Thursday, February 25, 2010

For the rest of my life..by Maher Zain


Nice song with wonderful melodies..first heard this song through hajarul hamraa blog. Dedicated to all wives outside there..:)



For The Rest Of my Life-Maher Zain



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say



Chorus:



For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes



Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength



And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus



I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Wednesday, February 24, 2010

Hati Putih vs Hati Hitam

Bismillahirrahmanirrahim..

Hati putih dengan hati hitamku bergaduh  besar malam ni. Hati yang sedang sakit sememangnya penuh dengan rasa benci, marah, dendam dan segala yang buruk2. Tapi bagaimana hitam hati manusia, pasti ada sedikit tompok putih. Hati putih yang senantiasa cuba membawa hati hitam ke arah jalan yang benar. Tatkala marah, hati hitam akan mengamuk..tapi hati putih pasti sedaya upaya menenangkan hati hitam.

Heart or liver?
Itulah hati. Sekeping daging dalam badan manusia. Boleh jadi paling baik dan boleh jadi paling jahat. Kita yang menentukannya sama ada membiarkan nafsu atau akal yang akan memandu hati, tanyalah iman.. :)

Berbeza Bijaksana

Alkisah, satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai profesor bertanya, 

" Kau pandai menulis dan membaca?"
" Tidak, saya buta huruf," jujur jawapan si pengayuh sampan.
" Kalau begitu kamu hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan umtuk hidup."
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
Ash-Syahr-h:8
Tidak lama selepas itu profesor bertanya lagi, 
" Kamu ada membuat simpanan di bank?"
"Tidak. Pendapatan saya cukup-cukup makan sahaja."
" Kalau begitu kamu hilang separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak mempunyai wang simpanan yang cukup boleh hidup selesa pada masa tua kelak."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor.
Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor,
"Tuan, apakah tuan pandai berenang?"
"Er..er..saya tidak tahu.."jawab profesor dengan panik.
"Kalau begitu tuan akan hilang seluruh hidup tuan!"

Moral value: Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan berbeza kebijaksanaan. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa diri hina sebaliknya binalah keyakinan diri untuk berjaya.Insya Allah pasti berjaya.

p/s:adaptasi dari Majalah Solusi edisi 16..beli jangan tak beli.

Sunday, February 21, 2010

Home Sweet Home....

Just arrived from kampung. So tired..macam2 jadi balik kampung kali ni. yang paling mengejutkan semalam la, dah berpuluh tahun mewarisi rumah pusaka arwah tok, baru kali ni rumah kami jadi mangsa pecah rumah. Kesian laptop abg ejad hilang. Alhamdulillah, tak banyak barang berharga yang hilang. Maklumlah rumah je lapang, tapi mana ada barang2 berharga atau cash.

Yang paling merungsingkan sekarang ni, bila semua orang balik bekerja..tinggallah mak sorang2 kat rumah. aduhai ibuku..mudah2an Allah sentiasa memelihara mu..

p/s: ngantuk laaa...nite2

Monday, February 15, 2010

Kisah Yop dan Warna Kuning

Anak sulung ustaz hasrizal lebih mesra dipanggil Yop. Bak kata abi nya, setiap anak ada watak masing-masing. Kisahnya si Yop, suka sangat warna kuning, sebab kata Yop warna kuning warna orang kaya-kaya.

Melihat anakandanya yang sudah ada sedikit unsur2 material, ustaz Hasrizal pun memberi cadangan pada Yop.
" Yop suka sangat warna kuning, mulai esok apa kata Yop jangan gosok gigi.."
"Tak maulah, nanti gigi Yop kuning dan busuk.."
"Tau pun.."

Moral of the story, dont judge the wall by its paint!hehe

p/s:juga diceduk dari kisah benar Abu Saif. semoga sama2 ambil yang baik ye.. :)

Kisah naurah & pokok semalu

Satu hari anak kecil bernama Naurah berjalan di taman dan tertarik dengan pokok semalu. Naurah pun bertanya pada abi nya, Ustaz Hasrizal.

" abi, kenapa pokok semalu ni tertutup bila kita sentuh?"
"sebabnya, pokok semalu ni pokok perempuan.."jawab abi.
"yeke..kenapa macam tu?"hairan si Naurah.

Setiap ciptaan ada hikmahnya..subhanallah.
Dengan tersenyum abi menjawab.

"Sebab itulah sifat seorang perempuan sebenarnya. Perempuan yang solehah, yang baik sentiasa akan melindungi dirinya sendiri dari segala bahaya. Cuba tengok pokok ni, kembang dengan sendiri waktu pagi dan tertutup sendiri bila dah nak senja..hermm maksudnya perempuan pun sepatutnya macam tu. Bangun pagi2 siapkan keluarga, bila dah nak malam kena duduk rumah baik2. Tak elok keluar malam2.."

"oooo..fahamlah naurah.."

p/s: kisah di sedut dari penceritaan semula zaihasra dari kisah ustaz hasrizal. semoga memberi kebaikan kepada semua. insya Allah.

Luahan Hati, Motivasi Diri I

Bismillahirrahmanirrahim..
 Baru lepas baca entry wannad terfikir nak meluahkan perasaan sendiri. Alhamdulillah, seronok wannad sekarang, penantian dah berakhir. Sebelum ni, dengan dia je aku tak segan meluahkan rasa..tapi sekarang dah lain. Bak kata ibu mikhail..'geng mak buyung'..hehe ups..ni bukan entry merajuk or jauh hati tau cuma nak terkenang-kenang perjalanan hidup (semoga jadi iktibar/pengajaran/panduan bersama..insya Allah) 

Selepas bergelar isteri, enam bulan pertama seriously aku tak terfikir tentang anak. Masuk enam bulan kedua, sudah ada sepi dan rindu tangisan seorang bayi. Allah benar-benar menguji aku ketika itu. Tambahan pula, seorang sahabat yang baru kahwin dah bunting pelamin. Enam bulan sebelum tu, sahabat itu pernah bergurau "ko jangan mengandung lagi tau..tunggu aku kawin dulu..heeeii"  dan aku ketika itu benar-benar menerima sebagai gurauan, hinggalah aku menerima berita kehamilannya..sifat ku terus berubah.

Dari garang dalam kelas, aku jadi panas baran dan perengus. Pantang budak silap aku memang lontar ape je ada kat tangan..astaghfirullah..hingga suatu hari tanpa sengaja benar-benar melukakan dahi seorang anak muridku. ALLAH!!Apa dah jadi pada aku ni?Aku benar-benar menyesal dan meminta maaf pada murid itu dan ibu bapanya.. (alhamdulillah, mak dia ugut nak report polis tp x buat betul2..huhu takut sangat masa tu) Siapa yang aku marah sebenarnya? Aku menangis bila terkenang kembali betapa besar khilaf aku, betapa syaitan telah menguasai diri dan berjaya menimbulkan perasaan hasad yang mendalam dalam diriku terhadap sahabat itu atas kata-katanya..astaghfirullah. Aku kembali meredakan perasaan membuang perasaan iri itu sejauh mungkin dengan membanyakkan membaca surah Al-Falaq buat memadam perasaan itu.

Bulan-bulan seterusnya aku seperti sangat desperate dan obsess utk mengandung. Aku mencari dan mencuba pelbagai petua namun tidak pernah berjaya. Setiap bulan aku sanggup membeli upt dan sesudahnya aku pasti menangis sehinggalah bulan terakhir sebelum ulangtahun perkahwinan pertama, aku lewat 2 minggu dan suami mula menaruh harapan. Namun akhirnya, aku datang bulan juga pada sehari sebelum ulangtahun kami yang pertama. Itulah hari paling teruk aku menangis dan moody (ingat2 balik kesian sgt suamiku waktu tu..uhuk2). Mulai bulan itu, aku berjanji yang aku tidak akan menangis lagi bulan2 seterusnya walau apa pun berlaku.

Alhamdulillah, awal tahun baru aku sudah dibebankan dengan pelbagai jawatan. Walaupun hari pertama sekolah, aku juga hari pertama 'bendera jepun' aku tetap bersemangat waja..cewah. Aku sudah dapat menerima keadaan tersebut sebagai hadiah Allah. Aku gembira dalam sibuk, alhamdulillah.. Allah bagi aku cuti. hehe..sama juga dengan bulan2 seterusnya, aku seperti tiada lagi riak rasa pabila boleh dikatakan setiap minggu aku menerima berita kehamilan teman2 sekerja dan sahabat2 perjuangan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan kerana hanya Dia yang mampu menjadikan. Aku terkenang tafsir Al-Waqiah ayat 58-59 berbunyi..
 "Do ye then see?- The (human Seed) that ye throw out,- Is it ye who create it, or are We the Creators? "
Alhamdulillah, aku gembira kerana aku dapat merasakan tiada lagi rasa iri atau sayu walau secubit dalam hatiku pabila mendengar berita2 gembira itu. Apa yang perlu aku sedihkan?Apa yang perlu aku persoalkan..kerana begitu banyak nikmat yang aku terima setiap hari..masya Allah, tak terhitung..bagaikan butiran pasir di pantai atau pun taburan bintang di langit..nikmat Allah tak terhitung banyaknya. Sebagaimana Allah bertanya kepada kita..
" Then which of the favours of your Lord will ye deny?" Ar-rahman.
Tiba-tiba terkenang Abang Burn (Firdaus) masa kuliah maghrib dulu suka baca ayat nih.. "Lain syakartum la azi dannakum.." dan sesiapa yang bersyukur maka Allah akan tambah nikmatnya, dan sesiapa yang kufur sesungguhnya azab Allah sangat pedih..nauzubillah.
Ya Allah, aku kembali kepada Mu..sujud dengan kerendahan hati, terimalah aku sebagai hamba Mu..

" Andainya apa yang kita doa, dikabulkan Allah dengan cepat..maka Allah sayang kita..namun seandainya doa kita lambat dimakbulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..jika apa yang kita doakan tidak dimakbulkan, janganlah hampa ..kerana.. ini bukan bermaksud Allah bencikan kita, tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan..insya Allah"

Sunday, February 14, 2010

Manusia semakin kejam!!

Astaghfirullahalazim...terkedu membaca berita muka depan hari ni. Lagi kisah buang bayi. Sering baca bayi ditinggal di surau, dibuang dalam tong sampah, dalam lubang tandas, malah ada yang dibuang dalam sungai..tapi hari ni, ibu yang mengandung dan melahirkan sanggup membuang dan membakar bayi dalam tong sampah!!Innalillah..nauzubillah..mengalir air mata, sayu aku membacanya. Manusia jenis apakah mereka ini?

Mayat bayi yang rentung dijumpai dalam tong sampah di kuala krai, Kelantan.

Manusia yang punya akal yang waras tak mungkin tergamak melakukan ini. Sedangkan zaman Firaun, hanya bayi lelaki yang dibunuh, zaman Arab jahiliyah..hanya bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Tapi dalam zaman yang penuh kemodenan, bayi lelaki atau perempuan, putih atau hitam, masih hidup atau sudah mati..dibuang dicampak bagaikan bangkai ayam. Bangkai ayam pun, mak di kampung tanam elok2.

Masya Allah, kejamnya manusia kini. Apa erti moden, kalau aqidah dan akhlak rosak binasa..tiada langsung rasa belas kasihan sesama makhluk, apatah lagi bayi sendiri..BAYI yang susah payah dikandung sendiri..astaghfirullah. Ujian  maha berat manusia akhir zaman untuk Allah menguji iman kita, pasangan yang bernikah yang terlalu inginkan anak, amat susah untuk 'lekat'..tapi pasangan muda mudi yang terlanjur, walaupun sekali..mudahnya membuang dan membunuh nyawa yang tercipta.

Saturday, February 13, 2010

Wanita JIM kecam kempen biadab

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanitaJIMkecamkempenbiadab/Article

Masya Allah..perasaan bercampur baur, marah dan geram tapi entah pada siapa. Durjana sungguh musuh-musuh Islam yang seringkali menakluk minda dan aqidah remaja-remaja Islam agar terpesong. Adakala mungkin ini antara sebab aku antara 'bersedia' atau 'tidak bersedia' untuk memiliki anak sendiri. Aku benar-benar takut diuji dengan anak yang sebegini, nauzubillahimin zalik. Tapi, bila melihat anak-anak kecil yang sedari kecil sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar, belum menginjak dewasa namun sudah terserlah sifat kepimpinan sebagai seorang pejuang Islam dan daie..perasaan ku berubah.

" Ya Allah, tuhan yang Maha Mengetahui segalanya..hanya Engkau yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik rahsia, Tuhan yang Maha Berkuasa menentukan apa yang terbaik untuk hamba Nya..berilah aku kekuatan iman, berikan lah aku zuriat buat penyejuk mata, keturunan yang bertaqwa yang sentiasa menegakkan syiar Mu dimana jua sehingga akhir hayat mereka..amin"

Friday, February 12, 2010

Syukur ku hanyalah milik Mu..

Bismillahirrahmanirrahim..

aku kembali belajar memulakan sesuatu dengan nama Allah dan mengakhirinya dengan segala puji bagi Allah..tidak terhitung kesyukuran ku hari ini dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan setiap hari..alhamdulillah..

hari ini...
aku bersyukur dan tumpang gembira mendapat berita sahabat yang sekian lama menanti 'buah cinta' seperti ku, alhamdulillah telah berhasil dan sedang tak sabar menanti lahirnya insan baru..little khalifah yang akan menghuni dunia fana ini..semoga sahabatku sentiasa dilindngi Allah..sihat dan ceria sehingga tiba saatnya..amin

esok...
gembiranya esok dah bermula cuti sekolah seminggu..walaupun baru minggu lepas aku bertemu keluarga di kampung..tapi masih belum puas bergurau senda..yang penting aku dah lama tak jumpa anak buah yang paling disayangi..fatimah az-zahra'..yang lain2 minggu lepas dah jumpa..anak sorang ni masya Allah sibuknya mengalahkan perdana menteri sekarang ni..hehe..tiba2 teringat masa kecik2 fatimah suka 'berleter' pada abahnya.."abah ni asyik meeting, meeting, meeting.."hehe masa tu rasa baru umur 3, 4 tahun..dah pandai berleter..fatimah fatimah...

lusa..dan hari2 mendatang..
aku akan sentiasa bersyukur..kerana aku dikurniakan nikmat paling besar..dan paling indah..nikmat iman dan Islam..alhamdulillah..

Tuesday, February 9, 2010

Betulkan niat kita..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi ni alhamdulillah memulakan azam baru untuk berdiet, aku menyiapkan segala kerja sekolah sambil menonton astro Oasis. Kebetulan ada rancangan Ar-Rayyan bersama Dr  Fatima Az-zahra..dan tajuknya memang sangat2 menarik perhatian ku especially bila berbincang tentang tips mendapatkan zuriat..

1. Istighfar banyak2..at least 100 x selepas solat..dan bacalah istighfar yang paling baik

kadang2 doa kita masih belum makbul, sebab kita banyak dosa..dosa sebelum kahwin..hermm..betul tu..betul sangat2..astaghfirullahalazim..

2. Betulkan niat kita..apa niat sebenar kita nak zuriat?nak menunjuk2 yang kita juga ada anak?boleh lahirkan  anak ramai2?buat apa ada anak dan ramai kalau akhirnya anak tu besar nanti tak jadi anak yang baik..derhaka pada ibu bapa..sebab tu mulai saat ni ubah niat kita..suami isteri niat baik2 nak dapatkan zuriat untuk perjuangkan agama Allah, biar anak jadi baik dan sholeh, jadi hafaz, boleh jadi imam bila kita mati, boleh sebarkan ilmu Allah bila besar..insya Allah mudah2an dengan mengubah niat kita menjadikan kita lebih ikhlas dengan doa kita untuk mendapatkan zuriat..

3. Amalkan ayat2 Al-Quran seperti dari surah al-Anbiya :80 dan surah Ali Imran:38

4. Berdoa..berusaha..bertawakkal dan sentiasa bersangka baik serta tidak putus asa dengan rahmat Allah..insya Allah, Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa2 hamba2Nya..

Saturday, February 6, 2010

kau pergi jua..benarlah janji Allah

Innalillahi wainna ilai hi rojiun..
baru semalam aku menulis tentang allahyarhamah tok, Allah benar-benar menyayanginya..benarlah janji Allah..mati itu pasti..setelah 44 hari allahyarhamah menanggung rasa, akhirnya tibalah hari beliau dijemput..saat rembang azan solat jumaat, 5/02/2010..

selamat jalan tok..
ke perhentian baqa sebelum bertemu hari pengadilan..
semoga roh mu ditempatkan di makam roh2 orang yang beriman dan sentiasa beramal soleh..amin.. alfatihah

Thursday, February 4, 2010

di ambang maut..

Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur tok sehingga saat aku menulis ini..ada kisah menarik yang ingin aku tuliskan, bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai peringatan dan pengajaran kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

Malam terakhir aku menziarah tok sebelum pulang ke kl, baru sebentar aku dan izzi melabuhkan punggung di sisi tok..terdengar abang nazri (sepupu izzi) memberitahu ada orang datang untuk mengubat tok..maklang bagitau petangnya dah ada orang datang berubat..dan beritahu ada 'sesuatu' yang menghuni tok..tapi aku tak berfikir begitu..

Saat tiga orang pemuda yang berusia awal 40-an masuk ke rumah tok, muka ku berkerut.."biar betul depa ni yang nak mengubat tok.." dalam kepala aku terbayang orang alim, berpakaian jubah atau at least pakai baju melayu berkopiah atau bersongkok..tapi....mereka ni hanya memakai baju t-shirt yang agak lama (bukan lusuh) berseluar khakis (juga agak lama) dan yang penting pakai beg pinggang..sekali pandang aku ingatkan pemandu teksi..hehe

Maka bermulalah saat rawatan..aku masih ragu-ragu..shikin (adik izzi) masih terlari-lari..namun dalam seminit kemudian, shikin duduk diam dan hanya memerhati mereka..pemuda yang paling berusia mula bersuara.. (ku kira itu tok gurunya dan yang lain mungkin pengikut..)

"tok sebenarnya tak ada 'benda' apa2..cuma sekarang ada lelaki berserban kuning sedang pegang tok di sebelah kanan.." tok bomoh itu terhenti dan aku mula memerhatinya..tok bomoh itu memejam mata dan berlagak seperti sedang bersembang dengan seseorang..adakala dia tersenyum dan mengangguk2..kemudian menyambung kata..

"jangan risaau..kalau dah serban kuning tu maksudnya yang baik2 je..cuma sekarang ni, kumpul semua adik beradik dekat jauh..datang dan minta halalkan segalanya..insya Allah lepas tu dia akan tenang.."

dan lepas tu dia pandang shikin (yang tak bolh bercakap).."hanya adik ni yang nampak dengan siapa saya bercakap tadi"..aku terkasima.."adik ni cakap, jangan sapa2 pon kacau tok aku, aku sayang tok aku.." wow..macam mana dia tau apa shikin fikirkan...??herm..banyak lagi peristiwa malam tu, antaranya terdetik dalam hatiku pada satu saat nak hadiahkan al-fatihah untuk tok..saat aku mula nak membaca, "al-fatihah bukan untuk orang lain ja, untuk diri sendiri pon kena sedekahkan juga tiap hari.." ups..ok, how did he knew what im thinking just now?

dan malam tu, baru ku faham benar orang kata 'dont judge the book by its cover'..jangan menilai ilmu agama orang hanya dengan luarannya..satu lagi, aku menyaksikan betapa sukarnya andai ada yang kita berhutang atau ada orang yang kita belum maafkan andainya kita diambang maut.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini..Ya Allah..doaku untuk tok..

mulai malam tu, aku berazam untuk memaafkan dan menghalalkan semua orang, termasuk mereka-mereka yang pernah ku lafazkan .."aku tak halalkan walaupun satu sen duit yang ku bayar.." astaghfirullahalazim...baru ku tahu, kalau pon aku masuk syurga, selagi aku tak maafkan orang lain, aku akan terhenti..tersangkut..sehingga aku memaafkan...

dan aku sujud dalam tangisan yang sungguh mengharukan malam itu..semoga Allah menerima taubat2ku..amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails