Wednesday, May 26, 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih..hidangan Abu Saif

Alhamdulillah..setelah berbulan buku karya ustaz Hasrizal@ Abu Saif bermastautin di rak buku, akhirnya abis jugak ateh membacanya semalam, sampai tersasul meminta kak su di kantin "minum apa cikgu?" "secangkir teh kak su..eh silap teh o..hehe" 

Pengajaran dari secangkir teh

Teh, dari kecil teh bukan lah air minuman utama di rumah..mak dan arwah abah penggemar kopi/nescafe. Malahan, kalau mak terminum teh di mana-mana alamat ber'angin' lah satu badan. Kesian mak..ekkk ekkkk.. membuang angin andai terminum teh. Jadi boleh dikatakan sepanjang tumbesaran ateh dulu, tak ada langsung serbuk teh di rumah. 

Bagaimana ya masyarakat Turki sangat meminati teh sehinggakan dari pagi hingga ke malam, minuman utama adalah teh. Bukan seperti Malaysia yang ada variety dalam memilih minuman kegemaran. Ada rahsia kenapa teh orang Turki tak berangin macam Malaysia, sebabnya mereka akan memasak teh hingga daun teh lembut, barulah dihidangkan dengan gula berasingan. Hermm..penyelesaian kepada masalah ateh, di mana ateh tak boleh minum teh dan pakteh suka sangat minum teh, Subhanallah!

Bukan cerita teh yang utama dalam buku ni, oh itu sampingan je! Pengajaran utama adalah banyak tentang ‘history and honour’ seorang Muslim. Catatan kembara sebegini mungkin tidak ramai yang berminat dan faham apa yang penulis mahu sampaikan. Kembara ke bumi Konstantinopel, Masjid Biru dan Aya Sofea..macam pernah di baca dalam catatan kembara penulis-penulis lain. Tapi buah tangan Abu Saif ni lain dari yang lain sebab ada banyak sangat cerita yang membuatkan ateh termenung dan berfikir.. "banyaknya salah tanggapan ateh dan masyarakat Malaysia selama ni terhadap bumi pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.."
 Masih teringat sekitar tahun 2 di UTM, seorang teman ber'chatting' dengan teman siber dari Turki, dan sang teman Turki tadi memuat turun gambarnya bersama keluarga di Turki. Sang teman memegang sesuatu seperti anjing (kerana tidak pasti sama ada betul/anak patung, tapi nampak macam betul) dan hanya nenek yang sudah lanjut usia bertudung. Katanya, di Turki pada masa itu hanya berusia 50 tahun ke atas dibenarkan berhijjab. Tanggapan negatif ateh tentang ‘teruk’nya Turki terus bersarang sehinggalah ateh membaca buku ini, Astaghfirullahalazim…banyak yang silap dari yang betul rupanya.

Yang nyata, masyarakat Malaysia memanglah sering tidak peduli dengan orang lain. Lebih banyak membutakan ‘mata’ dari menegur kemaksiatan, kemiskinan dan keperluan jiran atau teman yang memerlukan. Aku-aku dan engkau-engkau, budaya AAK  (“Ada aku kesah?” )dan AAP (“Apa aku peduli?”) memang sinonim dengan masyarakat kini terutama di KL. Bagaimana ya nak mengubah, sendiri pun tidak boleh mengubah. Sudah sebati dan seperti darah daging, saban hari hanya memikirkan tentang duit, duit dan duit sehingga manusia-manusia di KL (termasuk ateh) seperti lupa untuk mentarbiah diri, menambah ilmu aqidah dan tauhid, meningkatkan iman sehari-hari (bahkan menipiskan lagi dengan pelbagai rancangan lagha), membetulkan bacaan al-Quran dan yang utama tugas sebagai caliph dan daie. Bukan seperti di Turki, golongan muslim yang Islamik sememangnya benar-benar Islamik (bukan hanya pada label), mempertahankan iman dalam apa jua cara. Antara IMAN DAN IMPIAN, mereka memilih IMAN, walau dalam seribu kepayahan. 
Dan dari buku ni ateh baru terperasan, oh Syed Muhammad Naquib al-Attas seorang pemikr hebat tu orang Malaysia ke? Masya Allah, malu rasanya tak tahu menahu pun. "Mungkin bukan tak tahu tapi macam pernah dengar nama tu, tapi entahlah tak mahu ambil tahu", aduh! macam terkena batung hidung sendiri rasanya. Kenapa ramai sangat pembawa slogan 'Malaysia Boleh' yang diagungkan, kenapa nama seorang pemikir hebat tidak tersenarai?hermm..pelik tu tapi benar. Mungkin inilah peribahasa Melayu,gajah di depan mata tak nampak..

Juga pengajaran tersirat dan utama tentang ‘masinnya mulut emak’. Keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan ibu. Terasa sangat benar, kalau lama ateh tak telefon mak di kampung terasa benar semacam kegelisahan. Mak bukan mengharapkan duit setiap bulan, kasih sayang anak-anak yang paling penting. Aduh, cakap macam ni terus rasa nak menangis..rindunya mak di kampung. Mak, macam nak terbang je balik Penang sekarang ni..

Sebelum ateh balik penang, nak promosi dulu buku ni, bagi yang minat mengembara, minat sejarah..ooh silap tak ramai yang minat sejarah,yang berminat nak mengislahkan diri, mungkin ini bacaan untuk kita memikirkan siapakah kita di Bumi Allah,kita berpuas hati dengan diri kita seadanya, tapi adakah Allah berpuas hati?

Sekian catatan ateh. Semoga sama-sama beroleh kebaikan dan keberkatan,amin.
GOMBAK, KL.  

Bacaan untuk kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails