Saturday, April 2, 2011

Selamat Tinggal Nenda Tercinta

catatan ringkas...malam 2 april jam 12.57am..

selesai ateh menaip previous entry tentang ateh masuk spital.. ateh ke dapur, tolong achu andak masak2..borak2..gelak2..tiba2 dlam 15 minit kemudian cuaca yang tadi mendung bertambah suram dengan hujan tiba2.............

dan saat itu mak yang sedang berehat sbb semalaman menjaga atuk di wad, buru-buru turun ke bawah..

" tok dah xda.."

ringkas ayat mak tapi cukup menyendat dada.sesak.pilu.

airmata merembes tanpa tertahan....
seperti hujan yang datang secara tiba-tiba...selesai mendengar khabar dari mak, hujan terus berlalu..
dan hari kembali cerah.

terpana seketika.
saat rembang jumaat yang mulia, terbanglah roh allahyarhamah menemui Kekasihnya yang kekal abadi..
bagaimana sayang dan cinta kami pada atuk, tak setanding sayang Allah kepada atuk..

tenanglah atuk...kami semua ikhlas merelakan pemergianmu..
selamat tinggal nenda ku yang amat ku cintai..almarhum halimah binti zainab..


al-fatihah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails