Friday, February 12, 2010

Syukur ku hanyalah milik Mu..

Bismillahirrahmanirrahim..

aku kembali belajar memulakan sesuatu dengan nama Allah dan mengakhirinya dengan segala puji bagi Allah..tidak terhitung kesyukuran ku hari ini dengan segala nikmat yang Allah anugerahkan setiap hari..alhamdulillah..

hari ini...
aku bersyukur dan tumpang gembira mendapat berita sahabat yang sekian lama menanti 'buah cinta' seperti ku, alhamdulillah telah berhasil dan sedang tak sabar menanti lahirnya insan baru..little khalifah yang akan menghuni dunia fana ini..semoga sahabatku sentiasa dilindngi Allah..sihat dan ceria sehingga tiba saatnya..amin

esok...
gembiranya esok dah bermula cuti sekolah seminggu..walaupun baru minggu lepas aku bertemu keluarga di kampung..tapi masih belum puas bergurau senda..yang penting aku dah lama tak jumpa anak buah yang paling disayangi..fatimah az-zahra'..yang lain2 minggu lepas dah jumpa..anak sorang ni masya Allah sibuknya mengalahkan perdana menteri sekarang ni..hehe..tiba2 teringat masa kecik2 fatimah suka 'berleter' pada abahnya.."abah ni asyik meeting, meeting, meeting.."hehe masa tu rasa baru umur 3, 4 tahun..dah pandai berleter..fatimah fatimah...

lusa..dan hari2 mendatang..
aku akan sentiasa bersyukur..kerana aku dikurniakan nikmat paling besar..dan paling indah..nikmat iman dan Islam..alhamdulillah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails