicara di metrotv indonesia melaui saluran http://mivo.tv/ dan kebetulan tajuknya tentang hubungan pasang surut Malaysia-Indonesia. Seperti yang kita maklum, minggu lalu sarat berita tentang demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Indonesia sehinggakan mereka tergamak membakar bendera Malaysia dan membaling najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Puncanya perasaan tidak puas hati tentang kes tiga orang pegawai marin mereka yang ditangkap kerana menangkap tujuh orang nelayan malaysia. Aduh, Malaysia claim itu sempadan Malaysia, dan mereka juga sama. Takkanlah tentang sempadan masih ada masalah yang tidak jelas zaman moden ni. Sedarlah kalian, sebenarnya sempadan itu hanyalah sesuatu yang bersifat fizikal sedangkan sebenarnya setiap inci bumi ini bukan milik siapa2 pun, segalanya milik Dia YANG MAHA MENCIPTA DAN MEMILIKI..

Berbalik tentang perbincangan di metrotv pagi tadi, pada mulanya ditayangkan vidoe tentang dua gerila indonesia Usman dan Harun yang dihukum gantung sampai mati sekitar tahun 60an semasa kempen pertama Indonesia untuk Ganyang Malaysia. Entah kenapa sampai sekarang kempen tersebut masih diapi-apikan di Indonesia. Begitu kuat nasionalisme Indonesia, terlalu sensitif dengan kes yang melibatkan rakyat mereka, pastinya mereka merasakan harga diri dan maruah mereka diinjak-injak.

Sedangkan ateh kira, rakyat Malaysia lebih bersikap 'tidak pedulisme' dengan negara sendiri apatah lagi dengan negara luar. Bayangkang adik Syafia Humaira yang dipukul di taman permainan di depan ramai orang pun tak ditolong langsung, apatah lagi kalau tentang negara sendiri..mau perangkah, mau di bomkah, ah..peduli apa aku, asalkan aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Bukan ateh mengata orang, tetapi ateh sendiri merasa kesal kerana kurang prihatin dengan isu terkini dan yang lalu.
Tempat adik syafia dipukul -saksi
Bayangkan pagi tadi baru ateh tau tentang kes hakim karate Indonesia yang kena pukul oleh polis malaysia pada tahun 2007, astaghfirullahala'zim..yelah..mungkin 2007 ateh di kapit, sarawak jadi kurang membaca berita terkini, buletin utama pun jarang2 nonton. Tapi setelah mendengar penjelas pak donald pagi tadi (mungkin itu pembelaan satu pihak) ateh merasa amat malu dengan sikap tidak profesional polis Malaysia. yelah pak, bapak tambah lagi orang indonesia..kemudian bapak melawan dengan buka karate..waduh pastinya pak polisi itu makin yakin kalau bapak orang jahat kok..huhu, tapi PDRM pun salah..ingat kes pelajar yang kena tembak beberapa bulan yang lalu? Ateh merasakan polis sekarang bukan macam polis zaman dulu lagi, mungkin ini akibatnya bila bekerja hanya kerana mau gaji, bukan bekerja ikhlas kerana Allah.

Kemudian pula, yang lucu semasa kes dibawa mahkamah dan susah payah pak donald datang ke Malaysia tiba-tiba sidang perbicaraan terpaksa dibatalkan hari itu kerana 'hakim sedang berkursus'..heh..dah tau ni kes penting yang melibatkan hubungan baik 2 negara mengapa tiada pengganti hakim?Akibatnya hingga sekarang kes pak donald masih belum selesai. Itulah karenah birokrasi di Malaysia pak...Atenya yang jadi mangsa adalah pelajar Malaysia di Indonesia, dengan slogan sweeping Malaysia..mereka diancam dengan buluh runcing. Mungkin di mana-mana ada orang yang perengus, di Malaysia atau Indonesia. Perengusnya segelintir polis Malaysia tadi terus memukul pak donald, perengusnya segelintir rakyat Indonesia tadi maka dihukumnya rakyat2/pelajar malaysia yang tidak bersalah..jadi siapa sebenarnya yang bersalah???

ohh..ateh gayanya macam lebih sokong indon ye, eh.. bukanlah..ateh bukan sokong indon..ateh sayang sangat negara terchenta ni, tapi kadang2 tindakan Malaysia terhadap negara yang mungkin kita anggap mundur (kerana lebih 2 juta pekerja indon bekerja di sektor buruh di Malaysia), maka ramai antara kita dan mungkin pemimpin kita sendiri melecehkan kewujudan dan hak mereka sebagai manusia. Bayangkan kalau dihantar balik semua pekerja, siapa yang akan bersusah payah membina bangunan kat Malaysia?nak harapkan orang Malaysia sendiri??heheh..memang pemilih.

Apatah lagi ateh pernah bekerja sebagai site engineer and deal dengan indon workers, alhamdulillah walaupun dekat site ateh sorang ja perempuan, tapi mereka semua baik sangat, tak ada yang pernah mengambil kesempatan. Malahan, mereka biarkan ateh tumpang solat di ruang rehat mereka yang sempit tanpa sebarang gangguan, alhamdulillah. Ateh juga punya ramai sahabat baik dari Indonesia, yang kenal di maktab apatah lagi di facebook. Masih kangen ni sama rumet tersayang Mulyana, Eva Nauli yang kini di Semarang..Eliana, Rahmi n etc. Peliknya di facebook ateh kenal sorang sahabat yang tidak pernah ateh kenal langsung sebelum ini Iffah Lathifah...indahnya persaudaraan itu bila nawaitu bersaudara sesama muslim kerana Allah.

Tambahan Malaysia-Indonesia sama2 negara yang majoritinya Islam, mengapa saling mencari salah dan ketidakfahaman..bukankah lebih baik kita bersatu mengganyang Israel laknatullah dari mengganyang sesama saudara seagama sendiri? Bukan kedutaan Malaysia yang selayaknya dilempar najis, bukan bendera Malaysia yang selayaknya dibakar hangus tapi ZIONIS!!!

Makanya, yang penting hubungan antara manusia untuk bukan atas dasar warna kulit dan bangsanya, tapi ukhuwah itu harus kerana Allah. Pabila hubungan Malaysia-Indonesia ataupun mana-mana negara pun di dunia ini bukan semata-mata kerana Allah, jangan hairan sekiranya hubungan itu berantakan dan putus. Semoga di ambang merdeka ke 53 ini, Allah kurniakan hidayah dan petunjuk kepada pemimpin2 kita sama ada dari kerajaan atau pembangkang untuk berkhidmat dengan adil dan saksama, memelihara hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia (dalam dan luar negara) dan hubungan dengan alam semesta..amin.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Merdekalah bangsaku dan ummah ini dari segala jajahan minda dan nafsu..sekian my 20 cent view.. :)

Wednesday, August 25, 2010

Sunday, August 22, 2010

ALUMNI ASSAK

Pagi ni tergerak menjenguk fb sekolah lama yang amat dikasihi, SMSSMJ..ada announcement tentang penubuhan persatuan alumni Sains Kedah yang baru dan laman web baru. So ateh join jelah..so calling to all readers yang kebetulan ex-students, @mak ayah dia ex-students, @ suami dia ex-students, @pakcik, makcik,sepupu sepapat, jiran sebelah rumah @ sesapa saja..jom la beramai2 menyatukan rasa kasih kepada sekolah kita terchenta ini di laman web http://alumniassak.webs.com/ ..cewah!!!

Berilmu dan Berbudi

Saturday, August 21, 2010

BUMI CINTA

Alhamdulilllah, ateh selesai membaca buku terbaru Kang Abik di pasaran Malaysia "Bumi Cinta" beberapa minggu lalu. Tergerak untuk menulis sinopsisnya sekian lama, tapi tiada waktu yang santai, Insya Allah mudah-mudahan dapat menulisnya hari ni.

Watak utama adalah Muhammad Ayyas, seorang graduan lulusan agama melanjutkan kajian tentang sejarah Islam di negara yang amat menjunjung pornografi dan seks bebas iaitu Rusia. Di tengah-tengah dingin musim salji Moscow benar-benar menguji keimanan Ayyas dengan kehadiran gadis-gadis penggoda, Yelena, Ilinor dan Anastasia Palazzo. Namun iman Ayyas amat utuh, subhanallah..bahkan Ayyas sebagai pendebat dalam seminar "Tuhan Bagi Manusia di zaman Moden" berjaya melaksanakan tugas daienya.. masya Allah.

Sepertimana ulasan Kang Abik sendiri bahawa Bumi Cinta adalah tadabbur beliau ke atas firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal (45-47):

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), mala berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu  beruntung. Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalang (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan."

Sejarah Islam yang ditindas dengan sangat zalim dari zaman komunis Stalin dan Lenin, kemudian terselit kisah kekejaman zionis terhadap khemah pelarian palestin di Shabra-Shatila tanggal September 1982. Ateh menitis airmata, rupa-rupanya saat kali permata ateh melihat dunia di negara yang aman makmur ini, saat itu ada saudara seagama yang disembelih hidup-hidup..nauzubillahiminzalik..

Ceritanya lain dari yang lain, mungkin dalam AAC para pembaca lebih ternanti kesudahan cinta Fahri-Aisya, KCB dengan kisah kasih sayang Azzam-Anna tapi dalam Bumi Cinta, tiada cinta untuk seorang Muhammad Ayyas selain cinta Yang Maha Pencipta..Subhanallah. Bacalah.......semoga sama-sama beroleh manfaat.

Monday, August 16, 2010

marhaban YA RAMADHAN.....

salam..adoila dah berapa hari Ramadhan baru ateh nak ucap selamat datang..hehe..bukan apa bz sangat since 1st day Ramadhan...

marhaban YA RAMADHAN..alhamdulillah dipanjangkan jua usia untuk merasa nikmat Ramadhan tahun ini..nikmat belajar dalam MADRASAH RAMADHAN..bulan rahmat, maghfirah dan keredhaan Nya..

sebelum terlambat nak wish Puteri bongsu abah, si acu sara..SELAMAT ULANGTAHUN KE 20 pada 1 ramadhan hr tu..alhamdulillah dah makin besar adik bongsu kami sorang nih....

balik cerita MADRASAH RAMADHAN..banyak yang ateh berazam betul2 nak belajar dan praktikkan bulan Ramadhan ni..alhamdulillah, dalam 5 hari ni rasanya selamat lagi dipraktikkan..(bacaan lanjut preparation for Ramadhan dalam iluvIslam.com)

1- madrasah RAMADHAN maksudnya sekolah RAMADHAN..bukan sekolah PASAR RAMADHAN..sepanjang 5 hari ni, ateh berniat tak mau membazir masa dan wang kat bazar ramadhan macam taun2 lepas..makanan penuh atas meja, alih2 sedekah kat cikti dalam tong sampah..sedih tuu..so alhamdulillah, setakat ni rasanya pembaziran hanyalah 0.05%..ateh hanya beli kuih 2,3 ketul je kalau nak beli pon..tapi selalu mr.izzi yang beli..ateh malas..balik sekolah sampai rumah dan pukul 6.00, nak solat asar lagi..masak lauk lagi..herm lauk ngan nasik pon ateh catu sekarang ni..hihi..

2- hari 1st puasa achu cakap kat ateh.."haaa..ni silap la x timbang siap2 sebelum puasa n lepas puasa, tgk berapa dapat kurang berat.." hehe..memang achu bergurau tapi, ateh baru terfikir..haishh berat badan memang bleh timbang, tapi IMAN??adakah iman kita di awal puasa dan di akhir puasa meningkat?wallahualam..ateh tengok TANYALAH USTAZ..ustaz zahazan cakap, salah satu cara nak tingkatkan iman dengan membaca Al-Quran..Imam As-Syafie khatam dalam bulan Ramadhan 60x (masya Allah)..ateh???adoila...ni kena wat azam sungguh2 ni....

3- setiap tahun tadarus Al-Quran kat sekolah ateh mmg fikir, kira dah khatam bila wat tadarus ramai2..tapi rupa2nya ustaz zahazan cakap belum lagi laa..tu bukan khatam, (sekian lama ateh silap..astaghfirullah) khatam bila kita baca sendiri dari depan sampai belakang...fahamlah ateh..chayok ateh!!tapi tahun ni ateh tak mau jaga budak tadarus, ateh pilih nak ajar budak2 perempuan yg dah layak jadi ibu (dah ada dalam kumpulan tu yang jadi ibu pon, tp buang plak..adeila budak zaman sekarang..astaghfirullahalazim..) tapi iqra' 1 pon tergagap-gagap lagi....kesian ateh tengok..salah siapa ya, kalau kecik2 dulu..mak dah sedia rotan..dengar mak seret rotan kat atap zink bagian ibu rumah..daah kecut perut..dah lambat masuk ngaji..asyik main ja..heh..tapi tengoklah hasilnya..dalam akademi Al-Quran,ramai qari bila ditanya apa makanan/ rahsia berjaya.."alhamdulillah..rotan" bukan rotan nak mendera, tapi mengajar dan mendidik supaya Al-Quran menjadi pendamping......terima kasih mak..

setakat tu saja...ateh kena fikir n ready nak masak apa pulak petang ni..daaa..selamat menunaikan ibadah, selamat menahan diri dari segala dugaan nafsu semua...dan selamat berbuka.....

p/s: congrats my dear sisters, acik uyun n acu sara on ur big day..double convo..sejuk perut mak mengandung..kebetulan 6hb bday mak..SLMT ULANGTAHUN IBUKU TERCINTA..7hb konvo achu, 8hb konvo acik..alhamdulillah..selesai semua 9 orang anak mak.. :)

Friday, August 13, 2010

Debate Islam vs Christian in The Light of Science

KCB SINETRON - special part 18.3


pilu mendengar nasihat Ustazah Zulfa kepada Anna..sepertinya nasihat itu benar-benar apa yang ateh rasakan sekarang ini..ateh begitu inginkan hadirnya sebuah 'kehidupan' yang lain...kehidupan seorang anak..ateh begitu risau andai kehidupan itu tidak hadir (nauzubillah)..tapi seluruh hidup kita yang perlu kita risaukan bukan anak atau kehidupan lain..tapi kematian...kita seharusnya lebih-lebih merisaukan akhirnya hidup kita..astaghfirullah...ateh khilaf lagi.......

Wednesday, August 11, 2010

KCB SINETRON EPISODE 17.9


Subhanalllah..setelah 17 episod berlalu, ini antara bahagian yang benar-benar buat airmata ateh menitis tanpa henti..kata-kata Ayyatul Husna sangat menusuk hati..

"setelah Allah dan RasulNya yang paling, aku cintai..aku hadiahkan Al-Quran ini yang kucintai, yang setia mendampingku.."

Friday, August 6, 2010


~ mengutip mutiara-mutiara nasihat dari ustaz mujab (Kang Abik)..aduhai, rasanya ateh tak mampu nak download semua 50 episode KCB sinetron..maaf ya..sebetulnya ateh download semua dari M3L4TI di youtube...mbak melati ni setiap hari diupdate episod baru..terima ksh ya mbak..cuma mana2 part yang menarik saja akan ateh download di blog..Insya Allah..

DOA RABITAH

OST KCB ~ MENANTI CINTA

Tuesday, August 3, 2010

KCB SINETRON -Episode 5

Part 1
Part 2

Part 3

Part 4

Part 5
Part 6
~selamat menonton~

Sunday, August 1, 2010

IBU BAPA BUKAN LIABILITI..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
 

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke
kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi
 !

KCB SINETRON -Episode 4





KCB SINETRON -Episode 3

Part 1

Part 2

Part 3
Part 4

Part 5
Part 6
Part 7

KCB SINETRON -Episode 2

Part 1

Prt 2

Part 3 

Prt 4
Part 5
Prt 6

KCB SINETRON -Episode 1 (pt 4-6)

PART 4
PART 5

PART 6

KCB SINETRON -Episode 1 (pt 1-3)

Alhamdulillah, walaupun kat Malaysia tak dapat tonton RCTI..dapat juga download dari You.tube..thanks RanniaLove..
Part 1

Part 2

Part 3 

p/s:terima kasih banyak juga buat kembang anggerik untuk summary cerita KCB Ramadhan setiap episode.. :) sukenya i!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails