Wednesday, February 24, 2010

Berbeza Bijaksana

Alkisah, satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai profesor bertanya, 

" Kau pandai menulis dan membaca?"
" Tidak, saya buta huruf," jujur jawapan si pengayuh sampan.
" Kalau begitu kamu hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan umtuk hidup."
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
Ash-Syahr-h:8
Tidak lama selepas itu profesor bertanya lagi, 
" Kamu ada membuat simpanan di bank?"
"Tidak. Pendapatan saya cukup-cukup makan sahaja."
" Kalau begitu kamu hilang separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak mempunyai wang simpanan yang cukup boleh hidup selesa pada masa tua kelak."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor.
Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor,
"Tuan, apakah tuan pandai berenang?"
"Er..er..saya tidak tahu.."jawab profesor dengan panik.
"Kalau begitu tuan akan hilang seluruh hidup tuan!"

Moral value: Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan berbeza kebijaksanaan. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa diri hina sebaliknya binalah keyakinan diri untuk berjaya.Insya Allah pasti berjaya.

p/s:adaptasi dari Majalah Solusi edisi 16..beli jangan tak beli.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails