Bismillahirrahmanirrahim..
Pagi ni alhamdulillah memulakan azam baru untuk berdiet, aku menyiapkan segala kerja sekolah sambil menonton astro Oasis. Kebetulan ada rancangan Ar-Rayyan bersama Dr Fatima Az-zahra..dan tajuknya memang sangat2 menarik perhatian ku especially bila berbincang tentang tips mendapatkan zuriat..
1. Istighfar banyak2..at least 100 x selepas solat..dan bacalah istighfar yang paling baik
kadang2 doa kita masih belum makbul, sebab kita banyak dosa..dosa sebelum kahwin..hermm..betul tu..betul sangat2..astaghfirullahalazim..
2. Betulkan niat kita..apa niat sebenar kita nak zuriat?nak menunjuk2 yang kita juga ada anak?boleh lahirkan anak ramai2?buat apa ada anak dan ramai kalau akhirnya anak tu besar nanti tak jadi anak yang baik..derhaka pada ibu bapa..sebab tu mulai saat ni ubah niat kita..suami isteri niat baik2 nak dapatkan zuriat untuk perjuangkan agama Allah, biar anak jadi baik dan sholeh, jadi hafaz, boleh jadi imam bila kita mati, boleh sebarkan ilmu Allah bila besar..insya Allah mudah2an dengan mengubah niat kita menjadikan kita lebih ikhlas dengan doa kita untuk mendapatkan zuriat..
3. Amalkan ayat2 Al-Quran seperti dari surah al-Anbiya :80 dan surah Ali Imran:38
4. Berdoa..berusaha..bertawakkal dan sentiasa bersangka baik serta tidak putus asa dengan rahmat Allah..insya Allah, Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa2 hamba2Nya..
No comments:
Post a Comment