Monday, February 15, 2010

Luahan Hati, Motivasi Diri I

Bismillahirrahmanirrahim..
 Baru lepas baca entry wannad terfikir nak meluahkan perasaan sendiri. Alhamdulillah, seronok wannad sekarang, penantian dah berakhir. Sebelum ni, dengan dia je aku tak segan meluahkan rasa..tapi sekarang dah lain. Bak kata ibu mikhail..'geng mak buyung'..hehe ups..ni bukan entry merajuk or jauh hati tau cuma nak terkenang-kenang perjalanan hidup (semoga jadi iktibar/pengajaran/panduan bersama..insya Allah) 

Selepas bergelar isteri, enam bulan pertama seriously aku tak terfikir tentang anak. Masuk enam bulan kedua, sudah ada sepi dan rindu tangisan seorang bayi. Allah benar-benar menguji aku ketika itu. Tambahan pula, seorang sahabat yang baru kahwin dah bunting pelamin. Enam bulan sebelum tu, sahabat itu pernah bergurau "ko jangan mengandung lagi tau..tunggu aku kawin dulu..heeeii"  dan aku ketika itu benar-benar menerima sebagai gurauan, hinggalah aku menerima berita kehamilannya..sifat ku terus berubah.

Dari garang dalam kelas, aku jadi panas baran dan perengus. Pantang budak silap aku memang lontar ape je ada kat tangan..astaghfirullah..hingga suatu hari tanpa sengaja benar-benar melukakan dahi seorang anak muridku. ALLAH!!Apa dah jadi pada aku ni?Aku benar-benar menyesal dan meminta maaf pada murid itu dan ibu bapanya.. (alhamdulillah, mak dia ugut nak report polis tp x buat betul2..huhu takut sangat masa tu) Siapa yang aku marah sebenarnya? Aku menangis bila terkenang kembali betapa besar khilaf aku, betapa syaitan telah menguasai diri dan berjaya menimbulkan perasaan hasad yang mendalam dalam diriku terhadap sahabat itu atas kata-katanya..astaghfirullah. Aku kembali meredakan perasaan membuang perasaan iri itu sejauh mungkin dengan membanyakkan membaca surah Al-Falaq buat memadam perasaan itu.

Bulan-bulan seterusnya aku seperti sangat desperate dan obsess utk mengandung. Aku mencari dan mencuba pelbagai petua namun tidak pernah berjaya. Setiap bulan aku sanggup membeli upt dan sesudahnya aku pasti menangis sehinggalah bulan terakhir sebelum ulangtahun perkahwinan pertama, aku lewat 2 minggu dan suami mula menaruh harapan. Namun akhirnya, aku datang bulan juga pada sehari sebelum ulangtahun kami yang pertama. Itulah hari paling teruk aku menangis dan moody (ingat2 balik kesian sgt suamiku waktu tu..uhuk2). Mulai bulan itu, aku berjanji yang aku tidak akan menangis lagi bulan2 seterusnya walau apa pun berlaku.

Alhamdulillah, awal tahun baru aku sudah dibebankan dengan pelbagai jawatan. Walaupun hari pertama sekolah, aku juga hari pertama 'bendera jepun' aku tetap bersemangat waja..cewah. Aku sudah dapat menerima keadaan tersebut sebagai hadiah Allah. Aku gembira dalam sibuk, alhamdulillah.. Allah bagi aku cuti. hehe..sama juga dengan bulan2 seterusnya, aku seperti tiada lagi riak rasa pabila boleh dikatakan setiap minggu aku menerima berita kehamilan teman2 sekerja dan sahabat2 perjuangan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan kerana hanya Dia yang mampu menjadikan. Aku terkenang tafsir Al-Waqiah ayat 58-59 berbunyi..
 "Do ye then see?- The (human Seed) that ye throw out,- Is it ye who create it, or are We the Creators? "
Alhamdulillah, aku gembira kerana aku dapat merasakan tiada lagi rasa iri atau sayu walau secubit dalam hatiku pabila mendengar berita2 gembira itu. Apa yang perlu aku sedihkan?Apa yang perlu aku persoalkan..kerana begitu banyak nikmat yang aku terima setiap hari..masya Allah, tak terhitung..bagaikan butiran pasir di pantai atau pun taburan bintang di langit..nikmat Allah tak terhitung banyaknya. Sebagaimana Allah bertanya kepada kita..
" Then which of the favours of your Lord will ye deny?" Ar-rahman.
Tiba-tiba terkenang Abang Burn (Firdaus) masa kuliah maghrib dulu suka baca ayat nih.. "Lain syakartum la azi dannakum.." dan sesiapa yang bersyukur maka Allah akan tambah nikmatnya, dan sesiapa yang kufur sesungguhnya azab Allah sangat pedih..nauzubillah.
Ya Allah, aku kembali kepada Mu..sujud dengan kerendahan hati, terimalah aku sebagai hamba Mu..

" Andainya apa yang kita doa, dikabulkan Allah dengan cepat..maka Allah sayang kita..namun seandainya doa kita lambat dimakbulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..jika apa yang kita doakan tidak dimakbulkan, janganlah hampa ..kerana.. ini bukan bermaksud Allah bencikan kita, tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan..insya Allah"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails