Thursday, July 1, 2010

Audisi DALAM MIHRAB CINTA

Aduhla...sibuk sangat minggu ni, ateh tak sempat nak update cerita kembara Ho Chi Minh sampai abis lagi. Tapi dalam sibuk, entah macam mana terjumpa poster ni. Alhamdulillah, ada lagi filem dakwah buah tangan Habiburrahman el-Shirazy @ Kang Abik. Sekarang ni di Indonesia mungkin masih audisi bagi memilih dan menapis pelakon sepertimana mereka mengaudisi pelakon2 KCB dulu. Baguslah macam tu, kat Malaysia ni bila la nak buat macam tu. Barulah cerita2 Islamik dan dakwah, pendokongnya benar-benar untuk berdakwah, dalam atau luar filem. Pakai tudung bukan semata-mata kehendak 'cerita' bahkan, sosok pembawa watak itu memang benar berhijab kerana Allah. Sedihnya fenomena seni kini memanipulasi tudung, sehinggakan ada cerita ' Tudung Ekspress', nampak benar di Malaysia, tudung hanya lah penutup rambut semata-mata.

Insya Allah, mudah-mudahan filem Dalam Mihrab Cinta ini berjaya membuka minda, hati dan meningkatkan iman kita seperti mana filem Ketika Cinta Bertasbih..Semoga jua dipermudahkan Allah untuk Kang Abik dan krew produksi menghasilkan filem sebegini dan semoga Allah merahmati usaha dakwah mereka. Amin ya Rabb.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails